CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72642|Reply: 5

Sami Malaysia ditahan di Thailand disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha

[Copy link]
Post time 22-11-2024 11:04 PM | Show all posts |Read mode





Bangkok: Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.


Superintenden Pusat Pemeriksaan Imigresen Chiang Saen di Chiang Rai, Kolonel Polis Chinakorn Atsawaphum, dalam kenyataan pada Jumaat berkata siasatan terhadap kes itu bermula selepas polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.


"olis mendapati suspek, seorang sami dari Malaysia yang menetap di kuil itu, menghilangkan diri selepas kecurian," katanya, sambil menjelaskan waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Wilayah Chiang Mai pada 20 Nov.


Beliau berkata, sami berusia 50 tahun itu ditahan berhampiran Wat Phra Chao Lan Thong di wilayah Chiang Rai kira-kira pukul 12 tengah hari pada Khamis.


"Suspek mengaku dia adalah individu yang dinamakan dalam waran tangkap. Siasatan kes ini sedang dijalankan," kata Chinakorn.


Sebelum pihak berkuasa Thailand meneruskan tindakan undang-undang, Chinakorn berkata suspek, yang mungkin berdepan tuduhan mencuri di kediaman di bawah undang-undang Thailand, berkemungkinan akan dilucutkan statusnya sebagai sami terlebih dahulu.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sami penonggeng agama ler tu..
ntah pura2 ngaku jadi sami sbb nk mencuri..
malaysia ni kan penuh scammer
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
nak mintak jgn curi. apo la
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sami pun xleh cy skrg
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 08:37 PM | Show all posts
tred sendu.. keyword not found

libtard program cant be initiated

abort
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:22 AM | Show all posts
memalukan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.356337 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list