CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41216|Reply: 89

Dalam kes saya, kontraktor ‘enjoy’ makan duit dulu, kerja tak siap. – DS Vida

[Copy link]
Post time 26-11-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode





“Sabar, saya sekarang berada di luar negara, balik Malaysia nanti saya jawab dari A sampai Z.”


Demikian kata usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Otman, 53, berhubung dakwaan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.


Sehubungan itu, empat kereta mewah antara barangan miliknya yang disita di kediamannya di Meru, Ipoh setelah gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilang miliknya.


Vida yang kini berada di Shanghai, China berkata, sekembalinya ke tanah air, dia akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan kemelut yang menghimpit dirinya.


“Sekarang saya cuma boleh cakap, biasanya projek bayar dulu bukan buat dulu baru claim. Dalam kes saya, kontraktor ‘enjoy’ makan duit dulu, kerja tak siap.


“Balik nanti, saya akan buat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini. Tunggu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.


Terdahulu, empat kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam rumahnya.


Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn. Bhd.


Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada sekitar 9 pagi semalam di kediamannya.


Peguam, Samir Zainal berkata, pihaknya melakukan sitaan selepas mendapat perintah penyitaan dan penjualan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Menurutnya, pihaknya mendapat kerjasama daripada kakitangan Vida sepanjang proses sitaan di rumah usahawan kosmetik terkenal itu, di sini semalam.


“Barangan yang disita melibatkan semua barang dalam rumah kecuali bilik tidur DS Vida sebab pintu berkunci dan kenderaan iaitu dua Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan BMW X7.


“Berdasarkan penyitaan ini, barang ini tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh dua minggu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.


Menurutnya, jika DS Vida menjelaskan tunggakan, pihaknya akan melepaskan sitaan.


Sumber: KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Muhasabah diri kita, bukan fikir2kan pasal balasan ke, dugaan ke, bagi si vida ni. Shes nothing to us. Xde menyumbang sebesar zarah pun utk kebahagiaan dan ketenangann kita
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ok kita ready popcorn utk drama seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Reno works ni selalunya byr 50-50.. sblm byr 50, slps siap byr 50.. ada yg byr terus 100% ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mustahil kaya mcm ni 1juta xbleh bayar..ada sbb la tu..yg disita tu bgi dia mgkin xdak hal
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
I lg peecaya kontraktor dr vida yg byk kali kantoi menipu dan.aniaya org..igt mahkamah senamg2 je ke nak sita klu x ckp bukti. Pelik btl i pd org yg menyokong vida bi..pd i org msia xdelah bodoh tapi napa ramai pebyembah pd org mcm ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2024 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum tu lawyer kau pun ada bincang dgn lawyer kontraktor kan. Mesti ada sebab lawyer kontraktor proceed ke mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak apa kita dengar kau punya cerita
Popcorn ready eberibodi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 06:09 AM | Show all posts
jadi mahkamah salah la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 27-11-2024 02:03 AM
I lg peecaya kontraktor dr vida yg byk kali kantoi menipu dan.aniaya org..igt mahkamah senamg2 je ke ...

That's why.. aku rs court selalu bg time utk kita kemukakan hujah kite.. pelik la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Semuga dia jatuh tersungkur. Sejenis tak ada rasa bersalah bila menipu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan terus sita? ... Mestilaa byk prosedur dah dibuat seblm sita... Tok Vida je tak layan or buat bodooo je kot selama ni.
So mendapatlaa..

Btw dah byk benda buruk jadi pun tak lah jugak misekin papa kedana. Tetap living live to the fullest.. Menjawab laa ko kat 'sana' nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
starcity replied at 27-11-2024 06:25 AM
Semuga dia jatuh tersungkur. Sejenis tak ada rasa bersalah bila menipu

Amin...justice utk yang kena tipu lavida coin tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aribaariba replied at 26-11-2024 10:34 PM
Muhasabah diri kita, bukan fikir2kan pasal balasan ke, dugaan ke, bagi si vida ni. Shes nothing to u ...

Menyumbang bayar tax.. zakat yg tinggi utk ummah.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Vida ni nak goreng apa? Bukan senang je mahkamah nak keluar notis sita tu tanpa buktindan alasan kukuh. Mesti dah lama keluar notis suruh bayar tapi vida buat bodoh. Aku percaya je kontraktor tu dah buat kerja dia. Orang suka berhutang ni memang suka play victim walaupun dia aniaya orang bertahun2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 27-11-2024 06:28 AM
Amin...justice utk yang kena tipu lavida coin tu

Apa ending kes tipu lavida coin tu ek? Dia refund tak org² yg kena scam tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 06:31 AM | Show all posts
fadz84 replied at 26-11-2024 09:09 AM
Reno works ni selalunya byr 50-50.. sblm byr 50, slps siap byr 50.. ada yg byr terus 100% ke?



Silap tu ... 50 sebelum ..30 selepas siap .. 20 lagi simpan dlm tiga empat bulan utk tgk ada kerusakkan atau benda benda tak lengkap mcm retak, tercabut etc. Kalau puas hati segala baru bayar lagi 20%. Ini ikut persetujuan la kan.


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 27-11-2024 06:29 AM
Apa ending kes tipu lavida coin tu ek? Dia refund tak org² yg kena scam tu..

Ntah la..sbb xterlibat so xfollow sgt pun..pelik gk bnm n sc xde buat apa2 siasatan wpon terang2 dia kutip duit tanpa lesen sah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:59 AM | Show all posts
mahkamah tinggi kot.

bak kata acik2porum, orang berhutang mesti play victim.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 27-11-2024 06:31 AM
Silap tu ... 50 sebelum ..30 selepas siap .. 20 lagi simpan dlm tiga empat bulan utk tgk ada ker ...

Thanks utk pembetulan kak dar ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.294717 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list