View: 32349|Reply: 7
|
[Sumbangan Bencana]
Banjir: NGO, swasta mahu salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
[Copy link]
|
|
Banjir: NGO, swasta mahu salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA - Nancy[size=0.82]Disember 1, 2024 @ 5:08pm
Nancy memotong reben sebagai simbolik perasmian Klinik Fertiliti LPPKN, hari ini. - FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR: Individu, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang ingin membantu mangsa banjir, dinasihatkan merujuk dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atau Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bagi menyelaraskan agihan bantuan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pihaknya amat menghargai inisiatif dan usaha murni mereka untuk membantu mangsa banjir, namun pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun serta menyeluruh. Beliau berkata, langkah itu juga bagi memudahkan agensi terbabit serta pihak NGO atau swasta mengatur pergerakan agihan bantuan, terutama di kawasan yang terputus hubungan atau berdepan risiko keselamatan. "Pihak NGO atau swasta turut dinasihatkan tidak bekerja secara sendiri dan bergerak melalui kerajaan. Kita faham yang menjadi mangsa itu keluarga, rakan kita... tetapi kita perlu selaraskan. [size=1.35]Disyorkan
"Hubungi NADMA, JKM atau pejabat daerah, kita akan bantu selaraskan. Kalau tanpa pemakluman, kita tidak dapat bantu kerana ada kawasan yang sukar diakses. Kita juga mahu tiada mangsa yang keciciran bantuan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2024 dan perasmian Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP), di sini, hari ini. Seterusnya, Nancy memberi jaminan bahawa kementerian melalui JKM bersama NADMA akan memastikan agihan bantuan bencana diselaraskan sebaik mungkin bagi memastikan tidak berlaku keciciran bantuan. "Koordinasi dengan semua agensi terbabit juga dibuat dengan teliti. Ini pendekatan menyeluruh kerajaan untuk membantu mangsa banjir. "Setakat ini, tiada laporan keciciran bantuan… yang ada kes di Rantau Panjang (Kelantan) kerana lokasi menjadi pulau akibat banjir, namun kita sudah tangani segera," katanya. Banjir di beberapa negeri bertambah buruk dengan Pahang menjadi negeri terbaru ditimpa bencana itu. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
SHAH ALAM - Malaysian Relief Agency (MRA) memulakan misi kemanusiaan membantu mangsa banjir dengan mengedarkan makanan sedia dimakan (RTE) sebanyak 6,000 pek ke seluruh negara. Presidennya, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, misi seterusnya bakal diteruskan dengan pemberian 2,500 unit pek kebersihan dan ia akan diedarkan dalam kadar segera.
Menurutnya, bantuan segera telah digerakkan bagi memastikan keperluan asas mangsa banjir dipenuhi serta usaha pemulihan pasca bencana dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. “MRA turut merangka kerjasama erat dengan pihak berkuasa seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memastikan kelancaran misi bantuan serta pemulihan. “Antara bantuan yang akan diedarkan kepada mangsa banjir di pusat penempatan sementara (PPS) adalah pek makanan kering, kebersihan, RTE, kit keperluan bayi, tilam dan selimut serta keperluan mendesak lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 PPS setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 22,156 orang di 53 PPS, diikuti Tumpat (8,434 mangsa, 17 PPS); Kota Bharu (5,944 mangsa, 31 PPS); Kuala Krai (5,253 mangsa, 39 PPS); Tanah Merah (4,366 mangsa, 26 PPS) dan Bachok (2,844 mangsa, lapan PPS).
Artikel Berkaitan:
Dalam pada itu, Mohd Daud memberitahu bahawa, MRA dengan kerjasama syarikat telekomunikasi CelcomDigi akan membuka kaunter mengecaj telefon bimbit di PPS yang terpilih. Jelas beliau, ia boleh mengurangkan keresahan mangsa banjir dan membolehkan mereka berkomunikasi dengan keluarga dan sahabat handai. “Di samping itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menyampaikan bantuan sumbangan bernilai RM1 juta kepada MRA bagi menghadapi banjir tahun ini.
Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!
