CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10896|Reply: 0

[Sarawak] Teliti isu persempadanan kawasan pentadbiran, pilihan raya di Batang Igan

[Copy link]
Post time 17-12-2024 03:53 PM | Show all posts |Read mode


Wong (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama penduduk Kampung Bungan Kecil, Batang Igan semasa sesi dialog dan perjumpaan pra-Krismas.
SIBU: Pihak berkuasa berkaitan diharapkan dapat meneliti isu-isu persempadanan kawasan pentadbiran dan pilihan raya bagi penduduk di Batang Igan yang mempunyai populasi rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh berkata dari segi pentadbiran, mereka berada di bawah Majlis Daerah Matu Daro tetapi dalam hal pengundian, mereka berada di bawah kawasan DUN Bawang Assan yang terletak di bawah daerah Sibu.

"Saya tahu sukar untuk membezakan perkara yang termasuk dalam mana-mana majlis daerah, menyebabkan anda kadang-kadang terpaksa pergi ke majlis yang salah untuk meminta bantuan.

"Ini adalah isu lama. Saya telah membawa perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan dari semasa ke semasa, tetapi tiada hasil. Saya juga pernah membawanya di DUN.

"Saya berharap pihak berkuasa yang berkaitan akan meneliti isu ini dengan serius dan memberikan penyelesaian," katanya semasa sesi dialog dan perjumpaan pra-Krismas dengan penduduk Kampung Bungan Kecil, Batang Igan, dekat sini pada Sabtu lalu.


Wong (lima kiri) menyampaikan hamper Krismas kepada penduduk Kampung Bungan Kecil, Batang Igan semasa sesi dialog dan perjumpaan pra-Krismas.

Terdahulu, Wong berkata kerajaan telah meluluskan pembinaan Jalan Sungai Bidut/Kampung Tutus/Kampung Sebedil/Kampung Bungan Kecil dengan jumlah nilai projek sebanyak RM400 juta.

Katanya, fasa pertama yang bernilai RM104 juta hingga ke Sungai Tutus baru sahaja disiapkan.

"Diharapkan fasa-fasa seterusnya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau turut menambah pembinaan Jalan Kut Muara/Sungai Pinang/Bungan Besar di sepanjang Batang Igan sedang dirancang.

Sementara itu, Wong berkata beliau akan membantu memohon sambungan utiliti untuk kawasan atau rumah yang masih tiada bekalan elektrik atau air.

Wong menjelaskan bekalan air biasanya datang bersama dengan pembinaan jalan dan buat masa ini, mereka akan membantu dengan menyediakan tangki air kepada mereka yang memerlukannya.

"Begitu juga dengan jeti, kami boleh membantu melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

"Seperti yang anda tahu, saya kini berada dalam kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Saya diberikan geran kewangan seperti projek kecil luar bandar (MRP), RTP dan Program Perumahan Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) untuk membantu rakyat," ujarnya yang juga Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Justeru, Wong menggesa sesiapa yang memerlukan bantuan boleh memohon menggunakan akaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau mana-mana organisasi lain.

"Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu sebanyak mungkin.

"Anda juga boleh memohon bantuan kewangan kecil untuk membaiki rumah anda," tambahnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.058768 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list