CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7438|Reply: 0

[Sarawak] Sambutan positif, program SYStartUp kembali dengan kohort kedua pada 2025

[Copy link]
Post time 17-12-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (duduk, tengah) bersama yang lain ketika sidang media selepas merasmikan majlis penutupan SYStartUp 2024 di Perkampungan Sukan Sarawak hari ini.

KUCHING: Program Sarawak Youth Startup (SYStartUp) akan kembali dengan kohort kedua pada 2025 susulan sambutan positif dan minat yang semakin meningkat dalam kalangan belia terhadap kemahiran keusahawanan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program ini melibatkan kerjasama dengan lebih 40 organisasi berkaitan keusahawanan termasuk dari Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak.

"Program ini dirancangkan untuk berlangsung selama lapan hari dengan kerjasama pelbagai organisasi dan kementerian di Sarawak yang turut menawarkan peluang pembangunan keusahawanan," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan SYStartUp 2024 di Perkampungan Sukan Sarawak di sini, hari ini.

Berkenaan program hari ini, Abdul Karim berkata, seramai 276 peserta mendapat manfaat dari segi ilmu pengalaman dan peluang rangkaian sepanjang berlangsungnya acara tersebut.

"Semangat dan kesungguhan mereka jelas terlihat dan rata-rata para peserta berterima kasih kepada kementerian atas penganjuran program ini," ujarnya.

Sehubungan itu, Abdul Karim memberi jaminan kementeriannya akan menyimpan rekod peserta dan memantau perkembangan mereka.

"Kita mahu memastikan program ini benar-benar menyokong dan membantu mereka berkembang.

"Kita tidak mahu ini menjadi acara sekali sahaja yang dilupakan selepas berakhir.

"Sebaliknya, kita akan terus memantau perkembangan mereka dan berperanan sebagai pengantara untuk menyokong dan membantu usahawan muda ini berjaya dalam bidang masing-masing," kata Abdul Karim.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Morshidi Fredrick.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.099667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list