View: 36301|Reply: 3
|
Mangsa banjir seluruh negara meningkat 21,994 orang
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seramai 21,994 mangsa banjir terdiri daripada 6,643 keluarga dilaporkan di tujuh negeri dilanda bah setakat pukul 7.04 malam ini.
Menerusi data laman web Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, Kelantan mencatatkan mangsa tertinggi seramai 19,489 orang terdiri daripada 5,807 keluarga.
“Ia diikuti oleh Terengganu dengan 2,402 mangsa daripada 809 keluarga, 37 mangsa daripada lapan keluarga di Perlis serta 28 mangsa daripada lapan keluarga di Johor.
“Seterusnya, 20 mangsa daripada tujuh keluarga di Perak dan 18 mangsa daripada empat keluarga di Sarawak,” menurut data tersebut.
Pada masa ini sebanyak 208 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di negeri terjejas banjir bagi penempatan mangsa tersebut.
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak bot ke, sampan ke, jenama tempatan
perodua, proton?
selain dua kerja, kita juga perlukan dua pengangkutan.
kereta untuk kegunaan harian, sampan untuk musim banjir. sana-sini tenggelam
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
musim banjir iols takut nak celup kaki, sekian
tiberh |
|
|
|
|
|
|
| |
|