CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21898|Reply: 1

Kentut jika takut

[Copy link]
Post time 4-12-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 4-12-2024 10:46 AM


SKUNK haiwan yang mesra dengan kanak-kanak.


"Haiwan ini jika ingin melindungi dirinya akan mengeluarkan kentut yang amat busuk. Perkara ini sangat dikhuatiri mereka yang ingin menjadikannya sebagai haiwan kesayangan," jelas pemilik skunk itu kepada penulis.

Bagi Alim Jefferi Abdullah Aziz, 39, dia memiliki sepasang skunk sejak empat tahun lalu yang dibeli daripada pengimport tempatan pada harga RM4,500 setiap satu.


Namun, kini dia hanya memiliki seekor sahaja memandangkan skunk betina miliknya mati pada Mei lalu.

  Katanya, skunk adalah haiwan mamalia yang cukup unik dan manja menyebabkan dia tertarik untuk memilikinya sebagai haiwan kesayangan. Apatah lagi, gelagat yang dipamerkan haiwan itu menerusi sosial media sebelum itu menjadikan Alim Jeffri tidak sabar untuk mempunyai haiwan berkenaan.

Berkongsi pengalaman mengenai skunk, Alim Jeffri berkata, ia antara haiwan kesayangan yang begitu mudah untuk dijaga dan diuruskan dari segi penjagaan dan diet.

  Katanya, dari segi penjagaan, haiwan itu disimpan dalam sangkar yang sesuai dengan saiznya seperti sangkar untuk kucing tetapi lebih luas jika ia mempunyai saiz yang dewasa.

  "Skunk ini sebenarnya lebih banyak tidur berbanding aktif. Haiwan ini boleh tidur hampir 20 jam sehari jika kita tidak bermain dengannya. Jadi, kehidupannya agak pasif.

  "Haiwan ini juga mesra dengan manusia kerana ia tidak menyerang dan hanya duduk diam jika kita mendukung atau membelainya. Pada saya ia adalah haiwan yang cukup manja," katanya.

JAGUNG antara makanan yang diberikan kepada skunk milik Alim Jeffri.

SKUNK adalah haiwan yang gemar tidur dalam jangka masa panjang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2024 10:47 AM | Show all posts

RUPA yang comel dan gebu menjadikannya sebagai haiwan tarikan di zoo mini milik Alim Jeffri.

Tambahnya, skunk juga mempunyai bulu yang tebal menjadikan haiwan itu 'sedap' untuk dipegang oleh sesiapa pun terutama kanak-kanak. Apatah lagi, sifatnya yang manja menjadikan haiwan itu sentiasa menjadi perhatian dalam kalangan pengunjung yang datang ke zoo mininya.

  Bercerita mengenai diet, katanya, haiwan itu memakan pelbagai jenis makanan seperti sayur-sayuran, buah dan daging serta palet makanan kucing kerana ia adalah haiwan jenis omnivor.



  "Skunk tidak cerewet untuk makan. Ia akan makan apa sahaja yang sesuai dengan dietnya apabila kita letakkan di dalam bekas makanan. Jadi, bersandarkan pengalaman saya, ia adalah haiwan yang mudah untuk diuruskan dari segi diet.

  "Saya tidak memberikannya makanan tambahan kerana merasakan buah-buahan atau sayur-sayuran asli seperti jagung sudah dapat melengkapkan diet yang diperlukan haiwan berkenaan," katanya.

  Jelasnya, bagi memastikan haiwan itu selesa berada di dalam sangkar, setiap hari dia akan membersihkan sangkarnya kerana tidak mahu keadaan berbau dan memberi kesan dari segi kesihatan skunk miliknya.

"Saya juga akan memandikannya dua kali seminggu bagi memastikan haiwan ini bersih memandangkan ia adalah haiwan yang sering mendapat perhatian oleh pengunjung untuk membelainya.

  "Bagi saya menjaga skunk ini amat mudah untuk dipelihara. Paling penting sebelum memilikinya kita membuat bacaan bagi mengetahui keperluan haiwan berkenaan untuk dijaga," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.803754 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list