View: 37394|Reply: 29
|
Kelantan "Mendunia", lelaki raih RM2 juta setahun jual Nasi Kerabu di London
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki raih RM2 juta setahun selepas menjual Nasi Kerabu di London telah mencuri tumpuan ramai apabila perkara itu didedahkan oleh pempengaruh, Chris MJ.
Lelaki berdarah campuran Cina-British ini telah berkahwin dengan wanita asal dari Kelantan, Malaysia dan menjadikan menu khas dari negeri Pantai Timur berkenaan sebagai jualan untuk memperoleh pendapatan.
Dalam video berkenaan, lelaki terbabit mendedahkan bahawa perniagaan secara kecil-kecilan ini bermula pada tahun 2019 selepas dia 10 tahun bergelar seorang arkitek.
“Kami bermula sejak 2019. Sebelum itu, saya bekerja sebagai arkitek hampir sepuluh tahun. Tapi, selepas sekian lama, saya hilang minat dan semangat dalam bidang itu. Akhirnya, saya nekad ‘terjun’ dalam bidang masakan.
“Keputusan ini juga dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Ayah dulu pernah kerja di restoran, dan saya sendiri sudah lama teringin nak ceburi dunia perniagaan,” katanya.
Namun begitu, dia mengakui bahawa gerainya pada awal pembukaan tidak begitu menguntungkan memandangkan pernah sahaja menjual hanya satu bekas sahaja Nasi Kerabu.
Disebabkan tidak berputus asa, perniagaannya kini berjaya meraih £400,000 (kira-kira RM2.2 juta) dalam masa setahun.
“Orang di sini tertarik kerana ini sesuatu yang unik dan tidak biasa mereka jumpa. Warna nasi biru itu memang jadi tarikan utama,” tambahnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet di TikTok memandangkan teruja melihat Nasi Kerabu ‘mendonia’ sehingga ke London.
Mereka juga mengatakan mungkin ramai yang tertarik dengan Nasi Kerabu disebabkan keunikkannya yang berwarna biru hasil dari bunga telang dan bukannya dari perwarna tiruan.
Nampaknya, masyarakat luar dah semakin tahu betapa nikmatnya makanan-makanan dari Malaysia lebih-lebih lagi dengan bahan-bahan istimewa seperti, budu, keropok ikan dan juga ulam-ulaman yang menarik serta sukar diperoleh di negara luar.
Sumber: TikTok Chris MJ, Oh Media |
|
|
|
|
|
|
|
selamat maju jaya. harapnya kat sana takdelah gerai gerai sebelah yg busuk hati hantar santau |
|
|
|
|
|
|
|
Sek sek kito tersenyum banggo...ujung-ujung sapa yg pandai rebut peluang tu la yg kan dijulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tengok video abang ni semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu revenue.. bukan profit dia lagi.. tolak kos sana sini.. just ok je tu but maybe better la dr gaji dia sebelum ni + flexibility
ingat gaji staff dia sana myr1,700 ke sebulan?
and tu even kedai mcm pacak2.. bukan mcm sini , takde bayar lesen ke apa2 ke main pacak terus,
There are several legal requirements you should be aware of when setting up your street food business.
Apply for a food business registration. ...
Apply for a street trading licence. ...
Apply for a market stall licence. ...
Get a Gas Safety Certificate. ...
Obtain alcohol licences. ...
Implement a Food Safety Management System (FSMS) |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak lebih elok gerai nya walaupun khemah biru, nampak lebih suci dan mulia khemah biru bila diletakkan di London berbanding di Tanah Ayer
|
|
|
|
|
|
|
|
rm 2 juta. nampak gah tajuk berita.
£ 400k setahun kat tajuk nampak biasa biasa.
huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
xsuka nasi kerabu...ntah laa xkena d tekak iols |
|
|
|
|
|
|
|
Nyampah aku org bisnes tak nak buat calculation sampai habis. Untung bersih kerr..? Belum lagi nak kena bayar saman pacak kemah merata².. belum apa² dah ngaku juta². Mungkin murid² geng kambus kek belakang rumah agak nya. |
|
|
|
|
|
|
|
blh la merasa yg mana nk mkn ns kerabu tu
biasa xsesedap yg kt kelate..
kt rimbayu ada satu kedai ns kerabu sdp...dia mcm ns kerabu tumis...lain sikit dr yg sambal kelapa tu..
kalau kt kellate ada ns kerabu colour putih je..xsuka i colour putih..nk biru atau kuning
|
|
|
|
|
|
|
|
recently meols baru tau, kalu yg kaler kuning tu dipanggil nasi kerabu diraja....meols bukan peminat nasi kerabu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasi kerabu tak sedap. Orang London tu beli sebab nak cuba je ada yang repeat tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 28-11-2024 12:40 PM
recently meols baru tau, kalu yg kaler kuning tu dipanggil nasi kerabu diraja....meols bukan pemin ...
la yeke..i pun xtau...ayah i ckp ns kerabu asal kelate mmg colour kuning
..kalau sarapan kt kedai kt kelate sana wktu pg ns kerabu kuning..kalau yg psr mlm atau mkn mlm kaler biru..
kalau yg pakai ns biasa putih biasa pun |
|
|
|
|
|
|
|
exactly! sbb tu ramai org bisnes melingkup hatta yang modal juta2 pun.....sbb jenis main taram je, tak buat kira2 yang betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 28-11-2024 01:01 PM
tetiba teringat aku guy fieri penah interview sorg malaysian ni type mana taknak cakap la. dia jual makanan malaysia kt sana antaranya rendang dan nasi lemak tapi masa interview die takde pun sebut makanan malaysia ni fusion melayu, dia cakap influence cina india, siap claim dari thai pun ade. melayu jadah taknak sebut dlm show tu |
|
|
|
|
|
|
|
peniaga yg bagitau meols...
|
|
|
|
|
|
|
|
Guy Fieri ni yg beria sebut Thai, Chinese, India. Yg tukang masak pon lupa agaknya "Malaysian Food" got "MALAYsia" there.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 28-11-2024 12:40 PM
recently meols baru tau, kalu yg kaler kuning tu dipanggil nasi kerabu diraja....meols bukan pemin ...
eh aku pon baru tau ni nasi kerabu kuning tu nasi kerabu diraja. ingatkan kuning = makan ngan tumis, biru = makan ngan budu |
|
|
|
|
|
|
| |
|