View: 28415|Reply: 10
|
20 tahun, rupa-rupanya Stacy tak pernah tengok konsert kecuali konsert Datuk M. Nasir Cipta 2
[Copy link]
|
|
HAMPIR 20 tahun bergelar anak seni, siapa sangka penyanyi yang terkenal dengan genre muzik rancak bahkan mudah diberi jolokan Ratu Tari Malaysia itu tidak pernah menonton sebarang persembahan atau konsert berskala besar.
Kata ibu tiga anak itu, tugas sebagai penghibur membuatkan dirinya tidak tertarik untuk menghadiri sebarang konsert tidak mengira sama ada persembahan penyanyi tempatan mahupun antarabangsa.
Namun, perasaan berbeza dirasakan selepas berpeluang menyaksikan persembahan hebat maestro muzik tersohor, Datuk M. Nasir menerusi konset Datuk M. Nasir Cipta 2 pada 12 Oktober lalu.
“Sejujurnya saya tidak pernah menonton sebarang konsert sebelum ini. Tetapi, hendak dijadikan cerita buat pertama kali saya pergi menonton konsert Datuk M. Nasir Cipta 2.
“Saya memang peminat nombor satu beliau. Sepanjang tiga jam persembahan, saya memang tidak ke mana-mana. Saya hanya duduk menonton konsert beliau.
“Saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana bukan sahaja menjadi inspirasi tetapi turut mempengaruhi perjalanan muzik saya sepanjang kerjaya seni sejak dahulu lagi,” katanya penuh semangat.
Mengulas mengenai kehadirannya ke konsert tersebut, Stacy atau nama lengkapnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, teruja apabila pertama kali berpeluang untuk menyaksikan persembahan muzik sebegitu.
“Sebelum ini, saya tidak terfikir untuk menghadiri mana-mana konsert dan tidak tahu bagaimana rasanya apabila melihat artis kegemaran di depan mata membuat persembahan.
“Perasaan saya terbuai-buai dan melayang-layang sepanjang menonton persembahan beliau. Tidak sangka rupa-rupanya sangat seronok pergi menonton konsert,” katanya bersungguh-sungguh.
Selain bercerita tentang keterujaan berpeluang menyaksikan persembahan sifu muzik terkenal itu, M. Nasir juga menjadi individu yang bertanggungjawab bagi menyuntik semangat untuk menghasilkan single baharunya bertajuk Menyala.
Diciptakan sepenuhnya Bunga Cantik atau Stacy sendiri, lagu tersebut pada awalnya mengalami kesukaran dan berdepan kekangan saat ingin menjalani rakaman di studio
“Sebelum menonton konsert itu, saya tertanya-tanya, mengapa susah sangat untuk rakam lagu ini. Boleh dikatakan ada saja halangan untuk merakamkan lagu ini. Saya rasa betul-betul tertekan.
“Berbeza perasaan selepas menyaksikan konsert M. Nasir. Saya terus yakin, bersemangat dan proses rakaman juga menjadi lancar. Proses rakaman juga berjalan baik.
“M. Nasir memang penyelamat dan pembakar semangat untuk merakam lagu Menyala,” ujarnya.
Tambah Stacy lagu tersebut merupakan refleksi emosi terhadap perjuangan muzik, sekali gus sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang telah banyak memberi sokongan.
“Selama 16 tahun dalam industri, saya tertanya-tanya apakah tujuan dan hala tuju saya sebagai anak seni.
“Dahulu saya tidak pernah terfikir untuk menghasilkan lagu yang memberi makna mendalam.
“Tetapi selepas melihat sokongan yang diberikan peminat, terutama saat saya berdepan dengan isu panas (penarikan diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars) tempoh hari, saya berasa teruja dan bersyukur.
“Lagu ini untuk peminat yang memberikan sokongan dan juga menggambarkan tentang semangat perjuangan muzik saya dalam industri termasuk asal usul sebagai anak seni kelahiran Sabah,” jelasnya panjang lebar.
Muzik video lagu Menyala yang dilancarkan sejak 5 Disember menerusi YouTube kini sudah meraih lebih 100,000 tontonan.
SUMBER : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lah lakibini buat lagu atau berduet dgn m.nasir nanti
akim pun bagus dlm penulisan lirik lagu
|
|
|
|
|
|
|
|
Arwah kak adibah noor dulu selalu nmpk dia kat dfp masa konsert artis tempatan. Dia datang menyokong.
|
|
|
|
|
|
|
|
hebatnya aku pun xpernah tgk konsert m nasir |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. Kalau musim bola Piala Dunia, tgk siaran langsung kejohanan tersebut jawapannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh no wonder la masa konsert kat dfp haritu she boleh bantai masuk part broadway tiba2 terus jadi krik2 sebab she tak pernah pi konsert dah tak faham kehendak penonton..aku sampai sekarang frust lagu2 best dibroadway kan dah la serba tak kena kita datang nak tengok stacy yg menari lincah bukannye stacy yg lain..so please stacy next konset sila bawak vibe2 ajl..kesian ponen2 yg datang konsert nak tengok dia tapi she tak menari sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia xpenah pegi konsert x bermakna dia x penah tgk konsert.vibe dan feel tu lain.itulah maksud dia |
|
|
|
|
|
|
|
Retis2 ni kan, diorang gi tengok wayang tak.citer local?
Support kengkawan |
|
|
|
|
|
|
|
jihah_kudat replied at 14-12-2024 12:54 PM
oh no wonder la masa konsert kat dfp haritu she boleh bantai masuk part broadway tiba2 terus jadi kr ...
Bagus point u ni
Patut retis kena byk p tgk konsert utk belajar
Mcm player bola selain berlatih kena byk tgk game sebenar jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
Cekgushilla replied at 14-12-2024 02:04 PM
Bagus point u ni
Patut retis kena byk p tgk konsert utk belajar
Mcm player bola selain berlatih ke ...
kan kena banyak pergi tengok konsert retis2 lain lagi2 retis yang sekali sekala dapat pentas besar..bukan suruh tiru ke apa cuma belajar la faham kehendak penonton jgn duduk dalam dunia sendiri..macam baru ni aku pergi show ada cerpen band sejujurnya aku tak familiar sangat lagu dieorg tapi vibe show tu best walaupun banyak lagu cover tapi dieorg tahu nak get along dgn penonton so kita sebagai penonton pun rasa enjoy aku rasa kalau diaorg buat konsert aku sudi je beli tiket.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|