View: 47773|Reply: 12
|
Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam. Kemungkinan peniaga ini berniaga tanpa lesen - MBSA
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Seorang wanita mempersoalkan tindakan peniaga menjual daging babi secara terbuka di Pasar Malam Setia Alam di sini.
Isu itu ditularkan individu berkenaan menerusi video berdurasi 30 saat di aplikasi TikTok pada Isnin.
Video itu memaparkan keadaan dalam pasar malam berkenaan dengan sebuah gerai menjual 'pork crispy'.
Wanita itu mendakwa, makanan tidak halal itu dijual di pasar malam yang turut terdapat peniaga muslim berniaga di lokasi sama.
"Kita nampak ada peniaga jual 'pork' secara terbuka. Kalau nak ikutkan tak boleh," katanya pada video dikongsikan beserta #majlisbandarayashahalam.
Perkongsian itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial yang bertanya sama ada operasi perniagaan itu merupakan satu kesalahan.
Terdapat juga antaranya yang berpandangan penjualan makanan itu tidak menjadi masalah kerana pasar malam itu terdapat dua bahagian iaitu operasi perniagaan halal dan tidak halal.
Bagaimanapun Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Azhar Mohd Sharif ketika dihubungi memberitahu, penjualan daging babi tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka terutama di kawasan pasar malam.
Mohd Azhar berkata, ia termasuk makanan tidak halal seperti ditetapkan dalam syarat perniagaan pasar malam di bawah MBSA.
"MBSA tidak mengeluarkan sebarang kebenaran atau lesen bagi tujuan itu. Kemungkinan peniaga ini berniaga tanpa lesen.
"Jabatan pelesenan sedang menyemak isu ini. Jika peniaga mempunyai lesen, lesennya akan ditarik balik.
"Jika tiada lesen, MBSA boleh mengeluarkan kompaun di bawah undang-undang kecil penjaja," katanya.
Jelasnya, bagi jualan daging babi, peniaga hanya dibenarkan beroperasi di kawasan dikhususkan dan pasar tertutup.
SUMBER: - Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Kami pelintah sikalang...lu taktau maaaaa????? |
|
|
|
|
|
|
|
kena apply sijil halal kah |
|
|
|
|
|
|
|
Lama lama nnti pi jual babii guling tepi jln..berasap2 dihidu umat muslim
|
|
|
|
|
|
|
|
gomen madanon.
sudah maju sekarang,
babi goreng dah ada di pasar malam 
shah alam pulok tu,
mesti banyak demand dari org2 melayu di selangor 
|
|
|
|
|
|
|
|
ekceli kat tempat weols sini, diorang meniaga je makanan non halah whatsoever semua tu kat pasar malam secara terbuka, TAPI...
... pasar malam muslim belah jalan sini, pasar malam non-halal belah jalan sana. So, weols pun ok sajork. Takda isu pun.
yang dalam cerita kat atas ni maybe dia campur dengan halal-non halal agaknya. Kalau iols pun akan rasa ewww gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Purplehaz replied at 11-12-2024 11:23 AM
Lama lama nnti pi jual babii guling tepi jln..berasap2 dihidu umat muslim
Dulu jalan nk pi puchong, klu dekat CNY memang byk lah babi panggang kt tepi jln tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pasar mlm dulu slalu asing. Bile pasar melayu islam. Mmg tak boleh campur. Skrg zmn madanon semuanya hancur. Islam sekadar nama pd negara saja. Tiada dalam hati takde rase hormat dan syg pd agama sendiri. Jadi penyembah duit.. smoga cepat2 lah insaf |
|
|
|
|
|
|
|
hyie: ekceli kat tempat weols sini, ...
Iolzz ade bc ni jgk.. org2 kwsn tu yg komen kata pasar mlm ni ade 2 bhgian .. yg kakak ni pergi bhgian non halal pasto videokn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada section lain ni tak mungkin campur2 bahagian dengan yang halal, melayu isle malaysia ni memang suka sensetif tak tentu arah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada pelanggaran syarat lesen, MBSA patut ambil tindakan tegas. Peniaga perlu ikut peraturan untuk jaga sensitiviti semua pihak. Harap isu ini diselesaikan dengan baik.
https://izzatsabyan.com/cara-membuat-ebook/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|