CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 36966|Reply: 42

‘Mereka paksa adik saya makan babi, ugut nak sembelih’ - Kakak mangsa sindiket scammer

[Copy link]
Post time 27-11-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 36 tahun bukan sahaja dipaksa memakan daging babi, malah turut diugut akan disembelih oleh sindiket pemerdagangan manusia jika gagal memperoleh wang tebusan sebanyak RM30,000.


Kakak mangsa, dikenali sebagai Aini, 37, berkata, mangsa dari Langkawi yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa itu ditawarkan ganjaran berjumlah RM5,000 bagi tugasan sehari untuk mengambil barang di Bangkok, bersama seorang lagi rakan sekerja.


Namun, pada 11 November lalu katanya, mangsa yang dipercayai berada di Myanmar ada menghubunginya dan memberitahu telah dipukul sindiket selain merayu supaya diselamatkan.


“Adik cakap air pun mereka tak bagi. Saya ada pesan, kalau kena makan babi, makanlah hanya untuk teruskan hidup semata-mata. Sindiket kata tak mahu dia sebab Melayu. Mereka minta bayar tebusan dalam masa seminggu kalau tak akan sembelih (adik).


“Sekarang pun asyik kena pukul sampai adik menangis-nangis dan merayu minta tolong untuk bayar, tapi kalau bayar pun belum tentu dia dibebaskan,” katanya pada sidang akhbar anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini, hari ini.


Sementara itu, adik kepada rakan mangsa yang turut diperdaya sindiket sama memaklumkan, kedua-duanya mereka ada cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap semula.


Sindeket berkenaan turut mengurangkan wang tebusan berjumlah kira-kira RM89,000 ke RM30,000 atas alasan abangnya itu sudah tua dan tidak mahir menggunakan komputer.


“Abang saya hilang, kena tipu kerja dengan seorang lagi rakan (adik kepada Aini). Rakannya yang lain maklumkan abang saya ada telefon dan beritahu (abang) ada di Mae Sot, kena tipu kerja.


“Sampai hari ni sindiket minta wang tebusan. Mereka cakap tak mahu abang sebab tu turunkan sikit jumlah wang tebusan atas alasan abang saya umur 40 tahun, sudah tua,” ujarnya.


Sumber:  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 la smua. Jgn trtipu dgn scammer
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
macam movie No More Bets ... gitu la.


kesian sesiapa yg kena tipu ... neraka dunia
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
RM5k sehari gaji ko. Jackpot mat. Mesti masa pegi tu sorok2 sikit kan?? Yelah, ingat jackpot nak mkn berdua je lah kan? Mana boleh kasitau ramai org, nnti orglain plk nak join, kurang lah gaji ko kan?
Phone ada, jgn layan video gelek2 je dkt TikKetok. Jgn sebok baca comment2 dkt Pesbuk je, walanon sana, walantit sini. Berita taknak tgk, taknak baca.
Ujung2, kena tipu makan babi. Aku kurang kesian manusia bodoh bebal mcm ni. Darwin award ku berikan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 27-11-2024 10:58 PM

yg i faham dari artikel ni rm5k tu one off , utk ambik spare parts kat bangkok.... bukan sehari rm5k 2 hari 10k gitu


means cuma rm5k je la bayaran utk kerja tu... sekali sampai sana kena culik... agak kesian lah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 27-11-2024 11:04 PM

kena culik kat siam ni macam bukan perkara baru ... terigt student final year pergi bercuti kat bangkok nak blind date dgn awek cun berkenalan kat fb, sekali je sampai sana kena culik dgn scammer... tu pun kesian jugak . endingnya mati kena pukul... dah la anak tunggal

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/04/bakal-guru-disyaki-mangsa-sindiket-tipu-kerja-meninggal-di-thailand/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis malaysia tak boleh ke buat sesuatu? Aku rasa kes mcm ni bukan sebab mangsa tu tamak pun, tapi ditipu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 27-11-2024 11:05 PM

Citer ni walaupun tak sebut myanmar dan thai tapi dua-dua negara tu sentap konon cemar imej negara diorg. Dah tu apa usaha korg nak clearkan imej korg? At least Malaysia ni ada jgk usaha nk clearkan nigerian scam kt malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 27-11-2024 11:08 PM
Polis malaysia tak boleh ke buat sesuatu? Aku rasa kes mcm ni bukan sebab mangsa tu tamak pun, tapi  ...

dulu2 memang wujud org yg tamak tertipu dgn tawaran kerja lumayan... means dorang tahu pergi ke suatu tempat utk bekerja macam ibaratnya petik buah kat australia gitula.. memang salah dorang lah sbb tak logik pergi bekerja di negara mundur gaji beribu2 kelulusan tak seberapa.... too good to be true.... tapi dah bertahun juga tak dengar cerita macam tu.. sekarang rata2 semua kena culik
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... Harap kerajaan dpt bantu selamatkan diarg. Cer cari ejen mcm agent Ethan Hunt tu kot le tak yah bayar duit tebusan pun dpt selamatkan mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Umur 40 kna tipu lagi bab keje.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada kes keldai dadah. Nama Raja Munirah. Kena tipu psl keje gak. Bf dia bg beg lugage, berisi dadah. Dia kena tangkap masa nak masuk jepun. Apalah nasib dia skrg. Masih dlm penjara ke mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk filem korea tajuk "citizen of a kind"

Dr kisah benar..hebat gila acik tuuu
https://www.koreaherald.com/view.php?ud=20240121000106
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 28-11-2024 12:47 AM

Di myanmar warga Msia dipukul.
Di negara sindiri...Malaysia..warga Msia dikorek biji mata oleh warga myanmar.Itu pung gomen kata.... 'Msia msh muat lg untuk 400k warga asing'.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kerja halal berkurang kerja haram makin byk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Sindiket penipuan kerja atau scammer ni merentas sempadan negara tau. Typical jenayah ni jadi kt thailand, myanmar, laos, vietnam, negara2 dunia ketiga komunis ni. Penguatkuasaan lemah rasuah merata2. Tu pun byk ummah hadap holiday kt negara2 ni, hati2 lah. Pernah ke vietnam sekali cukup la nak kata cantik malaysia pun cantik gak, dah la masyarakat peel komunis biadap barang pun mahal. Even siam pun iols tak hingin pergi. Setakat makanan siam tu kt malaysia pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 01:51 AM | Show all posts
Tapi kan yg peliknya, Sajat masuk  Siam tak pulak kena culiknya?  Bayangkan kalau Sajat yg kena culik........
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 28-11-2024 12:55 AM
Kesiannya. Sindiket penipuan kerja atau scammer ni merentas sempadan negara tau. Typical jenayah ni  ...

Org vietnam actually menyampah dgn melayu sana...org kita je terhegeh2 nak pegi..sama la dgn Thai pun..tak koser pegi

Tp kan..tahap menyampah diorg kt Malaysian yg melancong & berbelanja kt negara diorg tu sama juga la dgn Malaysian yg bitter bila singaporean yg shopping n travel masuk Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo warga Amerika yg kena culik kat Myanmar ni, da dtg da kapal perang kat laut mayanmar tu. Hntr je torpedo kat tmpt scammer tu biar jd pdg jarak pdg terkukur..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059414 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list