CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36708|Reply: 4

[Tempatan] Polis Minta Bantuan Kesan Dhiya Azzahra kanak-kanak perempuan 12 tahun Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan

[Copy link]
Post time 8-12-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, yang tidak pulang ke rumah sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, 12, dilaporkan hilang oleh bapanya pada 7.40 malam tadi selepas menyedari anak kedua daripada lima adik beradik itu tidak pulang ke rumah sejak 9 pagi semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Dhiya Azzahra memaklumkan kepada bapanya untuk menghadiri sambutan hari lahir di sekolah pada pagi semalam sebelum disedari tidak pulang ke rumah di Seksyen U3, Shah Alam, Selangor.

"Kanak-kanak itu berketinggian 150 sentimeter, mempunyai berat 45 kilogram dan berkulit sawo matang.

"Dia kali terakhir dilihat memakai seluar denim, baju sejuk, tudung berwarna hitam dan kasut sukan berwarna-warni," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata Dhiya Azzahra mempunyai masalah katarak pada mata kanannya semasa kecil dan telah melakukan pembedahan bagi membuang selaput.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Hizam Talib menerusi talian 012-6550 262

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2024 12:26 AM | Show all posts
Semoga selamat dan segera ditemui. Risau baca aih. Umur baru 12 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga jumpa dengan selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut ada yang ambil kesempatan je.

Zaman sekarang orang tahu kita lemah bukan nak dibantu, dihancurkannya lagi ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047337 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list