CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 29196|Reply: 29

Ketika paras Sungai Golok meningkat, penyeludup sibuk pikul beras

[Copy link]
Post time 25-11-2024 12:49 AM | Show all posts |Read mode






Rantau Panjang: Meskipun kawalan ke atas pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dipertingkatkan, ia sedikit pun tidak penghalang kumpulan penyeludup daripada meneruskan aktiviti haram mereka.


Malah, rata-rata penyeludup dilihat mengambil kesempatan sempena peningkatan paras Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand untuk meneruskan aktiviti haram itu.


Tinjauan di sepanjang sempadan menunjukkan penyeludup mula membawa masuk barangan melalui beberapa pangkalan haram di sepanjang sempadan di sini seawal jam 7 pagi.


Kumpulan rata-ratanya membabitkan anak muda itu akan membawa masuk beras Siam dan pelbagai barangan keperluan lain yang diperoleh daripada rakan pembekal dari negara jiran.


Barang terbabit dilihat dipikul di atas bahu masing-masing sebelum dimuatkan ke dalam bot yang sedia menunggu, sebelum dibawa menyeberangi Sungai Golok dan mendarat di jeti haram di sebelah Malaysia di sini.


Berdasarkan pemantauan dilakukan petang, hampir 20 penyeludup dikesan menjalankan operasi di dua jeti haram di sini.


Mereka mengambil masa kurang lima minit untuk membawa masuk 250 kilogram (kg) beras Siam dari Thailand dan barangan lain.


Seorang penyeludup yang hanya mahu dikenali Amin berkata, dia dan rakan-rakannya mula membawa barangan keperluan dari Thailand seawal jam 9 pagi.


"Melihat sungai Golok semakin naik semalam, kami segera mengambil sampan kecil dan pergi ke seberang sungai untuk mengambil barangan Thailand.


"Tidak sampai lima minit, kami boleh membawa lebih daripada lima guni beras Siam seberat 25kg setiap satu," kata lelaki berusia 25 tahun itu.


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi berkata penyeludup akan membawa masuk barangan keperluan dan makanan lain dari Thailand ke Kelantan melalui jeti-jeti haram yang terdapat di sepanjang sempadan.


"Biasalah mereka (membawa masuk barangan seludup) apabila (paras) sungai Golok naik.


"Mereka akan bawa apa sahaja barangan yang mendapat permintaan tinggi daripada penduduk tempatan dan menyeludupnya menggunakan jeti haram," katanya.


Sebelum ini, pihak polis memaklumkan akan menahan sesiapa saja yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand berkuat kuasa 1 Disember ini.


Mereka akan ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.


Pasukan Gerakan Am (PGA) turut memasang papan tanda di empat pangkalan haram di sini dan Tumpat, bagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyeberang ke Thailand secara haram.


Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
life must go on
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
beras tempatan xsdp
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:42 AM | Show all posts
Ketua polis kelantan ni pun dh tahu tu gi lah tangkap..jgn biarkan lepas
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu tak seludup brp harganya? Beza hargana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dekat mcmtu je ek sempadan kelate- golok....sg golok blh berenang ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2024 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
beras siam bkn ke keras? org meniaga byk oakai beras siam sbb masak sikit je tp dlm periuk jd byk...apa nth dorg panggil...ada perkataan tu..kita lupa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 25-11-2024 11:41 AM
beras siam bkn ke keras? org meniaga byk oakai beras siam sbb masak sikit je tp dlm periuk jd byk... ...

muai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 01:52 PM | Show all posts
Zaman beras local 10kg RM20. Boleh beli beras siam yg wangi harga sama di sempadan. PB atau WK.
Skr ni tak tahu la. dah lama x pi PB. Sbb duit bath dah naik, so x berbaloi nk beli beras siam lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 25-11-2024 11:39 AM
dekat mcmtu je ek sempadan kelate- golok....sg golok blh berenang ke?

Blh je uols time hari biasa tak hujan kalau berani komnsepnya mandi manda sg kat kg tok nenek. Itupon kalau tak kena tembak Mostly memang guna perahu je. Time kering lg la boleh cikcur camping bawak tikar kat dalam sungai tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
riyadhK replied at 25-11-2024 02:19 PM
Blh je uols time hari biasa tak hujan kalau berani komnsepnya mandi manda sg kat kg tok nenek. Itu ...

ckp psl tembak..seram. xpe la cikcur je la kt rantau pjg tu.mmc teringin nk tgk birder situ..nnti balok kelate nl ajak ayah i pergi situ..bkn golok..nk tgk je...ayah i asal kelate tu pun dia xpernah pergi belah sana..rasa ayah i pun tkt sbb sana ada pistol kot..jrg i dgr org kelate xpergi belah sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 02:55 PM | Show all posts
Artikel sebut pasal seludup beras & barang dari Siam ke Malaysia. Patutnya yg concern belah Siam sana..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 25-11-2024 02:55 PM
Artikel sebut pasal seludup beras & barang dari Siam ke Malaysia. Patutnya yg concern belah Siam san ...

Kenapa nak concern? Dia bukan seludup beras yang bersubsidi. Bekalan beras siam pun banyak. Jual di malaysia boleh markup harga. Beras wangi murah je dekat macro siam tu. Beras wangi tanam dekat malaysia rm6/kg jual dekat maha, kalau 5 kg = rm30, kualiti biasa.. aku siap jumpa batu dan cebisan kain dalam beras aku beli.
Beras wangi 5 kg, boleh dapat rm18=139 bhat di macro thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda dah berlaku berzaman zaman..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 25-11-2024 02:38 PM
ckp psl tembak..seram. xpe la cikcur je la kt rantau pjg tu.mmc teringin nk tgk birder situ..nnti  ...

Takde la diorang nak tembak2. Ramah je diorang melayan orang malaysia yang singgah di masjid. Bersembang pun senang sebab semua pandai cakap bahasa melayu. Kalau kerja keldai dadah, berjudi, cari pelacur memang la ada risiko, takat masuk makan2 dan jalan2 diorang tak kacau pun. Dulu2 dengar cakap orang memang la aku pun takut. Tapi dah masuk sampai ke kampung2 red zone diorang ok je. Takde la macam digembar gemburkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
beras siam ni yg berpulut tu kan? ke tu beras wangi?
bila makan mcm dugong terdampar kekenyangan. kalau buat nasi goreng x sedap sbb melekit melekat nasinya.
ke ni beras yg mcm kat kedai (belah trg kelate mostly) yg jenis keras kejung serupa nak tercekik makan?

rasanya ni aktiviti berzaman lamanya org2 situ mmg anggap perkara biasa bukan seludup
mustahil selama ni pihak berkuasa sana tak tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 25-11-2024 11:53 AM
muai

ye kot.....yg pasti dia jd byk dr yg kita masak..berdouble mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
yang seludup minyak paket & petrol diesel dari sini apa citer
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 04:45 PM | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 25-11-2024 04:46 PM

beras Siam pujaan ummah Serambi Moscow, Kelate
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 04:48 PM | Show all posts
edayildiz replied at 25-11-2024 11:41 AM
beras siam bkn ke keras? org meniaga byk oakai beras siam sbb masak sikit je tp dlm periuk jd byk... ...

Ye la kenapa ye kalau tapau nasi esp dari kedai tomyam bila sejuk nasi dia keras kejung cam plastik.  panas kan letak air sikit pun tak boleh telan.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.163646 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list