View: 15953|Reply: 20
|
Ibu tunggal teruk ‘dibantai’, seminggu minum air tandas, tidak makan diperdaya sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Dikurung dalam tandas selama seminggu tanpa makanan selain ‘dibantai’ pada muka dan kaki antara seksaan yang ditempuh seorang ibu tunggal selepas diperdaya sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja.
IPerkara itu terbongkar selepas wanita yang dikenali sebagai Nur itu menghubungi keluarganya.
Ibunya yang berusia 56 tahun dari Kuching berkata, pada 19 Jun lalu, Nur memaklumkan dia akan ke Kuala Lumpur untuk berkerja di sebuah kedai makan.
Anak kesembilan daripada 11 beradik itu memberitahu, dia bersama seorang lagi rakan akan bekerja di ibu negara selama tiga bulan.
Namun, pada Jumaat lalu, Nur yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun menghubungi ibunya memaklumkan dia berada di Kemboja dan dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’.
“Anak saya buat panggilan video beritahu dia telah dikurung selama seminggu di dalam tandas tanpa makanan dan minuman.
“Dia menunjukkan keadaan kaki dan mukanya yang bengkak akibat dipukul. Anak saya nampak sangat lemah. Dia mengadu terpaksa tidur dalam tandas, tidak makan dan hanya minum air paip,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Lebih memilukan, cucunya yang juga anak tunggal Nur kerap menangis dan memanggil ibunya sebelum tidur.
“Anak lelaki Nur tanya di mana ibunya. Saya tidak tahu hendak jawab apa. Saya merayu tolong selamatkan anak saya,” kata wanita itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim menggesa mana-mana individu yang merancang untuk ke Bangkok, Thailand supaya lebih berwaspada.
“Mana-mana rakyat Malaysia yang nak pergi melancong terutama jika diajak kawan-kawan supaya sentiasa berwaspada kerana anda juga berisiko jadi mangsa.
“Sindiket penipuan kini semakin hari semakin zalim. Teruskan seksaan macam tiada nokhtah kerana mereka selesa dan yakin tiada tindakan akan dibuat ke atas mereka,” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
aritu kwn iolls dpt panggilan scammer ni..kena tarbiah scammer tu kjp..kwn iolls srh dia buat la grab ke apa asalkan kje halal...tp bdk tu ckp terpaksa kak...mcm gini la agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
sangbara2020 replied at 28-11-2024 09:56 AM
aritu kwn iolls dpt panggilan scammer ni..kena tarbiah scammer tu kjp..kwn iolls srh dia buat la gra ...
kalau tak dpt income dari scam tu.. dorang kena pukul teruk. Duit scam bukannya dorang yg dpt, boss2 yg makan . tupasal kalau kita tahu ada org buat laundering money kita mmg marah sgt, sbb kekayaan dia tu hasil airmata darah orang lain.. kena pukul, kena pisah dari family, & paling teruk mati sesia macam ada sorang student tu |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 28-11-2024 10:02 AM
kalau tak dpt income dari scam tu.. dorang kena pukul teruk. Duit scam bukannya dorang yg dpt, bos ...
Cuba tgk filem Korea "Citizen of a kind" , kisah benar kt korea ..sorang acik ni tumpaskan sindiket scammer ni..dia bekerjasama dgn mangsa (scammer yg call dia). Gila la ..dia siap pi China cari sindiket tu |
|
|
|
|
|
|
|
CITIZEN OF A KIND sebuah filem Korea baru yang diadaptasi dari kisah sebenar #BasedOnTrueStory ini mengisahkan tentang Deok Hee (Ra Mi Ran) seorang pekerja dobi telah dihubungi geng scammer yang menawarkan pinjaman² peribadi bank..Disebabkan Deok Hee memerlukan wang kerana kedainya terbakar, jadi Deok Hee terpedaya dengan panggilan tersebut hingga menjadi punca dia kehilangan duit simpanannya, tempat tinggal malah anaknya juga telah diambil oleh pihak JKM ????
Deok Hee buat laporan polis yang dia ditipu tetapi Detective Park (Park Byung Eun) tak dapat nak bantu disebabkan kekurangan bukti & amat sukar nak cari Big Boss disebalik geng scammer ni..
Pada keesokkan harinya Deok Hee tiba² dihubungi oleh Jae Min (Gong Myung) yang berada di China, mengatakan dia diculik & dipaksa terlibat dengan geng scammer tersebut untuk menipu duit Deok Hee..Jae Min juga meminta bantuan Deok Hee untuk laporkan kepada pihak berkuasa & selamatkan dia..
Bila dah terlampau terdesak, Detective Park pun seolah taknak bantu dapatkan semula duit² Deok Hee yang ditipu, Deok Hee dengan dibantu Jae Min & 2 Bff dia pergi ke Qingdao, China untuk buru Big Boss sekaligus menyelamatkan Jae Min ????
AHJUMMA KEDAI DOBI BURU BIG BOSS SCAMMER! ????
Apa yang berlaku lepas tu?
Awal² kita memang geram dengan Detective Park ni tapi bila Deok Hee tunjuk bukti² apalagi baru mengelupur Detective Park..Senang la dia naik pangkat kalau dorang berjaya tangkap Big Boss ni..
