View: 5670|Reply: 5
|
[Tempatan]
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 12-12-2024 12:05 AM
Foto: Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid
KUALA LUMPUR — Dianggarkan sekitar 70,000 kanak-kanak pelarian etnik Rohingya berada dalam lingkungan umur bersekolah berada di negara ini.
Daripada jumlah itu, sebahagian kanak-kanak etnik Rohingya bersekolah sekadar “asal ada” (tidak formal), menurut Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Azmi berkata, pendidikan “asal ada” itu tidak akan membawa kelompok itu ke mana-mana.
Beliau berkata situasi itu, jika tidak ditangani, dikhuatiri akan menjadi isu ‘social blacklash’ yang akan membebankan masyarakat negara ini.
“Social backlash ini apa? Kalau orang yang tidak berpendidikan, akhirnya penyakit itu akan timbul balik kepada masyarakat. Dia tak ada kerja, dia tak ada pendidikan.
“Maka kita lihat akan menimbulkan masalah sosial… jadi dengan itu tak logik kita biarkan mereka tidak berpendidikan,” kata Cikgu Azmi dalam podcast Garis Krisis (GK) yang bersiaran di Youtube The Merdeka Times pada Sabtu jam 8.30 malam
Cikgu Azmi berkata pihak berkepentingan di negara ini mempunyai tiga pilihan sekiranya mahu menangani isu social backlash itu.
Beliau berkata pilihan pertama adalah untuk kerajaan membuka ruang anak-anak pelarian Rohingya itu belajar di sekolah kerajaan.
Langkah ini telah dilakukan di Pakistan dan Arab Saudi, kata Cikgu Azmi.
“Option (pilihan) kedua ialah membenarkan sekolah-sekolah yang dibuat secara swasta dan didaftar dengan lengkap syarat-syaratnya dan mereka itu diberikan peluang untuk pergi sekolah. Sekarang, sekolah swasta pun takut nak terima kerana masalah status mereka,” katanya.
Pilihan ketiga adalah kerajaan ‘mengiktiraf’ sekolah dikendalikan badan bukan kerajaan (NGO) dengan mengiktiraf kurikulum yang diluluskan kerajaan sebelum membenarkan mereka mengikuti peperiksaan awam, kata Cikgu Azmi |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mana ada genocide ke atas rohingya di myanmar |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR — Dianggarkan sekitar 70,000 kanak-kanak pelarian etnik Rohingya berada dalam lingkungan umur bersekolah berada di negara ini.
- Wow, Rohingya beranak dengan jayanya. Ini tak termasuk orang dewasa, yang baru lahir, belum umur sekolah. Korang kata malezia tempat transit saja. Lepas bagi mendarat nanti hantar negara ketiga. Negara mana yang nak ambik tu??? Berapa ekor dia nak ambik? Negara lain pun banyak krisis politik dan ekonomi mereka sendiri.
Beliau berkata pilihan pertama adalah untuk kerajaan membuka ruang anak-anak pelarian Rohingya itu belajar di sekolah kerajaan.
- Sekarang M40 kena keluar duit yang Banyak tiap kali buka sekolah. Bukan semua dapat bantuan. Kelas pun dah crowded. Nak masukkan depa kat sekolah keb. pulak? Atau nak buka sekolah bahasa rohingya pulak.
Kerajaan tak payah pilih 1,2 atau 3. Tiap tahun rakyat sendiri pun teruk rumah runtuh kena banjir, jambatan runtuh, jalan pecah, sawah tenggelam, ternakan mati, kereta harta benda semua rosak. Bantu rakyat sendiri sudah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|