CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32736|Reply: 15

[Jenayah] Kejar syurga abai dunia, budaya kito?

[Copy link]
Post time 10-12-2024 12:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 10-12-2024 06:22 AM



TUMPAT: Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) masih belum dituntut ibu bapa mereka, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata ini berkemungkinan kerana ibu bapa kanak-kanak berkenaan bimbang akan ditahan sekiranya datang untuk mengambil anak-anak mereka.

"Mereka risau datang untuk menuntut anak kerana urusan itu melibatkan polis, tetapi sebenarnya yang ditahan itu ada kesalahan lain," katanya kepada pemberita selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat 2 di sini, hari ini.

Nancy berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghubungi ibu bapa kanak-kanak berkenaan, namun tiada maklum balas diterima.

"JKM perlu memulangkan kanak-kanak ini kepada ibu bapa mereka kerana ada tempoh tertentu yang ditetapkan mahkamah," katanya menambah terdapat prosedur khas bagi menyerahkan kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata JKM perlu mendapatkan perintah mahkamah bagi orang yang layak dan sesuai untuk menjaga kanak-kanak itu.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September lepas, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan pihak polis.


-- BERNAMA




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2024 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Abuya seorang yang teliti;
Sudah tentulah si kibidi bidi;
Bom bom bom,
Yes yes yes yes.

Sikidibidi,
Siki bom bom bom;
Yes yes yes,
Abuya bidi bidi.

Bom bom,
Abuya siki bidi bidi.



Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 01:49 AM | Show all posts
kesiannyaa anak anak
apa lah perangai mak bapak macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Konon ekonomi org islam.. tp hakikatnya akidah, sistem kekeluargaan hancurrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak ayahkenal ke anak2 depa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik bkn ke aritu sampai wat pc dgn sorang ahli politik bersatu bertambah maju tu ckp jkm salah tahan anak la bagai
Siap tuduh jkm kejam pisahkan anak2 dgn ibubapa blablablaa
Nih kenapa plak masih ada balance takde yg tuntut nih?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak dapat ke peruntukan 60 juta tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 08:07 AM | Show all posts
Ni jenis tau beranak pinak je. T/jawab kosong.

Tu pun ada ramai lagi yg bebal dok menyokong kumpulan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2024 09:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 10:09 AM | Show all posts
Nancy berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghubungi ibu bapa kanak-kanak berkenaan, namun tiada maklum balas diterima.

"JKM perlu memulangkan kanak-kanak ini kepada ibu bapa mereka kerana ada tempoh tertentu yang ditetapkan mahkamah," katanya menambah terdapat prosedur khas bagi menyerahkan kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata JKM perlu mendapatkan perintah mahkamah bagi orang yang layak dan sesuai untuk menjaga kanak-kanak itu.


Bila dah diserahkan pada orang lain (perintah mahkamah), kita boleh jangka ayat yang bakalan keluar dari mulut makpak bebudak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
hoihhh laa anak kot tu. tak rasa sayang ke?
kejadah teran anak terkoyak pepek ujung2 biar anak kat jkm supe bdk2 tu takdak makpak. kata terpaling agama ujung2 gini jah.
boleh hantar kasi dah laki dan pompuan gisb ni sume. anak2 tu pun agaknya sakit hati giler dgn makpak depa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya le hai ke budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 01:15 PM | Show all posts
sedihnya...
sanggup biar anak mcm tu tak dituntut
agaknya mmg dah terbiasa dari awal.. bkn dia yg jaga anak2 tu.. semua serah kat madrasah.. so bila takde pon tak rasa kehilangan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 01:54 PM | Show all posts
ini berkemungkinan kerana ibu bapa kanak-kanak berkenaan bimbang akan ditahan sekiranya datang untuk mengambil anak-anak mereka

Then bagi lah assurance mereka tidak ditahan. Peranan media ni. Jangan hanya pandai mensensasikan berita ja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 10-12-2024 03:28 PM
Suchi replied at 10-12-2024 07:38 AM
Aik bkn ke aritu sampai wat pc dgn sorang ahli politik bersatu bertambah maju tu ckp jkm salah tahan ...


Barua yg fitnah kjaan nak rampas budak2 tu dari makpak dorg dah selamat dilantik jadi Ketua Penerangan parti dah pun..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 09:32 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 10-12-2024 09:39 PM

Betul-betul KEREN ....Banyak kejutan di Malaysia di akhir tahun 2024 ini ...

Saran saya ... Jika memang budaya meraih syurga abai dunia tu memang ada dan dipraktekkan di Malaysia ... Mengapa anda X segera mendaftarkan  hal itu ke UNESCO  sebagai Warisan Dunia X Benda asal Malaysia seperti yang anda lakukan untuk Budaya Sarapan itu ?


Saya yakin banyak sekali budaya unik lainnya di negara anda seperti misalnya Budaya Makan Siang atau Budaya Makan Malam etc..etc yang jika anda daftarkan ke UNESCO pasti akan diterima dengan mudahnya ....Hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.344144 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list