CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47671|Reply: 6

'Durian runtuh' RM2,000 buat penjawat awam Kedah

[Copy link]
Post time 24-11-2024 12:09 PM | Show all posts |Read mode








Alor Setar: Kerajaan negeri meluluskan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 seorang kepada semua penjawat awam di negeri ini.


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia akan dibayar pada Mac dan Jun 2025 sebagai menghargai sumbangan penjawat awam selaku jentera pentadbiran negeri.


"Jumlah keseluruhan peruntukan adalah RM12 juta membabitkan 5,076 penjawat awam negeri," katanya ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.


Selain itu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri turut bersetuju Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024.


Katanya, justeru kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM30 juta sebagai tambahan kepada semua jabatan untuk tujuan pembayaran gaji penjawat awam negeri yang menerima opsyen SSPA.


"Dengan itu, sukacita saya umumkan kenaikan tersebut akan dibayar mulai gaji bulan Disember 2024. Kenaikan keseluruhan adalah berjumlah RM2 juta untuk tahun 2024," katanya.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh gi siam
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
puasa dan raya keduanya dlm bulan 3. pandai2 la merancang dr skrg
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauh betul smp bulan jun dia bagi. Yg bulan Mac tue faham la utk raya, puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:44 AM | Show all posts
MEAN WHILE IN TERENGGANU.....

KRIK...KRIK...KRIK....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:50 AM | Show all posts
syok ahhhhh raya sakan la deme
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2024 12:01 PM | Show all posts
Anda hebat dalam mengemas kini dan memberikan maklumat yang berkualiti. Ikuti dan terokai berita bersama-sama. Pemahaman yang lebih baik tentang dasar dan strategi pembangunan scratch games
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.334435 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list