View: 52329|Reply: 9
|
Mangsa banjir Kelantan jadi ‘wartawan’ beri laporan cuaca
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Penduduk yang terkesan banjir di negeri Kelantan turut mengambil kesempatan menjadi ‘wartawan’ bagi menyampaikan keadaan cuaca dan bencana yang berlaku di kawasan mereka sebagai pemakluman kepada orang ramai.
Menerusi pelbagai perkongsikan di media sosial terutama TikTok, ada yang merakam video keadaan banjir di kampung mereka selain membuat siaran langsung, sekali gus pemberitahuan kepada orang di sekeliling.
Perkongsian itu juga mendapat maklum balas positif terutama anak perantau yang tinggal di luar Kelantan untuk mengetahui situasi semasa banjir di kampung mereka.
Salah seorang pengguna TikTok turut memuji ‘wartawan’ rakyat Kelantan yang sentiasa cepat mengemas kini keadaan banjir di kawasan mereka bagi memudahkan penduduk lain mendapatkan maklumat terkini.
”Bila masuk musim banjir, ramai rakyat Kelantan tukar profesion jadi wartawan. Buka TikTok ‘berjujuk’ (banyak) FYP live update kawasan banjir. Info semasa cepat je sampai. Terbaik rakyat Kelantan,” pengguna TikTok Aifa Azlan & Suaminya.
”Ambo perase ramai anok perantau cakno ikut perkembangan terkini banjir di Kelate ni. Contoh tahun 2014, lagi ramai PM (mesej peribadi) ambo tanyo perkembangan sebab mak ayah duk kampung ni. Teruskan walaupun sekadar content tak sapa (sampai) 30 saat,” kata jeliloni.
”Ramai wartawan musim ni. Tak po suko kita tengok. Semoga dipermudah segala urusan di Kelantan, amin,” ujar Lisa.
”Ok sangat pakat update pasal banjir, lagi-lagi anak perantau hak duk (yang duduk) jauh duk rusing (runsing) keluarga di Kelate,” komen Isma Ibrahim.
SUMBER : KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang ramai yg sukakan perhatian...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dorg ckp loghat dorg mmg aku xfaham... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols takleh la tgk muka laki Aifa Azlan tu teringat filter muka sebek yg dh sebati ngn dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
bobby biol pun ada...memula rengsa..tapi rasa kelakar pulak laki bini tu..sbb tt live bobby biol miming suara bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mak x leh terima tu, ulasan : paras air tak tinggi mana, paras dada angsa je.
Kalau paras air boh tu naik tahap doplohpat kaki pung tetaplah paras dada angsa jewww |
|
|
|
|
|
|
|
Ada netizen X sembang kata banjir ni akibat sistem perparitan tak sempurna. Dia tak boleh bezakan ke antara banjir kilat dan banjir akibat angin monsun? Banjir kilat tu akibat hujan lebat sejam dua mcm yang berlaku di KL.Banjir tengkujuh ni akibat hujan lebat berhari-hari tanpa henti dan meliputi kawasan yang luas.
Bayangkan jika angin monsun tu lalu betul-betul atas kl dan selangor tanpa dihalang oleh sumatera. Memang lumpuh terus 2 negeri ni. Ingat sungai klang,sungai gombak dan sungai batu tu boleh handle ke amount air yang mengalir? |
|
|
|
|
|
|
| |
|