CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26087|Reply: 5

Tiada diskriminasi dalam kemasukan pelajar ke universiti awam - Zambry Abd Kadir

[Copy link]
Post time 25-11-2024 12:18 AM | Show all posts |Read mode





Ipoh: Tiada diskriminasi dalam pemilihan pelajar untuk kemasukan ke universiti awam, sebaliknya berpandukan merit terutama bagi kursus yang mendapat permintaan tinggi.


Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kegagalan pemohon untuk mendapat kursus pilihan utama seperti perubatan, farmasi dan pergigian adalah disebabkan tempat terhad dan tidak wajar dijadikan isu.


"Saya ingin maklumkan bahawa kita tiada diskriminasi dari segi kemasukan pelajar, di mana Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun sudah umumkan bagi mereka yang mendapat kesemua 'A' dalam mata pelajaran bahawa mereka akan diberikan tempat.


"Namun yang sering kali menjadi perkara dibahaskan adalah mereka memerlukan pilihan pertama, di mana biasanya pilihan pertama itu membabitkan kursus-kursus yang kritikal iaitu perubatan, farmasi dan pergigian.


"Terdapat ribuan orang yang minta kursus berkenaan tetapi tempat yang ditawarkan, contohnya bagi perubatan, hanya sekitar 700.


"Jadi, yang dibahaskan adalah pilihan pertama itu mereka tidak dapat dan ini bukan hanya membabitkan masyarakat India, malah ada pelajar-pelajar kaum Melayu yang dapat kesemua 'A' pun begitu juga, tidak dapat pilihan pertama mereka," katanya.


Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu ditemui pada perasmian penutupan Konvensyen BN Negeri Perak 2024 di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.


Zambry mengulas kenyataan Pengerusi MIC Perak, Tan Sri M Ramasamy yang membangkitkan soal pendidikan masyarakat India dan mahu lebih ramai pelajar kaum itu yang cemerlang memasuki universiti awam dan serta peningkatan kuota bagi matrikulasi.


Menurut Zambry lagi, KPT mempunyai dasar terhadap kes tertentu membabitkan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendaftar masuk ke institut pengajian tinggi.


"Dari segi dasar kerajaan, kita pastikan mereka daripada keluarga tidak berkemampuan akan dapat tempat dan kita tidak pandang bulu, sama ada mereka ini dari kaum mana sekali pun," katanya.


Beliau memberi contoh kes pelajar perubatan yang ditawarkan ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) namun tidak mendaftar dan ketinggalan kira-kira tiga minggu.


Katanya, pemimpin setempat memainkan peranan mengesan pelajar itu dan KPT membantu tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa dan agama kerana hak mendapat pendidikan tertakluk semua rakyat Malaysia.


Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 04:36 AM | Show all posts
betul tu, session intake tu mmg ada limit, bukan unlimited sesiapa pun boleh apply.. sbb ada lambakan pelajar lepasan spm setiap tahun.. yg selalu pecah rekod straight A terbanyak ni biasa dari sekolah kebangsaan SMK dan malay student itself.. mmg ada big chunk of problmatic student.. tp tetap ada top 20% elite among us every year yg mmg focus untuk masuk IPTA.. so it's battle among the best of the best lah.. best men win
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
student smk yang dapat straight A+ pun ramai. berhentilah main race card kat sini. melayu pun bersaing ikut merit. dan ada je yang parents melayu biaya sendiri anak masing2 kat ipta.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:24 AM | Show all posts
still playing the race card? we're entering 2025 already. wake up la
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
betulkah ini? dgr dr siapa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
oh berucap dkt konvensyen bn patut pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.150317 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list