View: 13336|Reply: 4
|
Media diminta bantu sebar maklumat pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 - KPM
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) meminta media memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai berhubung pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya akan sentiasa menyampaikan maklumat dari masa ke semasa berhubung pelaksanaan kurikulum itu dan peranan media adalah penting dalam memberi kefahaman kepada masyarakat.
“Kurikulum baharu seperti diwar-warkan adalah pada 2027 tapi sifat pelaksanaan dimulakan pada 2026 melalui pra sekolah dan tahun depan adalah penyebaran kurikulum.
“Kita memerlukan rakan media untuk memberikan persiapan kepada rakyat berdasarkan maklumat yang kita kongsikan dari masa ke semasa,” katanya ketika berucap pada majlis Temu Mesra KPM X Media, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.
Hadir sama, Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Bhd (Media Prima), Jasbant Singh dan Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita Media Prima.
Sebelum ini, KPM memperkenalkan tujuh domain atau teras dalam kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 iaitu
perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat.
Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, KPM akan turut memberi tumpuan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan 2025 yang disifatkannya sangat penting.
Katanya, penghujung tahun ini disifatkan sangat kritikal dengan bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), awal Disember dan kesiapsiagaan menghadapi banjir.
“Ia dijangka selesai pada Mac tahun hadapan. Kita harap ia tidak mengganggu SPM dan kita doakan perkara tidak diingini tidak berlaku,” katanya.
Fadhlina berkata kementeriannya juga akan menumpukan soal intervensi dengan menangani aspek keciciran secara bersungguh-sungguh selain pemberian baucar buku RM100.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut menzahirkan penghargaan kepada agensi dan pengamal media yang memberikan liputan meluas sepanjang dua tahun beliau menerajui kementerian terbabit.
“KPM adalah antara kementerian yang mendapat liputan tertinggi media dengan sekitar 400 hingga 500 purata liputan mingguan.
“Liputan sehingga suku dua tahun ini adalah sebanyak 17,412 dengan akhbar yg paling banyak memberi liputan adalah Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian.
“Terima kasih rakan media yang membantu menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat,” katanya.
Fadhlina turut melihat peranan media penting dalam menyampaikan agenda semasa KPM.
“Media sudah memberikan ruang yang cukup banyak kepada KPM. Saya turut melihat peranan penting media dalam menyampaikan mesej kerana anak kita melihat, membaca dan menilai.
“Ia selari dengan hasrat KPM untuk mendukung pendidikan yang berkualiti merangkumi semua lapisan masyarakat di Malaysia,” katanya.
Sumber : Buletin TV3 |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun mls nak bc bkn ade ank pun |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan media tak sebar info, org cakna (rajin membaca) @ tak aje.
Ini keje berkuntum kt porom ig fesbuk retis, mana maunya amik tau pasal takwim sekolah.
Yg ada ank nk sekolah sendri pon sampai xambik tau tarikh bukak/tutup daftar d1.
Aneh aneh aje.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AJENALI at 26-11-2024 09:42 PM
Sebarkan guna info grafik. mcm zaman2 covid tu. (ilustrasi ringkas + bergerak) mungkin memudahkan kefahaman parents.
Poster kurikulum persekolahan 2027 memang dah ade kan cuma buat penambah baik, info grafik secara video lebih mudah faham + ada audio.
KPM minta guru2 cakna digital kan bila mengajar, jadi, do something la tentang sebaran makluman dengan cara y paling “best”
Off topik sikit. Lawa tudung dia, jenis kain apa ya? Belit2 pun nampak x tebal. Bidang tudung nampak macam 50 @ 55 je |
|
|
|
|
|
|
| |
|