CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 45090|Reply: 22

“Saya harap semua dapat mendoakan, Moga ada sinar di hujung terowong" - Farid Kamil

[Copy link]
Post time 16-12-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode






Enggan melafazkan cerai pada prosiding pertama tuntutan perceraian kerana percaya rumah tangga masih mampu diselamatkan, aktor Farid Kamil menegaskan rasa cintanya terhadap isterinya, Diana Danielle masih utuh.


Menurut Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 43, kasih sayang terhadap Diana tidak pudar dan akan terus mempertahankan rumah tangga meskipun isterinya terus mendesak mahu diceraikan.


“Alhamdulillah, kasih sayang dan cinta bukan boleh dijual beli.


“Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak. Perjuangan (pertahankan rumah tangga) mesti diteruskan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.


Tambah Farid, dia akan terus berusaha memulihkan hubungan dengan Diana kerana yakin peluang tersebut masih ada.


Tegasnya, hanya dirinya sahaja yang merasai rasa cinta terhadap Diana ketika ini.


“Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat Tuhan dalam perkahwinan.


“Pada pandangan saya, perkahwinan kami dirahmati dan akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan. Perasaan sayang dan kasih kepada Diana hanya saya yang rasa.


“Kasih sayang masih kuat dan berterusan serta akan perjuangkan semua itu. Alhamdulillah anak-anak saya juga dalam keadaan baik,” ujarnya.


Selain dirinya yang terus berusaha mempertahankan rumah tangga, Farid meminta orang ramai menitipkan doa agar semua kemelut berakhir dengan baik.


Dalam masa sama, dia juga tidak menafikan bahawa hanya dirinya mampu membahagiakan Diana dan anak-anaknya.


“Saya harap semua dapat mendoakan, dalam keadaan sekarang ini. Doa dan harapan adalah yang terbaik.


“Semoga ada sinar di hujung terowong,” katanya lagi.


Dalam pada itu, Farid menafikan kenyataan Diana mendakwa tidak melafazkan cerai adalah perkara yang menzalimi dirinya.


“Perkataan zalim itu sesuatu yang besar dan hanya holeh diterjemahkan di mahkamah.


“Malaysia ada mahkamah syariah yang sebenar dan kita ikut saluran yang betul,” jelasnya yang diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.


Hari ini, mahkamah di sini memerintah Diana dan Farid melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas aktor itu enggan menceraikan isterinya.


Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana pada sebutan kali kedua kes cerai mereka.


Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas kan je lah dd tu. Dah org taknak nak buat tangguh2, lepas kan je. Ko je syg dia, dia x sayang ko pun. Move on. Tak payah paksa klau dah x bleh pegi dah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
entahle malas komen pnjg2. nk tgk je dulu
sambil makan kepek pisang huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dah tau mau... reti dak
Move on jer... bagi ler DD tu carik yg lain... Yg lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka both. Yang pompuan elok haritu dah serai nak jugak get back. Padahal bukan tatau track record mamat tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 17-12-2024 01:43 PM
padan muka both. Yang pompuan elok haritu dah serai nak jugak get back. Padahal bukan tatau track re ...

Mungkin dd ingat fk dah tobat.

Ampun, aku dah tobat!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah elok2 cerai hari tu nak lagi rujuk. Kan dah payah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah elok2 cerai hari tu nak lagi rujuk. Kan dah payah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah elok2 cerai hari tu nak lagi rujuk. Kan dah payah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan terus lah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat cinta tak dapat membeli kebahagiaan.
Just let her go lah FK.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap benang dd ni duk ulang dulu p rujuk watpa mcm rekod buruk..dah masa tu sayang lg sedia bg peluang..udah2 la tu xbosan ke kome
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Memualkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 03:11 PM | Show all posts
Mana2 saja la FK kalau benar2 yakin boleh di perbaiki teruskan je la usaha hingga akhirnya.
For DD kena sabar bnyk2 la hadap kes sbb suami tak nak lepaskan.
Ari tu terbaca sanggup lepaskan semua nafkah tu ada baiknya tebus talak saja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 03:11 PM | Show all posts
terowong menora kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 03:11 PM | Show all posts
terowong menora kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak doa baik2 je utk DD dan ansk2
Moga DD dan farid move on je lah
DD berhak bahagia

Berlakon bagus cantik lak tu
Okey je walau soon janda anak sepasang lawa2  
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Terowong pulak dahhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Terowong mana satu? Terowong kelubi yg dekat ngan rumah parents hang ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dd ada pulangkan tak hadiah yang ko kasik tu? Tapi oklah kali ni dia pun dah takde nak offer hadiah2 dah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049292 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list