MERSING – Seorang kanak-kanak darjah empat cedera pada beberapa bahagian anggota tubuh badannya akibat terjatuh selepas dikejar anjing liar kelmarin.
Ibu mangsa, Izzaidah Ibrahim, 35 berkata ketika kejadian anaknya Nur Huwaidah Umayrah Abdullah, 10 sedang mengayuh basikal dari kedai datuknya di Tanjung Endau menuju pulang ke rumah mereka di Jalan Dato Mohd Ali, Endau.
Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 5.25 petang di mana ketika sampai di hadapan sebuah kedai kek, seekor anjing liar telah mengejar anak ketiga dari empat beradik itu.
“Oleh kerana ketakutan, anak saya telah mengayuh basikal secara laju untuk melarikan diri dari anjing tersebut sehinggalah sampai di hadapan kedai buku anak saya telah terjatuh ke dalam longkang.
“Mujur ada orang ramai yang menghalau anjing tersebut jika tidak keadaan mungkin menjadi lebih teruk. Ekoran kejadian itu anak mengalami cedera luka di bahagian pipi, dahi, kening, bahu, bibir dan lutut.
“Doktor juga memberikan cuti sakit selama dua hari dan meminta saya pantau keadaan anak jika dia muntah dan sebagainya namun alhamdulillah kecederaannya juga semakin memulih,” katanya ketika ditemui media di kediamannya semalam.
Izzaidah berkata, masalah anjing liar tidak pernah selesai di kawasan itu meskipun ada tindakan yang diambil.
Post time 13-12-2024 08:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian dik. Kat area rumah aku dulu ada kes anjing liar kejar bebudak kat playground. Sampai parents kena ambil giliran menghalau anjing ni tapi dorang pulak kena kejar. Sampai 1 hari tu anjing tu mengamuk & kejar budak2. Nasib baik ada satu rumah ni bertindak pantas panggil budak2 masuk rumah dia & tutup gate. RA hantar rakaman cctv kejadian tu dekat PBT & report kat ADUN, baru la sibuk2 hantar van tangkap anjing. Tapi yg mendatangkan geram ada pulak jiran yg acah2 PETA cakap kitorang ni "racist" terhadap anjing sebab x report pasal kucing
Post time 14-12-2024 08:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian tau budak2
Depa lari laju mana sangat..
Jiran iols anaknya sampai trrkoyak lutut sebab lari dari anjing..
Mbsj datang je amek anjing..ada cina2 ni kata kenapa amek anjing..anjing tu jaga taman ni
Tak kena kat dia..mmg la dia suka...
Naseb india yang tangkap anjing tu cakap ada budak masuk hospital sebba kena kejar anjing
anjing2 liar ni pun sebenarnya asal dulu dibela tapi dibuang oleh owner sendiri... pastu anjing2 terpaksa hidup mengikut naluri, jadi tahap ganas sampai serang manusia... so, bagi ai sesapa yg gigih bela menatang pastu buang camtu patutnya didakwa penganiayaan haiwan...
Post time 14-12-2024 11:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ahh..bagi aku kasi tembak je anjing2 liar ni...
sampai bila nak biar..pencinta haiwan bowdow bleh stkt cakap kesian, dia pun nak hidup bla bla..x kacau orang bla bla...
tapi bila suh bertanggungjawab bela semua lepas tangan..
taman aku banyak kali dh adu psl anjing liar ni...tp mungkin PBT pun bongok tak reti tangkap .. datang waktu tengah hari,malam...mana nak jumpa anjing tu..ko datang la pagi ke petang ke..
jiran2 non melei sllu bising kalau tangkap anjing kena tangkap sekali kucing..
nak tnye korang..let say kan anjing tu dh kena tngkap dgn pbt, pbt mandul kan anjir2 ni, dan dorg akan potong sikit telinga anjir sebagai tanda dah dimandulkan.. then pbt lepaskan semula..adakah anjir2 ini akan ganas ke tidak?
area rumah meols, ada anjing yg pbt dh lepaskan..risau kot2 dtg penyakit anjing gila dorg..mmpos kalau dikokak nye anak aku..