CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42958|Reply: 0

[Johor] Air mata suami tatap jenazah isteri maut rempuh lembu

[Copy link]
Post time 3-12-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode


KEADAAN motosikal ditunggang Dewiana selepas melanggar lembu. FOTO Alias Abd Rani.

Batu Pahat: Pilu hati seorang suami ketika menatap sekujur tubuh isterinya yang sudah tidak bernyawa atas jalan raya selepas motosikal ditunggang merempuh lembu di Jalan Bypass, Kampung Gombak, Peserai, semalam.

Mohd Hashim Sapuan, 47, hanya mampu menitiskan air mata ketika diberitahu berita kemalangan itu yang meragut nyawa isterinya, Dewiana Marpok, 47, jam 7.45 malam.

Menceritakan kejadian itu, dia menerima panggilan memaklumkan isterinya kemalangan jalan raya ketika pulang dari kerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

"Saya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati isteri sudah tidak bernyawa. Tidak tahu nak cakap apa waktu itu kerana terlalu sedih.

"Arwah baru dua minggu menggunakan jalan terbabit, kebiasaannya dia akan pulang ke rumah melalui Jalan Tongkang Pechah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, di sini.

Dalam pada itu, anak arwah, Mohamad Fairus, 28, berkata salah seorang adiknya memberitahu ibu mereka kemalangan namun menganggap arwah kemalangan biasa.

Katanya, ketika itu, dia bersama isteri dan anak berada di rumahnya di Parit Sulong namun sekali lagi mendapat panggilan dari rakan memberitahu ibunya sudah tiada.

"Kami seperti tidak percaya dengan berita yang menyedihkan ini.

"Kami juga terkilan dengan pemilik lembu kerana membiarkan haiwan ternakan berkeliaran hingga mengganggu pengguna jalan raya," katanya yang juga anak sulung daripada enam beradik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dari arah Kampung Bintang menghala ke Kampung Gombak.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba berada di tengah-tengah jalan yang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Disiarkan pada: Disember 3, 2024




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.325565 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list