Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutuan perlu meneliti terlebih dahulu cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam kepada hanya empat hari setengah.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata untuk merealisasikan syor itu juga menuntut pihaknya untuk mendapatkan gambaran dan maklumat lebih jelas dari segi kesan menerusi akses terhadap dasar berkaitan.
Mengakui belum melihat kesan positif terhadap peningkatan kualiti dan mutu kerja setakat ini, beliau berkata mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai hal itu.
"Itu satu policy call. Oleh kerana itu kerajaan Johor punya keputusan itu, kita akan teliti dahulu.
"Buat masa ini Kerajaan Persekutuan belum ada hasrat untuk memperkenalkan waktu kerja empat hari setengah.
"Saya tak boleh beri komen (berhubung kesan terhadap produktiviti kerja) sebab belum nampak lagi pelaksanaannya. Baru diumumkan," katanya selepas merasmikan penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas adakah kerajaan pusat bercadang untuk mengikut langkah kerajaan Johor yang sedang mempertimbang untuk mengubah waktu bekerja dalam sektor awam kepada hanya empat hari setengah.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata ia susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.
boleh je even if nak buat 4 hari pun... tp kn clock 10 working hrs. 1 hr rehat
tp staff mampoo keww?
5 hrs / lunch / 5hrs so masuk 8am until 7pm
sbb nanti sama je mcm keja 9-6pm monday - friday.. 8 hrs / 1 hr lunch
lunch tu tak dikira working hrs yach
then if ada co yg nak stretch 45 hrs, jumaat dtg la half day tp start 7.30am- 12.30noon, kang clash pulak solat jemaat, takkan nak masuk balik for 1 hr
Post time 25-11-2024 01:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku ok je kerja 5 hari. Yg x ok bila hari cuti pon ada je call kerja. Bila aku x pickup, dorang call husband aku pulak sebab satu department. Geram betul. Pastu bila aku cakap x boleh nak layan/check email sebab ada kat pasar, boleh pulak kena perli "untung la sabtu ahad cuti, kitorang rest day sehari je". Yg rest day sehari tu rumah + bil letrik+bil air+maid pon company sediakan. Bonus dorang pon lagi banyak.
waktu kerja kalau nak tambah 10 jam biar sama dengan sekolah. nanti takde la kat tempat kerja nak ngelat amek anak petang lepastu lesap. taw2 datang punch out ja.
Post time 25-11-2024 06:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 25-11-2024 06:12 PM
Org gomen x faham2 bahasa dah dpt waktu kerja 4 hari ka 4.5 hari ka pergilah balik kg ka shoping barang dapur ka riadah ka servis kereta ka, ini paksa2 org swasta itu ini yg hanya ada ahad utk rehat kadang2 ahad x rehat pun
Post time 25-11-2024 06:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Coming soon cuti sekolah pergilah mall ka cinema ka market ka mkn2 ka jam 9-12 tghr dan mesti balik rumah jam 4, org swasta balik kerja jam 6 jem gile sampai rumah jam 10 mlm sbb korang semua malas bangun pagi pergi mall petang2