View: 43813|Reply: 4
|
Ahmad Samsuri 'kunci mulut' isu peletakan jawatan Bendahari Agung PN
[Copy link]
|
|
Kuantan: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memilih untuk mengunci mulut berhubung tindakan beliau meletak jawatan secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Samsuri ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Paip Agihan Air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di sini hari ini hanya memaklumkan akan akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu pada masa yang sesuai.
"Saya tahu topik apa (perkara) yang anda semua nak tanya. Buat masa ini, saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan. Tunggu masa yang sesuai nanti," katanya ringkas kepada media, hari ini.
Difahamkan, Ahmad Samsuri bergegas beredar selepas majlis itu untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang Parlimen.
Semalam, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan Naib Presiden parti itu, Ahmad Samsuri, mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN tetapi enggan mengulas lanjut.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bagi la jawatan tinggi sikit ni tidak bersatu bolot sesama mereka |
|
|
|
|
|
|
|
pas tak perlukan pn pun sebenarnya. pengaruh dah ada tapi duit pulek xdak. |
|
|
|
|
|
|
|
Merajuk ke tu x dpt up cam Jemin |
|
|
|
|
|
|
| |
|