View: 37414|Reply: 17
|
Anak Fatin Afeefa raih semua A dalam peperiksaan akhir tahun – “Tahniah Joyah..!”
[Copy link]
|
|
Anak Fatin Afeefa iaitu Ivy Herra Sophia raih semua A untuk tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun 2024, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin di Insta-stornya, dia berasa kagum dengan keputusan cemerlang Ivy Herra Sophia.
Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat reaksi wajah gembira Ivy ketika menunjukkan markah peperiksaan subjek tahun 3 tanpa mendedahkan nama sekolahnya.
“Congrats Joyah,” ujar Fatin ringkas dalam video itu.
Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah.
Terdahulu, pelakon filem Tentang Bulan itu membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.
Adam telah berjanji untuk menghabiskan hafalannya dalam tempoh satu tahun di Akademi al-Quran Akmal.
Sekadar info, Adam adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama dengan bekas suami Fatin namun, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan perkahwinan itu secara terperinci kepada umum.
Pada 21 Disember 2013, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik.
Dia kemudiannya membina mahligai dengan Aliff pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lapan bulan.
Sumber: Oh My Media |
|
|
|
|
|
|
|
nama kemain Ivy Herra Sophia, hujung2 ko panggil joyah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Joyah kan nama geemer norlia ramli (ni nama beliau masa berlakon jadi joyah) |
|
|
|
|
|
|
|
Okla, atleast nama anak dia padan dengan muka
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama tak nak kalah |
|
|
|
|
|
|
|
despite all her marriage controversy and how poyo laki dia yg skrg ni dulu.. apa nama dia opai ek? i saw huge improvement kt opai ni. i think sbb kes yg dia belagak pasal kereta tu kot? lepas tu nampak tone down sikit. kalau tak tu ada je benda dia nk viral kn diri dia. Baru ni yg dia nangis anak fatin masuk tahfiz tu ..alah sedih.. nampak la resposible man jugak opai ni |
|
|
|
|
|
|
|
nama sampai 3 harkat last2 panggil joyah
anak laki dia hensem...bakalan pojaan malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Jadahnya panggil anak Joyah |
|
|
|
|
|
|
|
ada juga viral lagi opai tu .. dia halau orang waktu live kat tt waktu orang tu minta diskaun perfume yg mampu milik kalau tak silap. Opai kata dia tak hadap golongan b40. target market dia bukannya b40.
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaa sis. baru sek rend kot. tak yah nak bangga sgt. tunggu result SPM nanti le baru upload. hahhahah |
|
|
|
|
|
|
|
sejak berubah ni makin bagus dia, pandai jaga anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.. pandai anak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Cpkay replied at 28-11-2024 09:29 AM
ada juga viral lagi opai tu .. dia halau orang waktu live kat tt waktu orang tu minta diskaun perf ...
laa dia ke orangnya. i ingat founder produk oem mana ntah tu pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
joyah dah besar mesti cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...3 anak from 3 laki berlainan
|
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 28-11-2024 07:11 AM
Jadahnya panggil anak Joyah
Agaknya mulut kuat menjoyah |
|
|
|
|
|
|
| |
|