CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25997|Reply: 7

'UMDAP tak wujud, yang wujud ialah BN-PH. Jangan terjebak propaganda musuh politik' - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 25-11-2024 12:31 AM | Show all posts |Read mode





Ipoh: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap tidak wujud istilah UMDAP yang merujuk kepada gabungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya yang wujud hanya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).


Timbalan Perdana Menteri justeru menegur pendukung Kerajaan Perpaduan agar istiqamah atau konsisten bagi menghindari propaganda pembangkang yang memainkan naratif UMDAP khusus bagi tujuan memberi gambaran kononnya DAP sebagai anti agenda Bumiputera dan anti Islam.


"Bagaimana soal UMDAP ini menjadi propaganda kepada musuh-musuh politik kita dan kita tidak istiqamah untuk mempertahankan bahawa UMDAP tidak wujud (kerana) yang wujud ialah BN-PH atau PH-BN walaupun DAP adalah sebahagian dari PH, sebagai mana MCA, MIC, dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) sebahagian daripada BN.


"Waktu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) atau saya sendiri menyebutkan soal agenda Islam atau agenda Melayu sebagai agenda nasional termasuk arahan Perdana Menteri untuk saya mempengerusikan Kongres Ekonomi Bumiputera... Semua menteri dari DAP menyokong, mendukung.


"Tiada tentangan daripada DAP terhadap agenda Bumiputera itu dan DAP mendokong agenda nasional ini hingga ke peringkat Kabinet. Jadi apa masalahnya? Kita jangan terjebak," kata ketika berucap merasmikan Konvensyen BN Negeri Perak 2024 di sini, hari ini.


Ahmad Zahid berkata, semua pihak perlu menerima hakikat mengenai era politik yang sudah berubah apabila kawan tidak selamanya kawan dan begitu juga lawan tidak selamanya lawan. Katanya, perubahan era itu juga dapat jelas dilihat apabila BN yang mempunyai bilangan kerusi kecil boleh membentuk kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri seperti pembentukan Kerajaan Perpaduan di Perak dan Pahang.


"Dulu musuh, sekarang kawan. Dulu kita benci, sekarang ini sayang, sekarang kita cium mulut antara BN dengan PH, dan ini hakikat pemimpin yang baharu. Jika Perak menjadi 'game changer' (penukar permainan) terhadap kewujudan Kerajaan Perpaduan di negara kita, begitu juga di Pahang yang mana kerusi BN kurang daripada kerusi PH.


"Di Perak dan Pahang, Menteri Besarnya terus didukung oleh PH. Begitu juga di peringkat pusat BN yang mempunyai hanya 30 kerusi namun kita dapat tujuh jawatan menteri penuh dan enam timbalan menteri.


"Timbalan Menteri termasuk Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dulu adalah menteri, tetapi sekarang sudah turun sebagai Timbalan Menteri. Begitu juga Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dahulunya menteri tetapi kini sewaktu Kerajaan Perpaduan beliau sanggup turun sebagai Timbalan Menteri saja.


"Ertinya jawatan itu tidak penting. DAP mendapat 40 kerusi namun mereka ada empat saja menteri. Itu pun tuduhan UMDAP UMDAP, UMDAP masih ada lagi," katanya.


Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 05:23 AM | Show all posts
in politic, there's no permanent friend of foes, it's just leverage of conveniences.. kaki politaik bawahan ni jelah buang masa berpuluh tahun nak berdebat tak berbayar padahal tokey dia elok je makan besar gaji berpuluh ribu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 05:48 AM | Show all posts
clueless_gamer replied at 25-11-2024 05:23 AM
in politic, there's no permanent friend of foes, it's just leverage of conveniences.. kaki politaik  ...

knp ini terjadeyyh!!!!!!








Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lbr pembankang dok ratib dap but their real enemy is umno
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dap kuat sebab melayu berpecah lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 02:45 PM | Show all posts
Kerusi Majoriti di pegang DAP
Timbalan Perdana menteri di pegang BN
Timbalan PKR di pegang Rafizi Ramli.
Anwar Ibrahim adalah pengerusi PKR .
naik jadi perdana menteri melalui undi DAP.
bila anwar ibrahim jadi PMx di jadikan zahid zamidi
jadi Timbalan perdana menteri.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummmmm...dapnya hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa komen kau tentang tulisan Cina pada papan perniagaan tu?

Kau cerita bapa angkat kau Cina kannnn semedang cerita tu je....lepasultu lagi berangan UMNO kau tu parti Conservative dan Fundamentalis.

PROPAAA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053953 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list