View: 29065|Reply: 12
|
BN bakal tampil calon muda, muka baharu pada PRU16 - Zahid Hamidi
[Copy link]
|
|
Ipoh: Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan ramai calon muka baharu terutama dari kalangan anak muda pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha itu menjadi satu daripada lima langkah yang digariskan dalam memperkukuh parti-parti komponen BN bagi meraih sokongan rakyat.
"Saya merasakan bahawa kita tiada pilihan untuk mengetengahkan calon-calon muka baharu, terutamanya dalam kalangan anak muda. Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri dan Mahkota, baru-baru ini membuktikan bahawa hipotesis ini benar dan betul.
"Kesesuaian calon bukan sekadar usia muda, tetapi mereka yang berpengalaman dan berakar umbi berpotensi membawa kemenangan gemilang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Negeri Perak di sebuah hotel, di sini, semalam.
Turut hadir, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN Perak, Bendahari Agung MIC Tan Sri M Ramasamy merangkap Pengerusi MIC Perak dan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon yang juga Pengerusi MCA Perak.
Selain itu, wakil dari Pakatan Harapan (PH) turut hadir termasuk Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How, yang juga Bendahari DAP Perak; serta Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri.
Presiden Umno itu berkata, contoh terbaik ialah kemenangan BN di PRK Nenggiri sebelum ini apabila berjaya merampas kawasan di negeri pembangkang dengan menampilkan calon anak muda.
"Kita masih mampu menang jika kita melakukan 'game changer' di kawasan tertentu. Ini bukan soal mengetepikan pemimpin lama, tetapi mewujudkan kombinasi yang baik antara generasi lama dan baharu.
"Kita pernah diberi peluang ketika muda, dan kini menjadi tanggungjawab kita untuk membuka ruang kepada calon muda untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Ditanya mengenai proses pemilihan calon, Ahmad Zahid berkata, BN khususnya di Perak sudah menyusun strategi untuk memastikan calon terbaik diketengahkan.
Terdahulu, dalam ucapannya semasa merasmikan konvensyen itu, beliau berkata antara langkah memperkukuhkan BN adalah dengan memperkuatkan jentera parti, menguasai teknologi termasuk media sosial, menggilap potensi calon dari kalangan Puteri, Pemuda, dan Wanita, memperkukuh hubungan dengan rakan Kerajaan Perpaduan, serta menarik sokongan pengundi muda.
Berkenaan rundingan kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) untuk PRU16, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, parti dalam Kerajaan Perpaduan boleh memberi cadangan tetapi kepercayaan mesti diberikan kepada kepimpinan atasan untuk membuat keputusan bagi mengelakkan berlakunya pertindihan kerusi.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada perbincangan mengenai perkara itu setakat ini, dan ia dijangka hanya akan dibincangkan selepas Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bebudak ni sibuk main tiktok dgn mlbb je.. deme pun tak paham hapa pasal politik ni.. tp org sebelah nampak benda ni sbg new fresh voter forces to gain more seats and power |
|
|
|
|
|
|
|
tapi orang muda tanak undi orang tua-tua. dah la ramai dinosaur tak pandai, dalam parlimen semua gaduh cam monyet, budak tadika pun lagi behave. korupsi, dakwaan pecah amanah, rasuah, kontroversi dan sikap samseng berpisah tiada
its either choosing between evil, or lesser evil |
|
|
|
|
|
|
|
wak tu yg perlu diremajakan dulu |
|
|
|
|
|
|
|
nak org muda ambik influencer la |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu si zahid kekal lagi sbg presiden. Lawak. |
|
|
|
|
|
|
|
kecuali dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aik nak PRU dah ke? Lambat lagi kn |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2kepam replied at 26-11-2024 09:46 PM
Aik nak PRU dah ke? Lambat lagi kn
Anak iolss kata tahun depan kalo x silap..skrg ni ramai dah adun2 YB2 yg menang duk pulun beramah mesra gan rakyat jelata...kat tempat iolss ni Adun YB cina siap sponser majlis sarapan kat surau Gan masjid tuk ari tertentu... |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 26-11-2024 11:23 PM
Anak iolss kata tahun depan kalo x silap..skrg ni ramai dah adun2 YB2 yg menang duk pulun beramah ...
Aik awal sgt ni rasanya lagi 2-3 tahun
Sbb kita ngundi aritu pun tahun 2022 kan
Normal je ni kempen awal
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik2kepam replied at 27-11-2024 07:41 AM
Aik awal sgt ni rasanya lagi 2-3 tahun
Sbb kita ngundi aritu pun tahun 2022 kan
Normal je ni kempe ...
Tu iolss pelik..mungkin dia org berkempen awal kot..style geng2 Pak Non kan mmg lps PRU je trs bt keje berkempen... Style brain wash... |
|
|
|
|
|
|
|
aavakateimani replied at 25-11-2024 07:16 AM
wak tu yg perlu diremajakan dulu
Kalau dimudakan pon xmo lahhh… cemuihhh tgk muka konoha ni. Dah la x leh bawak bincang.
Kami x kisah muka baru lama. Yg penting xdak muka dia. Tu jee |
|
|
|
|
|
|
| |
|