View: 48916|Reply: 20
|
Sarawak Perkenal Peperiksaan Penilaian Baharu Untuk Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5
[Copy link]
|
|
Adakah masa depan pendidikan pelajar lebih cerah?
Sarawak Perkenal Peperiksaan Penilaian Baharu Untuk Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5. Sarawak bakal melakar sejarah baharu dalam dunia pendidikan apabila memperkenalkan peperiksaan penilaian untuk murid Tahun 6, Tingkatan 3, dan Tingkatan 5. Inisiatif ini bertujuan memperkukuhkan kualiti pendidikan dan menyediakan pelajar menghadapi cabaran masa depan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata langkah ini penting memandangkan sistem kenaikan automatik yang kini diamalkan di sekolah, menurut laporan media tempatan.
"Saya telah mengarahkan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, untuk mengumumkan bahawa pelajar di peringkat ini perlu menduduki peperiksaan penilaian,” katanya semasa Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gedong di Hotel Raia."
Apa Matlamat Sebenar Peperiksaan Ini?
Peperiksaan ini bukan sekadar untuk “menghukum” pelajar, tetapi lebih kepada menilai tahap akademik mereka dan mengenal pasti kekurangan yang perlu diberi perhatian. Contohnya, pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan akan disediakan kelas khas.
Ini juga bertujuan memastikan pelajar lebih bersedia, terutama dalam subjek kritikal seperti kimia dan matematik, yang relevan dengan industri masa depan seperti aeroangkasa dan tenaga hidrogen.
Kerjasama dengan Cambridge University
Berita menariknya, peperiksaan ini akan digubal dengan standard Cambridge, menerusi kerjasama dengan Cambridge University Press and Assessment. Ini adalah langkah strategik untuk menilai pengetahuan pelajar dengan lebih efektif dan selaras dengan piawaian global.
Transformasi Pendidikan Demi Masa Depan
Langkah ini menunjukkan komitmen Sarawak dalam menyediakan pelajar untuk cabaran dunia moden. Tidak dinafikan, perubahan ini akan memberi impak besar kepada ekosistem pendidikan, tetapi semuanya dilakukan demi kebaikan generasi muda.
Sumber : iloveborneo |
|
|
|
|
|
|
|
bagus sarawak buat sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
org malaya sibuk berpolitik ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak memang advance dan maju ke depan |
|
|
|
|
|
|
|
habis peksa yang tiap tahun buat tu tak tepat la ye..tak boleh nak kenal pasti murid yang lemah?
Negara maju pun rilek rilek jer silibusnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peperiksaan ini bukan sekadar untuk “menghukum” pelajar, tetapi lebih kepada menilai tahap akademik mereka dan mengenal pasti kekurangan yang perlu diberi perhatian. Contohnya, pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan akan disediakan kelas khas.
senang nak menilai dimana perlu perbaiki,
kalau main TP dlm kelas mmg payah la. |
|
|
|
|
|
|
|
yenil95: habis peksa yang tiap tahun buat tu tak tepat la ye..tak boleh nak kenal pasti murid yang lemah?Negara maju pun rilek rilek jer silibusnya..
Bgsla Sarawak nk buat untuk rakyat dia..Ko ulak nk gelabah apehal?Kalau ko ada anak ko akan tau bongok nya penilaian TP compare ikut penilaian peperiksaan sebelum ni.Kalau result exam bgs tp kalau anak ko jenis introvert bln tntu akn dpt TP5/6. Kalau anak ko jenis so2 je result tp jenis extrovert senang je dpt 5/6.. kalau x, dptla TP3-4. nk mohon sekolah SBP pun susah..Sbb kelayakkan sekarang ikut TP. Min TP5-6.Ikut sekolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
yenil95 replied at 3-12-2024 09:14 AM
habis peksa yang tiap tahun buat tu tak tepat la ye..tak boleh nak kenal pasti murid yang lemah?
Ne ...