"Segala sumbangan ini memastikan mangsa banjir menerima bantuan sewaktu di PPS dan selepas mereka pulang ke rumah (pasca banjir),” ujarnya. Pada masa sama, Mohd Daud mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong usaha murni itu melalui sumbangan dan solidariti bagi meringankan beban mangsa banjir. “Kepada sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung bantuan banjir anjuran MRA, sila hubungi ibu pejabat di talian 603-91744672 dan sumbangan juga boleh dibuat ke akaun bank RHB, 26424500007270, atas nama Malaysian Relief Agency Foundation,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA (TBBN)
(Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN))
Pengurusan bencana memerlukan penglibatan pelbagai pihak di setiap peringkat. Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 menekankan bahawa pengurangan risiko bencana adalah tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama (shared responsibility) bukan sahaja Kerajaan malah turut melibatkan semua pihak termasuk komuniti.
Pada masa kini, semua keperluan bencana adalah bergantung sepenuhnya kepada peruntukan Kerajaan melalui Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diselaraskan oleh NADMA, JPM. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada Surat Ikatan Amanah KWABBN, Kumpulan Wang Amanah (KWA) ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dana daripada orang ramai bagi tujuan pengurusan bencana negara.
Selaras dengan hasrat itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah meluluskan cadangan mewujud dan mengadakan kempen Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) untuk dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA, JPM)
Penubuhan TBBN ini antara lain adalah untuk menggalakkan sumbangan pihak swasta, badan sukarela serta orang perseorangan atas prinsip pengurusan bencana negara adalah tanggungjawab semua anggota masyarakat.
Ketika ini, sumbangan bantuan bencana dikendalikan oleh pelbagai pihak dan dilakukan tidak terselaras serta didapati terdapat tabung- tabung bencana dibuka tanpa pengawasan sehingga terdedah kepada unsur-unsur penipuan. Oleh yang demikian, pewujudan TBBN ini dapat membantu Kerajaan menyelaras bantuan yang disumbangkan oleh rakyat serta mengurangkan unsur-unsur penipuan.
Dengan kewujudan TBBN yang khusus untuk membantu mangsa- mangsa bencana dan pengurusan bencana di negara ini, rakyat Malaysia, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan pada bila-bila masa dapat membantu mangsa-mangsa dan pengurusan bencana negara menerusi sumbangan kepada tabung ini. Semoga ini akan menjadi amalan terbaik di peringkat nasional dan antarabangsa dalam menggalakkan penglibatan semua pihak dalam pengurusan bencana.
Untuk menderma,
Nama Akaun : TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA
No. Akaun : BANK MUAMALAT 1601-0001138-71-4
Agensi Pengurusan Bencana Negara
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ringkasan AI
Bantuan Wang Ihsan: Kerajaan Persekutuan mengagihkan RM1,000 kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir dan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), mengikut syarat yang ditentukan oleh NADMA.
Pengagihan Berfasa: Bantuan diagihkan secara berfasa untuk memastikan semua KIR yang layak menerima bantuan tunai ini.
Kerjasama Kerajaan: Kerajaan Persekutuan meminta kerajaan negeri yang terjejas banjir untuk turut menyediakan bantuan dan dana kecemasan bagi meringankan beban mangsa yang mengalami kerosakan rumah dan peralatan rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah. lambat nanti .. nak kena print gambar muka tampal kat beg bantuan .
baiklah mcm KA dan Pin Yang tu jalan terus je . |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
PAM Donation Drive 2024
Published: 04 December 2024
" Standing Together for Flood Relief "
Dear PAM Members and Friends,
As floods continue to devastate our communities, Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) under Social & Community Responsibility Committee (SCR) calls on your compassion and solidarity to help those in dire need. Together, we aim to raise at least RM20,000 to provide immediate relief to flood victims, with priority given to our affected PAM members and support extended to the wider community through our trusted partners, MERCY Malaysia and Malaysian Relief Agency (MRA) .
Every contribution matters. Let us come together as a united community to bring hope and comfort to those who need it most.
How You Can Help
Bank : RHB Islamic Bank Berhad
Account Name : Pertubuhan Akitek Malaysia
Account No. : 2643 8400 0124 25
Swift Code : RHBBMYKL
Reference : Banjir24
? Donation Deadline : 22 December 2024
Your kindness can make a world of difference. Let’s show that we care.
For inquiries or to share your payment slip:
? [email protected] | [email protected]
? +603 2202 2866
Together, we can rebuild lives and bring light to the darkest of times. ❤️
#PAMDonationDrive2024 #FloodRelief #PAMCares #MERCYMalaysia #MRA #StandingTogether #Charity #ArchitectsCare #PAMSCR |
|
|
|
|
|
|
| |
|