|
Ibu bapa sukar berfikir rasional jika berdepan masalah kewangan
https://www.sinarharian.com.my/a ... an-masalah-kewangan
AISYAH BASARUDDIN
19 Disember 2024 03:48pm
Md Noh Saiman. Foto SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Ibu bapa sukar berfikir rasional jika berdepan masalah kewangan dan hutang menyebabkan mereka mudah terjebak dengan jenayah rasuah, malah perilaku sedemikian cenderung mempengaruhi psikologi anak-anak.
Ketua Unit Kaunseling Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Md Noh Saiman berkata, apabila masalah kewangan menjadi krisis dialami sesebuah keluarga, taruhannya adalah mengenai tahap integriti dalam diri.
Menurut beliau, sekiranya ibu bapa yang sepatutnya menjadi suri teladan kurang bijak mengawal sikap rasional dalam diri, ia akan membuatkan fikiran anak-anak menjadi keliru.
“Bisa kalau berdepan masalah kewangan ini, bukan sahaja terlihat pada muka, tetapi juga pada hati. Umpamanya hina waktu siang, tetapi gelisah di waktu malam.
“Contohnya, ada situasi ibu bapa suruh anak menipu dengan mengatakan tiada di rumah jika didatangi tetamu atau terima suapan bawah meja, mereka dikira rakan subahat.
“Jadi, apabila anak tengok bapa dalam keadaan susah dan tiba-tiba dilibatkan dalam urusan ini, mereka keliru. Apabila anak keliru dan ibu bapa pula tak rasional, ini sangat berbahaya (sehingga mendorong terjebak amalan rasuah),” katanya.
Md Noh (dua dari kiri) ketika forum khas Bicara Bina Negara bertajuk Keluarga: Benteng Utama, Perangi Rasuah sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024, bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. Foto SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR
|
|