CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23975|Reply: 6

Rindu mahu berlakon, saya hendak bekerja sebab lakonan ini sudah sebati dengan jiwa dan diri saya - Ebby Yus

[Copy link]
Post time 13-12-2024 10:20 PM | Show all posts |Read mode



PELAKON juga pelawak senior, Ebby Yus bersyukur dikirimkan rakan-rakan industri yang baik oleh Allah untuk menghulurkan bantuan kepadanya ketika berdepan masalah kesihatan ketika ini.


Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 59, berkata, dia tidak menduga betapa ramai rakan selebriti yang prihatin terhadap masalah kesihatannya dan tampil menolong walaupun tidak begitu rapat.


"Saya bersyukur kepada Allah kerana Dia menghantarkan kawan-kawan yang betul hebat, jiwanya hebat. Walaupun saya bukanlah kata orang tidak baik, tetapi kurang bergaul saja dengan mereka.


"Namun, tetap ada kawan-kawan itu yang datang berjumpa dan menziarah saya untuk memberi sumbangan. Ramailah yang datang bantu antaranya Jep, Rahim, Shuib dan Ajak Shiro yang berikan saya penyedut udara," katanya.


Menurut Ebby, meskipun dia kini tidak boleh bekerja kerana masalah buah pinggang dan jantung dihidapi, namun keprihatinan rakan-rakan, peminat dan pihak tertentu yang hadir membantu membuatkan ujian kehidupan itu dapat dilaluinya dengan tenang.


Ditanya juga hubungan baiknya dengan pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham, 36, yang sering menziarahnya di rumah, Ebby berkata, dia pernah berkawan baik dengan bapa Issey, Allahyarham Mat Hussin Hassan Gul.


"Issey ini sebenarnya saya cukup baik dengan dia sebab saya kenal dan pernah berkawan dengan arwah bapanya dulu. Tapi, mulanya saya pun tidak tahu yang Issey itu anak kawan saya.


"Bagaimanapun, Issey yang beritahu dan saya memang kenal baik dengan arwah bapanya. Saya panggil ayah dia, Mat Hussin ketika di Kelantan dulu dan sebab itulah kami sekarang makin rapat," katanya.


Ebby yang kini mempunyai berat badan 64 kilogram (kg) memaklumkan dia perlu menjalani rawatan dialisis air untuk buah pinggangnya yang sudah rosak sebanyak dua kali sehari di rumah.


Berbicara mengenai karier seninya, Ebby berkata, dia tetap berhasrat mahu aktif lagi dan jauh sekali terfikir untuk bersara, meskipun ketika ini berhadapan masalah kesihatan yang mengekangnya bekerja.


"Saya ingin berlakon lagi dan berharap agar ada pihak produksi yang mewujudkan watak sesuai. Bukan apa, saya hendak bekerja sebab lakonan ini sudah sebati dengan jiwa dan diri saya. Peminat pun masih ada.


"Cuma, dalam keadaan sekarang saya tak boleh berdiri lama dan banyak bergerak sebab cepat penat. Tapi, harapan saya agar ada penulis skrip yang buatkan watak sesuai untuk saya," katanya.


Pada Oktober lalu, Ebby dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 17 hari untuk mendapatkan rawatan terhadap masalah kegagalan buah pinggang kronik.


Aktor itu juga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), HKL tahun lalu akibat masalah kesihatan jantungnya dan doktor memberitahu tahap kekuatan jantung itu sudah tinggal kira-kira 27 peratus serta terlalu lemah.


SUMBER : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin dah sampai masa utk rehat terus dr industri
lepas dialisis pun pesakit mmg lemah selemahnya nak2 lagi berapa kali seminggu kena buat
nnt kang rebah pulak kat set dah menyusahkan krew pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dah sembuh baru belakon
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
gws uncle
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 04:50 PM | Show all posts
gws pak ebby
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga di beri kemudahan dan di beri kesembuhan olehNya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 1.250794 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list