CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7904|Reply: 0

[Sarawak] Anak muda perlu sokongan untuk teruskan pengajian, kerjaya

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:45 PM | Show all posts |Read mode


Yusuf meluangkan masa melawat reruai pendidikan yang mengambil bahagian pada Program Hari Kerjaya dan Pendidikan serta Hari Terbuka PPD Sarikei hari ini.

SARIKEI: Generasi muda sangat memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua pihak untuk mereka meneruskan pelajaran dan melangkah ke alam pekerjaan.

Ahli Parlimen Tanjung Manis Ir Yusuf Abdul Wahab berkata, inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menganjurkan program-program seperti hari kerjaya adalah salah satu usaha membantu golongan terbabit.

"Program-program seperti ini sangat tepat untuk kita memberi sokongan, panduan dan nasihat kepada mereka supaya dapat merancang, menentu dan menetapkan hala tuju masa depan.

"Justeru, sokongan dan bantuan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), agensi-agensi kerajaan, bank dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan untuk kita memandu dan menggerakkan anak-anak murid ke arah masa depan lebih cerah.

"Pada masa ini, negara kita sangat memerlukan tenaga kerja berkemahiran dan berkemampuan tinggi dalam bidang teknologi, lebih-lebih lagi dunia digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI)," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Hari Kerjaya dan Pendidikan serta Hari Terbuka PPD Sarikei di Dewan Central Sarikei, hari ini.
Program itu adalah kali ketiga dianjurkan di daerah Sarikei pada tahun ini.

Yusuf berkata, semua pihak terutamanya guru-guru memainkan peranan amat penting melahirkan modal insan berkualiti tinggi bagi menggerakkan Sarawak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2030.


Yusuf meluangkan masa melawat reruai pendidikan yang mengambil bahagian pada Program Hari Kerjaya dan Pendidikan serta Hari Terbuka PPD Sarikei hari ini.

"Melalui kepelbagaian sumber yang ada, Sarawak dilihat berpotensi dalam teknologi baharu termasuk pengeluaran hidrogen dan tenaga hijau.

"Namun, nilai tambah kepada sumber-sumber kita amat bergantung kepada kualiti anak-anak Sarawak sendiri.

"Oleh itu, program-program seperti ini sangat sesuai dan mampu mencapai hasrat tersebut demi masa depan negeri dan negara kita," jelasnya.

Pada masa sama, Yusuf menyeru agar pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat terus bersama memainkan peranan masing-masing menyokong usaha PPD tersebut.

Menurutnya, langkah ini amat penting untuk mendedahkan anak-anak generasi muda dengan peluang melanjutkan pelajaran dan laluan kerjaya diminati mereka.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Persatuan Rekreasi PPD Sarikei.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan PPD Sarikei Lau Ngie Tung dan wakil pengurusan Yayasan Sarawak Syaifulhizam Othman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.062520 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list