View: 40426|Reply: 24
|
Harimau Malaya kalah: ‘Mendoakan suami saya lumpuh adalah melampau!’ - Eyra Hazali
[Copy link]
|
|
Isteri mana yang tidak sedih apabila melihat suami dihina dan didoakan dengan perkara yang tidak baik.
Begitu juga dengan pelakon Eyra Hazali, yang kesal dengan tindakan segelintir penyokong bola sepak tempatan yang mengecam suaminya, Hazid Nadzli yang merupakan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya.
Haziq dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia menentang Thailand dalam perlawanan peringkat kumpulan A Piala Asean yang berlangsung di negara gajah putih itu, malam tadi.
Disebabkan itu Eyra atau nama sebenarnya Hadirah Qastina Hazali, 25, telah tampil mempertahankan suaminya daripada terus terusan menjadi mangsa hinaan netizen.
“Caci dan makian yang anda lemparkan kami boleh terima. Tetapi hinaan dan mendoakan suami saya lumpuh serta melibatkan anak-anak kami adalah melampau.
“Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik kepada anda dan keluarga. Haziq akan sentiasa mendapat sokongan kami,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangla, Bangkok itu, Haziq dikatakan memberi laluan mudah untuk pemain lawan, Partrik Gustavsson menjaringkan gol kemenangan pada minit 57 selepas gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan selamat.
Kesilapan tersebut telah membuatkan penyokong pasukan Harimau Malaya berang lantas mula mengecamnya dalam media sosial sehingga ada yang sanggup melemparkan kata-kata kesat.
“Penjaga gawang gol paling sial dalam dunia! Kau punya pasal kita kalah bodoh! Perlawanan seterusnya kau tak payah main. Malam ini semua pemain Malaysia main dengan bagus kecuali kau. Kau bunuh rentak kita,” komen netizen yang berang dengannya.
Keputusan perlawanan menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-1 terhadap pasukan tuan rumah sekali gus meletakkan Malaysia yang kini berada di kedudukan ketiga kumpulan A wajib menang menentang Singapura 20 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Untuk rekod, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 25, dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil hidup bersama mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, 4, Muhammad Endra Haqimie, 2 dan Huq Ezqandar 3 bulan.
Sumber -KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kira ok la tu lamaaaaa permainan tu bolos 1 je...mcm2 kot ye pun peminat |
|
|
|
|
|
|
|
Peminat fanatik mmg bodoh!! |
|
|
|
|
|
|
|
5 tahun kahwin dah 3 anak |
|
|
|
|
|
|
|
tapi betul ke laki dia memang main teruk..kalau teruk harusla dicerca tapi takde la sampai nak doakan org tu lumpuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 15-12-2024 04:32 PM
5 tahun kahwin dah 3 anak
Knp tuuu.. i 5 tahun kawen ank 4.. 3 tahun kawen ank 3.. ok la dia kn ..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
serious la die bru 25.. sbb nmpk berusia sgt muka n pakaian die... |
|
|
|
|
|
|
|
25 dah anak 3? Powernyaaa la |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi layan buat apa?
Fanatik mmg bangang abadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Itula realiti penyokong bola ni.. bila menang dipuji bila kalah dimaki.. bongok segelintir fans bola ni |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 15-12-2024 04:32 PM
5 tahun kahwin dah 3 anak
Logik je....anak buah suami iolss ramai muda2 kawin berderet2 anak..dia org ckp nak beranak ramai2 sblm umur 30.. umur 30 dah fokus pd pendidikan anak2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss x berapa suka tgk suami dia jd gol keeper..suka yg sorg lg tu..yg anak dia meninggal dl... Dia ni dr dl mcm x perfome sgt..tp x ler mendoakan sampai mcm tu..kan dia org ni ade parent n family yg nak di beri makan...lgpun pemain bola ni berapa tahun je bertahan |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la sampai doa bukan2.. Terlampau ikut perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan Iols, lelaki, umo 19 dah kahwin. koje sendiri katanya
last jumpa masa kami 25 tahun, Iols baru la menapak dalam dunia pekerjaan. heols dah anak 5, dok pening cari tadika. tiap tahun keluar
ni dah lama tak tersempak, tak tau la heols berapa orang anak sekarang. kalau tak control, mau berbelas agaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
effect bapak-bapak
tapi sebab dia fit, nampak muda and mature senantiasa
|
|
|
|
|
|
|
|
Netizen dah lama simpan..hauk punya main pun tetap dipanggil wakil negara.
2017 sea games tumbuk bola ke gol sendiri punca malaysia terlepas pingat emas
2019 sea games tangkap bola ke gawang sendiri punca Malaysia kalah mengejut dengan filipina
2024 Aff mitsubishi pi bagi gol free kat lawan.
Kat level internesel sana. Kalau keeper buat mistake bodo mmg takkan dipilih lagi lepas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 15-12-2024 09:49 PM
Iolss x berapa suka tgk suami dia jd gol keeper..suka yg sorg lg tu..yg anak dia meninggal dl... Dia ...
Yang meninggal anak tu Al Hafiz Hamzah. Dah bersara.
Yang main Malaysia sekarang Kalamullah Al Hafiz. Dedua main keeper tu yg bikin konfius. Orang ingat adik beradik tapi takde kaitan. |
|
|
|
|
|
|
|
bola je pun jgn panetik sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|