CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43988|Reply: 12

[Politik] Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M

[Copy link]
Post time 12-12-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 12-12-2024 03:44 PM

Sinarharian.com.my
AISYAH BASARUDDINAISYAH BASARUDDIN
12 Disember 2024



Gambar dari kiri: Mohamad, Wan Azizah, Anthony Loke

SHAH ALAM - Keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat pada 21 Mei 2018 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis kepada peguam cara negara tanpa merujuk Jemaah Menteri terlebih dahulu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan bersama mendakwa, perkara itu turut dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum Mesyuarat Kabinet pertama diadakan.



Menurut kenyataan tersebut, selang dua hari setelah keputusan dibuat, Dr Mahathir kemudiannya memaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet.

“Kami ingin merujuk kenyataan Dr Mahathir terkait syor laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Beliau menyatakan keputusan tidak meneruskan usaha semakan dipersetujui Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018 yang turut dihadiri oleh kami selaku anggota Kabinet.


“Ingin kami tekankan di sini, ia hanyalah 'pemakluman' di bawah agenda 'hal-hal lain' dan bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan.

“Oleh itu, tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong kerana ruang untuk membuat keputusan telah pun hilang apabila ia dibuat secara bertulis oleh Dr Mahathir,“ katanya pada Khamis.


Surat Tun M bertarikh 21.Mei.2018 kepada Peguamcara Negara


Pada Selasa, Dr Mahathir ketika sidang media menyifatkan syor siasatan jenayah terhadapnya berhubung RCI Batu Puteh sebagai langkah bermotifkan politik untuk menjatuhkan reputasi beliau.

Tegasnya, keputusan untuk menarik balik permohonan semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh pada 23 Mei 2018 bukan dibuat oleh beliau secara bersendirian, tetapi diputuskan bersama dalam Mesyuarat Kabinet.


Mengulas lanjut, kenyataan bersama itu berpandangan, Dr Mahathir selaku negarawan sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh berhubung keputusan tersebut, bukannya memilih untuk meletakkan di atas bahu individu yang tidak terlibat.

“Kami yakin dan percaya anggota Jemaah Menteri yang hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 boleh mengesahkan perkara ini,“ ujar kenyataan terbabit.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila sdah jd kerajaan madanon tak nak pula mengaku.. Puihhh.. Politik oh politik
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah ckp, Saka tua tu ckp berbelit2 nk lepaskan diri..dia htar surat suruh batal 21hb..first meeting ngan kabinet 23hb...dah terang lg bersuluh kantoi teruk di situ..


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
org ni cakap begini.. org tu cakap begitu

mulakan je la siasatan jenayah.. mahathir sendiri alu2kan.. kan senang kalau mulakan je terus
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa saja yg telah diminitkan dlm mesyuarat wlpun lain² hal bermakna semua ahli bersetuju kecuali diminitkan otherwise. Wlpun diletakkan dlm perkara lain² hal ianya boleh dibincang atau disanggah sewajarnya oleh ahli mesyuarat. Penjawat awam tentu maklum dgn tatacara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
adiputras replied at 12-12-2024 05:04 PM
Apa saja yg telah diminitkan dlm mesyuarat wlpun lain² hal bermakna semua ahli bersetuju kecuali di ...

Terfikir juga kalau isu/tajuk tue dibuat sbg makluman & bukan tindakan, rasanya ahli mesyuarat masih boleh mencelah @ memperbetulkan semula utk dibincang & ditukar pada tindakan tertentu.

Masalah jgk bila pd masa tue semua 'freshie' kecuali Tun so mrk just ikut jer la. Ibarat baru masuk keje tak pandai selok belok mesyuarat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 apa jadi kalau team hauk PH1.0 yang uruskan kes tuntutan sulu ye?

PH2.0 ini nasib baik ada bro azalina umno mari
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe2 nanti bagi keterangan dalam mahkamah je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 12-12-2024 07:41 PM
Terfikir juga kalau isu/tajuk tue dibuat sbg makluman & bukan tindakan, rasanya ahli mesyuarat mas ...

Agak laa... Munteri x kompetan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 11:20 PM | Show all posts
adiputras replied at 12-12-2024 05:04 PM
Apa saja yg telah diminitkan dlm mesyuarat wlpun lain² hal bermakna semua ahli bersetuju kecuali di ...

Not as simple sebab benda dah buat.

Ko senior macam mana pun berani ka nak suruh boss recall balik surat? Bos pulak atuk kot.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa la nak mengaku dia berak tengah jalan

Nasib ko la atok.... Ketika ko diperlukan utk buka jalan kemenangan yg tak pernah mereka kecapi, kau dijulang, kau dijilat, kau disayang.

Sebaik saja kau tak diperlukan lagi, kau ditendang  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 12-12-2024 04:20 PM
Kan dah ckp, Saka tua tu ckp berbelit2 nk lepaskan diri..dia htar surat suruh batal 21hb..first meet ...

Apa ke bebal sangat ko nak faham ayat Tun "saya berpendapat" dalam surat tu. Sekadar berpendapat bukan bermaksud "saya mengarahkan".

Tun berpendapat Anwar meliwat tak nak pulak korang walanon-walanon setuju, taat dan patuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 12-12-2024 07:41 PM
Terfikir juga kalau isu/tajuk tue dibuat sbg makluman & bukan tindakan, rasanya ahli mesyuarat mas ...

Surat pembatalan yg dh dihantar guna burung merpati dah sampai belum ke ofis Spore waktu tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.123911 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list