CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33321|Reply: 8

[Tempatan] Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia

[Copy link]
Post time 14-12-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh BERNAMA
Disember 14, 2024 @ 12:14pm



PUTRAJAYA: Nilai ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata Malaysia kini berada pada trajektori pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh dan dijangka melebihi lima peratus pada 2024.


"Defisit fiskal juga semakin berkurang, dijangkakan 4.3 peratus untuk tahun ini. Manakala, jumlah pelaburan yang diluluskan bernilai RM254.7 billion, meningkat 10.7 peratus bagi Januari-September 2024 berbanding tempoh yang sama pada 2023," katanya menerusi hantaran di laman media sosial rasmi beliau hari ini.


Amir Hamzah yang genap setahun memegang portfolio Menteri Kewangan II pada Khamis lalu berkata, fokus utama beliau adalah untuk melaksanakan ikhtiar sejajar dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Antaranya adalah menstruktur semula ekonomi dengan meluaskan pendapatan negara, membela kesejahteraan rakyat dengan saksama dan terangkum dan menyediakan sokongan tatakelola yang lebih baik.


"Bagi saya, tatakelola adalah garis pemisah antara kebatilan dan kejayaan. Ia jelas dan pasti, tetapi mengimbangi peluasan fiskal dan kebajikan rakyat memerlukan seluruh pengalaman dan pengetahuan yang saya timba selama 27 tahun daripada dunia korporat sebelum ini," katanya.

Amir Hamzah berkata, Belanjawan 2025 adalah pemacuan kerangka Ekonomi MADANI yang membawa agenda kemanusiaan.

"Program-program bantuan lebih menyeluruh dan berfokus disediakan untuk memastikan tiada seorang pun yang tertinggal dalam arus pembangunan negara," katanya.


Mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 yang diluluskan di Dewan Negara pada Khamis, beliau berkata langkah seterusnya adalah pelaksanaan belanjawan yang bakal mendepani cabaran geopolitik dan ketidaktentuan pasaran.

"Walaupun begitu, kita bertekad untuk memastikan ketahanan ekonomi negara akan terus terpelihara.

"Pelbagai langkah-langkah proaktif telah diambil untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa, sambil memastikan kestabilan kewangan dalam negara," katanya.

Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober melibatkan peruntukan sebanyak RM421 bilion merupakan belanjawan terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah dan diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Belanjawan itu menumpukan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

- BERNAMA





­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni nampak penat
Berkhidmat untuk negara je ke?
Gaji menteri kewangan II berapa ringgit?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala otak dia inflasi terkawal...

Kangkung hari ni kat pasar borong RM9/kg apa kes? Bawang mencanak-canak naik harga & stok terhad. Serba serbi barang asas mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuma yang benar2 istimewa je yang masih gigih menyokong
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 14-12-2024 01:57 PM
Kepala otak dia inflasi terkawal...

Kangkung hari ni kat pasar borong RM9/kg apa kes? Bawang mencan ...

Jgn makan kangkung dan bawang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 14-12-2024 04:34 PM
Jgn makan kangkung dan bawang...

Kangkung tu di antara sayur paling murah yg rakyat marhein mampu beli... Kalau kangkung je RM9 bayangkan sayur2 lain. Kalau nak kata faktor cuaca hujan, kangkung jenis sayur yg tka terkesan dengan hujan. Kenapa harga naik macam tu sekali? Of course sebab inflasi.. Hasil drpd dasar2 ekonomi PH yg bodo..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 14-12-2024 04:34 PM
Jgn makan kangkung dan bawang...

blh beralih ke asparagus dgn daun bawang
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
korang isi la borang ni. bagj feedback. nnt macai isi syok sendiri plak

kajian tatakelola pmx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 14-12-2024 04:42 PM
Kangkung tu di antara sayur paling murah yg rakyat marhein mampu beli... Kalau kangkung je RM9 bay ...

Itu la pasal..hujan2 ni pasal kangkung menyubur la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.044326 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list