Filem ni bercampur gais ada lawak ada ganas² tapi best ????????
Tapi Kak Dewi memang respect Ahjumma sebenar yang buru Big Boss tu..Kisah ni memang benar² berlaku pada tahun 2016 dulu..Ahjumma tu seorang surirumah umur dalam 40an je..Fuh berani????????
Filem ni belum masuk mana² legal streaming apps lagi tau.. Jadi pandai² la eh korang carik mana nak tengok..
CITIZEN OF A KIND - 10/10 ????????
#CitizenOfAKind |
|
|
|
|
|
|
|
wow boleh cari ni, Ra mi ran mmg pandai belakon..
|
|
|
|
|
|
|
|
Macit kemboja kutuk melayu pemalas tersenyum sinis .......... |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 28-11-2024 10:10 AM
CITIZEN OF A KIND sebuah filem Korea baru yang diadaptasi dari kisah sebenar #BasedOnTrueStory ini m ...
cite ni ada kat hitv, iols baru masuk list nak tgk wkend ni. tapi tgk review ni mcm nak tgk ptg ni la.
byk review best psl cite ni.
mujur la dpt balik pompuan ni, kesiannya org yg nak cari kerja tp melalui pengalaman mcm ni. bewok2 jugak la dok melingkar dlm umah aman damai. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau pun aku susah nak kesian scammer (mangsa lah sangat) tapi terima kasih kerana berkongsi. Aku percaya ramai lagi yang tak nak ke depan takut kena kecam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas kutuk melayu dia seksa melayu tanpa ampun....nasib baik melayu Sarawak....no pity from me
|
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 28-11-2024 10:10 AM
CITIZEN OF A KIND sebuah filem Korea baru yang diadaptasi dari kisah sebenar #BasedOnTrueStory ini m ...
Thank you for sharing...mana you tengok movie ni?
I pon a few times kena scam ..
ramai yang tertipu dengan scam ni..dimana no hp i dikatakan digunakan untuk scam orang di Sarawak...
He bagi no kes dan nanti polis akan call i dan i kena bagitau no kes i. Then someone call me...
I tau it is a scam..so because i borink2.. i layan dan pretend jadi nenek separa pekak..i jerit kuat2...dan last letak hp i dalam kuali dan ketuk kuat2...
Kasihan pula jika orang yang nak scam i tu orang yang macam kakak yang diperdagangkan di Kemboja tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 28-11-2024 12:43 PM
Zaman dulu2 kawan2 ai beria2 cari kerja ckp ada job kat kemboja ai ask balik company mana, mana lokasi, Google map, duduk mana, transportation, negara mundur mana ada job, baik pi jalan2 singapore cari kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Susah betul aku nak faham apa yang wartawan ni tulis.
Berbelit-belit. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 28-11-2024 12:41 PM
Zaman dulu2 kawan2 ai beria2 cari kerja ckp ada job kat kemboja ai ask balik company mana, mana loka ...
Lupa movie apa, kat netflix... Kisah benar gak ttg scam pekerjaan.... Yg kena tipu tu, dia dapat offer kerja di Singapura la. Flight nak ke Singapore tu transit beberapa jam somewhere kat negara mana tah. Mangsa & kawan2 dia diculik semasa bersiar2 di pekan negara transit tu.
Maksud aku, kalau dapat offer keje Singapore atau mana2 negara maju pun, kena berhati-hati... Sindiket pandai guna macam2 trick |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 28-11-2024 02:21 PM
Lupa movie apa, kat netflix... Kisah benar gak ttg scam pekerjaan.... Yg kena tipu tu, dia dapat o ...
No More Bet kat Netflix.. best gak..psl scammer.. film dr China... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kepompong at 28-11-2024 08:31 PM
Perwira2022 replied at 28-11-2024 02:21 PM
Lupa movie apa, kat netflix... Kisah benar gak ttg scam pekerjaan.... Yg kena tipu tu, dia dapat o ...
yg u mention ni movie No More Bets...
Kisah Benar kat malaysia (belum pernah buat movie scammer)
ada masuk berita tahun bila entah... org dari Kedah & serata negeri dpt keje kat singapore... jumpa kat JB ... sampai2 JB agent bagi duit konon2 upfront utk dpt keje... semua happy je ... pastu semua kena naik bas , perjalanan jauh tak sampai2.... memasing tidur la ... sedar2 je sampai sempadan kelantan tu semua kena paksa masuk van.. the rest is history
dorang mmg bagi upfront, tapi by cash je. tak sempat nak bank in acc anak isteri.... bila dah masuk van nak merentas byk negara tu, cash tu dorang ambik balik |
|
|
|
|
|
|
|
Apa fungsi interpol, pdrm semua?
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky replied at 28-11-2024 12:33 PM
Thank you for sharing...mana you tengok movie ni?
I pon a few times kena scam ..
Iols tgk kat platform harom
Saja bosan2..jd tgk2 drama @ filem baru Ra Mi Ran acik watak utama tu..pastu terbaca pasal filem ni..yg buat iols tertarik tu pasal filem ni diadaptasi dr kisah benar acik yg tumpaskan geng scammer ni..nampak nau polis pemalas khen sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
jgn percaya org tak dikenali |
|
|
|
|
|
|
| |
|