Peperiksaan tetiap tahun tu dinilai oleh cikgu tu sendiri.. kadang2 berlaku bias dan berat swbelah masa pemberian markah
Masa bangkem kat sekolah dulu pon sama.. student kesayangan cikgu kaki bodek selalu dapat markah tinggi masa ujian bulanan tapi masa SPM hauk |
|
|
|
|
|
|
|
aku sbg org semenanjung sokong tindakan sarawak.. sbg mak yg ada anak introvert dan extrovert, penilaian TP mmg tinggi risiko biased.. yg rajin but introvert selalu dpt penilaian rendah but yg bnyk main dlm kelas tp extrovert, dapat penilaian tinggi.. pening aku |
|
|
|
|
|
|
|
for this aku sokong gomen sarawak.
direct face slap to the federal gomen dgn dasar pembodohan anak bangsa yg diamalkan sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
bgsnya..go go srwk
|
|
|
|
|
|
|
|
yenil95 replied at 3-12-2024 09:14 AM
habis peksa yang tiap tahun buat tu tak tepat la ye..tak boleh nak kenal pasti murid yang lemah?
Ne ...
chuols bkn org srwk kan..tu utk org srwk je xyah gelabah |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut peperiksaan begini dihidupkan kembali. at least melalui ujian ujian penting begini, dpt tracking level pembelajaran continuosly dan sesuai dgn perkembangan pelajaran semasa.
takde ujian penting, budak2 dan parents pun sambil lewa.
Peratusan budak2 yang masuk ke program Intervensi pun meningkat tiap tahun. Rhisauuu |
|
|
|
|
|
|
|
oo sure amek yg year 6, year 9 check point tu kan
baru je meols ckp kat bebenang lagi satu
kut camtu offer je la igcse jugak, swak kan kaya... kasik free je kat anak2 swak
moga2 lepas ni ramai la berbondong2 nak kawen urang swak uii |
|
|
|
|
|
|
|
bagi contoh silibus negara lain yg rilek2 tu?
Kajian PISA 2022 pun dah tunjuk Malaysia ni ranking bawah, student sgt lemah bila compare ngan negara Asean yg lain.
Tu baru level ASEAN. kalau peringkat global mungkin paling tercorot.
Tu pun menteri masih pejam mata in denial, padahal para student especially sekolah rendah mmg ramai yg lemah. Student yang ikut program Intervensi pun makin ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Exam darjah6 tuu aii setuju..F3 tu xpayah exam. Pulun exam SPM laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 3-12-2024 09:15 AM
senang nak menilai dimana perlu perbaiki,
kalau main TP dlm kelas mmg payah la.
aii suka TP sbb ank aii yg lelaki tu pendiam masa darjah1 mmg xsuka take part apa2 xtvt kelas & sekolah..dia jenis suka buat hal sendiri w/pun dia pandai sampai cikgu pun tanya ehh adik Z.A ni tak mcm kakak dia yaa..so bila ambik result PBD midterm aii tau dah dia mmg kurang communication & contribution dlm kelas..aii xmintak cikgu focus dekat dia tp bg dia masa utk sesuaikn dgn xtvt kelas & sekolah. Alhamdulilah hujung tahun semua TP5&6..dia pun rajin tlg cikgu2 w/pun dia pemalu.skg dah darjah2 dia dah boleh adapt dgn PBD tuu.. project2 kelas.. pertandingan sekolah semua dia masuk. Aii boleh nampak communication, leadership, problem solving dah improve banyak. Dia lebih confidence nk bergaul dgn student & dah kurang tantrum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerjasama dgn Cambridge? Wakakaka...Org dah lama dah ambik English 1119 weiiiii. Tapi takpa la kalau diorang rasa nak majukan rakyat Sarawak, elok la buat. Jgn sibuk bab menilai je...peluang pekerjaan pun kena la wujudkan lebih byk supaya takda mengelupur nak claim balik2 Org Semenanjung nak merompak korang siang malam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|