CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24369|Reply: 19

[Tempatan] 5 pegawai kadet ALK UPNM dibuang, diarah bayar ganti rugi

[Copy link]
Post time 27-11-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by akuMNdia at 27-11-2024 12:24 PM


Kuala Lumpur: Lima Pegawai Kadet (PK) Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terbabit kes buli dikenakan tindakan pembatalan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Antara terlibat adalah PK Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan yang dituduh di mahkamah di sini atas kesalahan menekap sterika pada tubuh pelatih junior baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan PK kelima-lima individu terbabit juga dibatalkan dan diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada kerajaan Malaysia.

"Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang semalam meluluskan syor daripada ALK ke ata lima PK ALK UPNM yang terlibat dalam tiga kes penganiayaan terhadap PK lain.

   
"ALK mengesyorkan tindakan terhadap lima pelaku terbabit kepada MAT, termasuk pembatalan pelantikan sebagai PK dan pemberhentian kerja daripada perkhidmatan ATM.

"Kesemua mereka harus membayar ganti rugi kepada kerajaan Malaysia yang dikira daripada keseluruhan perbelanjaan yang dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, tindakan yang dikenakan itu tidak termasuk dengan hukuman lain yang mungkin diambil oleh pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) atau UPNM sendiri.

Katanya, kes pertama membabitkan pelaku iaitu pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Pengambilan 2021), Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan yang ditamatkan perkhidmatan dan perlu membayar ganti rugi RM44,600.

"Kes ini dikesan oleh seorang jurulatih bertugas di ALK semasa melaksanakan pemeriksaan tubuh berkala pada 28 Oktobersusulan itu satu siasatan dijalankan dan pelaku sudah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Dalam kes kedua melibatkan tiga pelaku iaitu Izzat Izuddin Mohammad Arif (pelaku 1), Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan (pelaku 2), dan Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi (pelaku 3).

"Ketiga-tiga pelaku melakukan antaranya salah laku secara fizikal, serta mengarahkan mangsa untuk melakukan kerja-kerja peribadi dan tindakan pengasingan yang menyebabkan gangguan emosi terhadap mangsa,"katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga pelaku dalam kes kedua ditamatkan perkhidmatan dan masing-masing diarahkan membayar ganti rugi berjumlah RM48,452; RM19,481 dan RM44,600.

Kes ketiga membabitkan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Ammar Hafiy Muhammad Habib yang didapati mendatangkan kecederaan fizikal kepada mangsa.

Katanya, tindakan salah laku Ammar Hafiy mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada tisu lembut di bahagian bawah belakang tubuh.

"Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam ATM dan dikenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan Malaysia berjumlah RM32,115.95.

"Kementerian Pertahanan (Mindef) memberi komitmen untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan dengan etika serta peraturan yang ditetapkan akan ditangani dengan tegas dan keras.

"Mindef berharap agar keputusan ini menjadi pengajaran kepada semua pihak serta dapat memulih dan memperkasa nilai-nilai ketenteraan yang sepatutnya diamalkan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2024 12:25 PM | Show all posts
Edited by akuMNdia at 27-11-2024 12:26 PM

budak2 yg dlm kes zulfarhan tu kena bayar gantirugi ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 12:35 PM | Show all posts
akuMNdia replied at 27-11-2024 12:25 PM
budak2 yg dlm kes zulfarhan tu kena bayar gantirugi ke tak?

rasanya kes zulfarhan tu, budak2 tu bukan anggota tentera diorg hanya mahasiswa dlm kampus upnm

yg kes yg baru ni berlaku dlm kompaun angkatan tentera, diorg ni dah ada lantikan sbg tentera (leftenan muda bergaji/elaun) dan juga mahasiswa

aku rasa la kalo tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:04 PM | Show all posts
padan muka. letak dlm rekod sekali, biar xleh masuk keje gomen forever.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
adan uker
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:12 PM | Show all posts
takpa dik.. buat live tiktok. nanti boleh ceritakan pengalaman  hidup.. pastu nanti dpt gift.. boleh la bayar. masa tu femes. jangan lupa join oldmoney komuniti.. badan tentera mesti la helok, pakai bbaju oldmani mesti la terletak je. lepas tu, mak-mak hekan mesti terjejes airliur tengok bdan ketak korang. injal je tgk dada2 korang. prfftt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2024 09:34 AM | Show all posts
zaman viral neh takleh buat apa, kabel beso ular sawa pon boleh tergugat kalau dulu leh la reshuah pemberita
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang ilmu kebijaksanaan dgn akal waras tak selari
Semoga jadi pengajaran utk yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 12:09 PM | Show all posts
apasal sikit sangat gantiruginya tu?
elaun bulanan depa berapa rm? bukan rm1500 ke?
yuran pengajian ?

ajar cukup2 biuar yg lain serik
war war kan seluruh negara segenap ceruk rantau

kena adakan silibus PENANGA BULI di sekolah sekolah
buli mental fizikal
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 12:49 PM | Show all posts
MelahJanda replied at 27-11-2024 12:35 PM
rasanya kes zulfarhan tu, budak2 tu bukan anggota tentera diorg hanya mahasiswa dlm kampus upnm

y ...

kak lid rasa depa tenterta
salah sorang dari "tertuduh / disyaki" awal (yg kemudian didapati inesen) kan dah jadi pilot
alaa yg bagi surat kpd warden tu
depa pun ada bergambar pakai baju tentera


dari sudut lain
kesianlah juga
tapi nak buat macam mana
depa tak kesian kat diri sendiri
yg penting depa tak ada ehsan kod orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:57 PM | Show all posts
nama masing2 sedap, maksud baik2
yang ada anak perempuan, sila google nama bakal menantu
sebelum izinkan anak menikah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
manop replied at 29-11-2024 11:40 AM

Muka nak muka.  Aku nak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
PDN muke ko... Org suh belajo nk jd pembuli sgt kn...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mereput. bio jadi warning jugak utk budak2 yg duk blaja lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
apalancut replied at 27-11-2024 01:12 PM
takpa dik.. buat live tiktok. nanti boleh ceritakan pengalaman  hidup.. pastu nanti dpt gift.. boleh ...

Tiktok tu penuh dgn manusia pelik. Orang membunuh, merogol, menyamun disanjung. Tahap logik dah mcm budak tahun 1. Betul dan salah ikut rasa, bukan fikiran. Naik darah baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2024 03:28 PM | Show all posts
Baguslah Menteri Pertahanan dulu pernah jadi Menteri KPT...jadi itulah hukuman yg sesuai untuk si kaki buli. Mengabihkan boreh yo simpan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan mukaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 07:42 PM | Show all posts
Mangsa dapat apa?
kerajaan dapat duit
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa depan dah terjamin tp inilah jadinya bila otak letak kat lutut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2026 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.071586 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list