Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata dia tetap merasa segan dengan gelaran biduanita negara meskipun layak menerima pengiktirafan berkenaan.
Memetik Oh Bulan, Siti berkata beliau tetap Siti yang sama dan mahu disapa dengan panggilan nama sahaja serta menganggap dirinya masih lagi seperti insan biasa.
“Segan sebenarnya dengan gelaran biduanita, panggil sahaja Siti macam biasa. Saya tetap Siti Nurhaliza yang balik ke rumah kena buat susu anak, memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu rumahtangga.
“Dalam masa sama, saya juga masih menjual barang di TikTok kerana itu adalah tanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Siti meluahkan rasa syukur dan tidak pernah terlintas diberikan pengiktirafan tersebut sebaliknya hanya berusaha sebaik mungkin sepanjang bergelar anak seni.
“Bagi saya anugerah akan datang dengan sendirinya apabila kita bekerja keras. Bukan tidak menghargai watikah diberikan, saya bersyukur dan ini satu penghormatan yang besar.
“Tak terlintas pun akan diberikan pengiktirafan sebesar ini kerana saya lebih utamakan kepuasan peminat, hati saya senang jika melihat peminat berpuas hati dan terhibur,” katanya.
Post time 30-11-2024 01:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2: Subhanallah..lawa sungguh CT n ...
Masya Allah! Dia memang cantik kak noor. Depan mata lagi cantik.
Dulu zaman study (awal tahun 2000/1 tak silap), saya pernah terserempak dengan Siti di airport Subang. Semua orang nak ambil gambar dengan dia. Saya pula terpacak star-struck...hahahaha! Tiba-tiba terkeluar dari mulut saya - cantiknya Siti...
MUA Siti masa tu Donna (arwah dah kot) ada berhampiran saya...dia terdengar. Terus dia tengok saya dan cakap - kan? cantik sungguh!
Masa tu Syafinaz dan Rita Rudaini pun ada. Dorang nak ke Sabah untuk program Cit Cat Azwan Ali.
paling kesian haterz la... ujung2 telan air liur terpaksa mengaku tiada lain yg lagi layak... paling best fitnah idolat dia sendiri kata tolak gelaran dato' patbelas kali