View: 40237|Reply: 100
|
Mengaku bersalah laku kelucahan melampau, PU Azman dipenjara 14 bulan
[Copy link]
|
|
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lepas.
Tertuduh yang juga dikenali sebagai PU Azman, 43, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid selepas representasi dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara diterima bagi menukar pengakuan sebelum ini yang mengaku tidak bersalah.
Representasi berkenaan dikemukakan Azman Syah pada Oktober lepas dan diterima Jabatan Peguam Negara pada awal November.
Azman Syah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek di sini pada 9.15 malam, 10 Jun 2022.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi dan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Syuhada Rosli manakala Azman Syah diwakili Peguam Fahmi Adilah.
Fahmi dalam rayuannya memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya selain memaklumkan pengakuan bersalah itu didorong faktor keinsafan dan menyesal atas perbuatan berkenaan, selain tertuduh berjanji kepada mahkamah untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan berguna.
"Anak guam saya juga memohon maaf kepada pengadu (mangsa) yang terlibat dan kerajaan Malaysia, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mahkamah yang mulia ini kerana mengambil masa ketika perbicaraan berlangsung (sebelum representasi diterima Jabatan Peguam Negara)," katanya.
Rasyidah sebaliknya menegaskan sebagai seorang pendakwah selebriti, perkara itu tidak sepatutnya dilakukan terhadap pengadu yang ketika itu masih berusia 18 tahun selain pengakuan bersalah bukan faktor yang patut diambil kira oleh mahkamah untuk memberikan 'diskaun' terhadap hukuman.
"ihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga terhadap masyarakat sejagat secara amnya …," katanya.
Sebelum ini, Azman Syah telah diperintahkan menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada 27 September lalu.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
jgn ada yg bingai lagi kata "ini ujian" blah blah blah
byk lagi kan kes dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 6-12-2024 05:23 PM
jgn ada yg bingai lagi kata "ini ujian" blah blah blah
byk lagi kan kes dia ni
Ada kat tt berlambak kata ujian. Yg kata dia dok taubat kat jel pun lagi baik dr org yg bebas kat luar ni.
Apo ke jelik pemikiran. Dia meliwat org kot.mmg patut taubat kat sana diam2.kalu keluar bebas, apa lagi nak dibuatnya kat anak org |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi yg komen tu... yg masuk penjara dah tentu2 makan minum ditanggung. Budak yg trauma tu sampai ke sudah terkesan. Budak tu yg patut jadi keutamaan bila netizen nak bersimpati. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la mengaku. nak cornar tang mana lg.bertaubat |
|
|
|
|
|
|
|
terserlah geng lunyit.
tp i pernah jmpa dia masa bln posa..elok jgk tau dia irl
sedap mata memandang..ke sbb masa tu kt taman..lampu samar samar je..dia n team drg terjah weols lepak..i lupa nama taman tu..kt shah alam..
dia tny kitorg soalan agama...ada kwn i jwb..i menyorok blkg je
|
|
|
|
|
|
|
|
14 bulan jer....apa lah...
mungkin ker dia ok jer kalau sabun jatuh? |
|
|
|
|
|
|
|
buat muka kesian, badan pun kurus je tu ha...terus ummah rasa serba salah padahal benda dia buat tu keji kot.
lepas ni kot nak mengunyit lagi p cari yg dah matang suka sama suka bukan bawah umur. kalau nak suh stop kan ada plak komplen perasaan nurani bkn blh ditukar sesuka hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap jangan menonggeng kutip sabun kat lantai toilet penjara |
|
|
|
|
|
|
|
habis hukuman 24 tahun tu dah ditukar ke 14 bulan dah? Ke aku yg keliru ni haha |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak lagi tua after duduk dlm penjara
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz: terserlah geng luny ...
Ada rupe lee dong wok lg x..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
????↕️????↕️????↕️????↕️????↕️ |
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky replied at 6-12-2024 05:59 PM
14 bulan jer....apa lah...
mungkin ker dia ok jer kalau sabun jatuh?
24 thn + 14 bln
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ini pertuduhan lain kan... 24 tahun tambah lagi 14 bulan? Ada lagi tak pertuduhan... Dengar ritu ada lg 5 yg kat seremban.
Jgn nak kesian... Ramai kot anak org di grooming nya |
|
|
|
|
|
|
|
tak.. dia buat apa kat bdk2 tu??? aku mmg tak follow cerita dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dia bottom forever,msg lucah kat DM Instagram,
ajak lepak rumah,
dia minta pegang ciknek bebudak tu,
dan suruh bebebudak f**k dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku antara pemenat pU azman ni dulu
Sebab kelaka selamba
Tp kes ni idokle aku nk kesian kan dia
Byk budak dah dia rosakkan.
Yg ratib2 ujian tu cuba kalo anak ko yg digroomnya
Mau ke ko nk ratib ujian ujian..
Dafuq sgt acik2 shallow ni |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah kena penjara 24 tahun untuk keslahan yg lebih besar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|