View: 31286|Reply: 14
|
[Tempatan]
Berkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di Malaysia Harga Ini Dapat Rumah Kecil’ – Lelaki Ini Beli Rumah Di Jepun Harga RM820,000.Anda setuju?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 15-12-2024 12:06 AM
Dalam satu perbualan santai, seorang warga Malaysia menceritakan bagaimana dia berjaya mencapai impian beli sebuah rumah di negara matahari terbit, Jepun
“Kenapa saya beli rumah di Jepun? Sebab saya cinta Jepun lebih daripada apa-apa, lebih daripada Malaysia,” katanya sambil tersenyum.
Menurut ciapan video yang dimuat naik oleh @facktura, rumah ini terletak di Totsuka-ku, Yokohama, hanya beberapa perhentian dari Stesen Yokohama.
Berkeluasan 100 meter persegi ruang kediaman di atas tanah berkeluasan 173 meter persegi, rumah ini mempunyai ruang yang cukup besar untuk keluarga kecil.
Rumah ini dibeli dengan harga ¥28 juta (sekitar RM820,000).
Menurutnya, harga tersebut adalah satu tawaran yang sangat berbaloi, memandangkan ruang rumah yang besar dan lokasi yang strategik.
Dibina pada tahun 1997, rumah ini telah dilengkapi dengan perabot dan barang-barang yang ditinggalkan oleh pemilik sebelumnya.
“Saya baru sahaja menyelesaikan perjanjian hari ini, tetapi kontraknya telah ditandatangani dua bulan lepas. Pemilik lama tinggalkan semua barang-barang ini kepada saya, jadi saya tak perlu risau untuk memulakan hidup baru di sini,” tambahnya.
Rumah ini mempunyai ruang tamu yang luas, dapur, bilik tatami tradisional Jepun, tiga bilik tidur, dua tandas, dan satu bilik mandi.
Salah satu bilik tidur dirancang untuk diubah menjadi bilik permainan video, sesuai dengan kerjayanya sebagai YouTuber permainan video yang berjaya dengan 1.6 juta pengikut di saluran YouTubenya
Ketika ditanya apa yang membuatkan dia memilih untuk menetap di Jepun, dia menjelaskan rasa cintanya terhadap budaya dan gaya hidup negara itu.
Tambahan pula, menurutnya, harga rumah di Jepun boleh menjadi sangat kompetitif jika dibandingkan dengan Malaysia, terutama jika mengambil kira lokasi dan saiz rumah.
“Dengan RM900,000 di Malaysia, anda mungkin boleh dapat rumah seperti ini juga, tetapi ruangnya lebih kecil. Jadi, saya rasa ini adalah satu keputusan yang baik,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak boleh nak imagine keluasan dalam square meter sebab rumah di malaysia pakai unit square foot. Selepas convert, keluasan adalah 1076 sqft. |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu zaman tentera jepon makan ubi kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju je dia beli umah tu dgn rege 800k mcm tu...sbb bukan duit aku pun
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kenapa saya beli rumah di Jepun? Sebab saya cinta Jepun lebih daripada apa-apa, lebih daripada Malaysia,” katanya sambil tersenyum.
Semoga rumah RM900K kau tak ranap kena earthquake. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-12-2024 06:27 PM
Murah lah tu jika nak dibandingkan… dengan 39 sq feet / 420 sq meters harga £369.500 = RM2,075,156.34
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 15-12-2024 12:29 AM
Aku tak boleh nak imagine keluasan dalam square meter sebab rumah di malaysia pakai unit square foot ...
Mcm keluasan apartment je yer...iols tgk video tu pun bilik2 kecik je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia beli japan abandon house ke sampai barang2 rumah pun owner tinggal. |
|
|
|
|
|
|
|
i rase rumah tu bekas rumah ada org mati.. i tgok dokumentari kat jepon biasa rumah2 yg ada dark history cam ada orang mati sorang2 sampai tinggal rangka biasa rumah2 tu akan dijual agak murah..
anyway kat utube ada channel Kansai Cleaning Service.. tu bukan company cleaning biasa, tp cleaning service untuk rumah yg ada org mati sorang2 sampai mereput,, kt jepon banyak kes camni
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 15-12-2024 12:29 AM
Aku tak boleh nak imagine keluasan dalam square meter sebab rumah di malaysia pakai unit square foot ...
kl susah nak convert, just darab dgn 10 utk anggaran square meter kpd square foot
aku kl survey hotel mostly tengok iklan hotel akan letak luas bilik dlm square meter juga |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 15-12-2024 10:52 AM
Dia beli japan abandon house ke sampai barang2 rumah pun owner tinggal.
Kalau mengikut dokumentari, umah tinggal banyak kat luar bandar.
Tapi rumah sesebuah dia ni disekelilingnya penuh rumah. Seperti kawasan perumahan yang sentiasa ada orang.
Segala perabot ada, seperti porumer kat atas cakap, barangkali rumah ada bekas orang tua mati dalam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak tertekan video Tu 1x laju ke hape
Tapi kedengaran ahpek ni spekong laju tak berbutir
Telinga akak tak fancy/tak paham kalau spekong like this cainis
Laju sgt tak berbutir tak sedap didengar
Cakap slow2 tak boleh ke?
Kalau pun bukan native speaker... Spekong like malays or Indian or PMX sedap jugak nak dengar
Makanya tak bole sgt menghayati video rumah heshe |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 15-12-2024 08:53 AM
Rindu zaman tentera jepon makan ubi kayu
kita jepun tara makan ubi kayu...u orang ada la.... |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 15-12-2024 08:53 AM
Rindu zaman tentera jepon makan ubi kayu
walawei akak sempat ke lahir zaman jepun dlu...
geng geng tun m la ni ye. |
|
|
|
|
|
|
|
tp kan comel la umah dia ..senang nk kemas |
|
|
|
|
|
|
| |
|