CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14213|Reply: 0

[Sarawak] Isu NRW: Sarawak antara penerima geran ganti paip lama, bocor

[Copy link]
Post time 17-12-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah merakamkan kenangan bersama para media Sarawak pada majlis Malam Mesra Media Bersama PETRA 2024 di Kuching, malam Ahad. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak menjadi salah satu negeri yang bakal menerima geran daripada kerajaan persekutuan untuk menggantikan paip lama dan bocor.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, geran yang diperuntukkan itu merupakan sebahagian sebahagian daripada usaha kerajaan persekutuan dalam menangani isu air tidak terhasil (NRW) di seluruh Malaysia.

Menurutnya, cabaran utama kerajaan persekutuan adalah memastikan bekalan air bersih yang berterusan kepada pengguna dan industri serta mengurangkan kadar NRW, terutama di negeri-negeri yang mencatatkan kadar kehilangan air yang tinggi.

“Untuk menangani isu ini, kita mengambil dua pendekatan, iaitu menyediakan geran bagi menggantikan paip lama dan bocor di negeri-negeri  yang mencatatkan kadar NRW tinggi.

“Manakala bagi negeri yang telah mencapai kadar NRW yang rendah, skim geran sepadan (matching grant) akan dilaksanakan untuk membayar balik 50 peratus daripada kos mereka.

“Sarawak, bersama Sabah, Kelantan, dan Kedah, diklasifikasikan dalam kategori pertama dan akan menerima geran untuk menggantikan paip lama. Ini termasuk paip lama yang telah digunakan lebih 50 tahun sehingga menyebabkan banyak kehilangan air dan sebagainya.

“Kehilangan air ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya disebabkan paip bocor dan sambungan haram yang perlu kita tangani bersama,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Mesra Media Bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
di sebuah hotel di sini, malam Ahad.

Selain itu, Fadillah yang juga Menteri PETRA memaklumkan bahawa kerajaan persekutuan turut menyediakan pinjaman untuk projek-projek lain khususnya projek pembentungan.

“Kalau kita melihat di Sarawak, antara program-program pinjaman yang kita laksanakan yang memberi kesan sampingan bila pelaksanaan adalah perpaipan dalam air di Kuching iaitu korekan-korekan bawah tanah yang dijalankan sekitar bandar.

"Projek tersebut merupakan proses pembentungan yang kini sedang dilaksanakan termasuk di kawasan Petra Jaya.

"Kini proses tersebut akan memasuki fasa ketiga yang melibatkan kawasan di Kuching Utara dan Kuching Selatan di samping di kawasan-kawasan lain," katanya.

Sementara itu, dalam konteks peralihan tenaga, Fadillah berkata Malaysia komited untuk beralih kepada sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

“Dalam hal ini, kita di Sarawak seharusnya berbangga kerana negeri ini telah mencapai lebih 60 peratus tenaga boleh diperbaharui melalui kuasa hidro dan sekarang ini juga, beralih untuk tenaga solar, empangan melata dan biojisim.

“Di Semenanjung Malaysia, tenaga boleh diperbaharui hanya mencapai sekitar 20 peratus. Tetapi, oleh kerana kerana di sana tiada sungai yang banyak maka hanya menfokuskan kepada tenaga solar.

"Namun begitu, komitmen kita secara bersama sebagai sebuah negara menjelang 2050 adalah untuk mencapai pelepasan sifar bersih karbon.

“Itulah sasaran kita yang mana ia turut menjadi agenda utama kepada setiap negeri untuk sama-sama di peringkat kebangsaan bagi mencapai sasaran tersebut,” jelasnya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Hamzah Brahim, Ketua Setiausaha PETRA Dato Mad Zaidi Mohd Karli, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datu Ir Ts Ahmad Denney Ahmad Fauzi serta tetamu kehormat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.355816 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list