View: 7568|Reply: 2
|
[Tempatan]
Cuba kaitkan 'negeri termaju' dengan banjir membawa padah
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 30-11-2024 08:18 AM
Sepang: Hujan lebat sejak awal pagi (semalam) menyebabkan banjir kilat berlaku di persimpangan lampu isyarat Kiwa dari arah Cyberjaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke Bandar Baru Salak Tinggi di sini.
Kejadian turut menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap di dalam banjir dan mengalami kerosakan enjin.
Malah banjir turut mengakibatkan laluan dari Kota Warisan ke KLIA dan KLIA ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) berdepan kesesakan lalu lintas disebabkan penutupan sementara jalan.
Pihak polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang berkata, beberapa laluan ditutup membabitkan Kota Warisan ke BBST dan KLIA ke Kota Warisan.
Katanya, orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dari arah Putrajaya melalui Tol Bandar Serenia.
Manakala dari arah Kota Warisan, pengguna boleh menggunakan laluan Depoh Ayamas untuk ke KLIA.
Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Simpang ni mmg start banjir bila start development mcm2 naik. Dulu x pernah hanya last 5-6 years. Rumah naik kilang naik tapi longkang x besarkan tak tambah semua harap yg existing. Ni ada lagi construction area tu depan hartalega. Lagipun adan uker semua x nak bayar toll nak gi klia lalu dlm ambik lah. Says me penduduk kota warisan since 2004. |
|
|
|
|
|
|
| |
|