CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9107|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tidak sabar bertemu Ajiboy, mahu pastikan ini bukan mimpi'

[Copy link]
Post time 22-12-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode
'Tidak sabar bertemu Ajiboy, mahu pastikan ini bukan mimpi'

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




HANITA (kiri) dan suaminya menunjukkan gambar anak mereka dan Nor Hasrul yang ditemukan selamat dalam kejadian bot hanyut. FOTO Zuhainy Zulkiffli.





Balik Pulau: "Apabila dapat maklumat penemuan Ajiboy, saya menangis semahu-mahunya dan tidak sabar mahu bertemu Ajiboy esok. Sukar percaya (penemuannya) selagi dia tiada di depan mata," kata Hanita Ismail, 47.

Wanita itu ibu kepada Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, yang ditemukan selamat di Acheh, Indonesia, hari ini bersama rakan, Nor Hasrul Abdullah, 25, selepas bot nelayan dinaiki mereka hanyut akibat kerosakan enjin.

Muhammad Ikmal Hakimi atau nama dipanggil Ajiboy dilapor hilang bersama Nor Hasrul sejak 11.30 malam Selasa di perairan Kuala Sungai Pinang di sini.

Hanita berkata, selepas menerima maklumat penemuan anaknya itu, fikirannya terasa sangat lapang dan tidak sabar mahu melihat keadaan Ajiboy yang juga OKU masalah pembelajaran.

"Setakat ini kami belum lagi boleh berhubung dengannya, cuma terima gambar mereka berdua daripada pihak berkuasa.

"Setiap masa saya berdoa supaya mereka berdua ditemukan selamat. Sekarang saya hanya mahu tunggu dia pulang supaya yakin ini bukan mimpi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Titi Teras, di sini, hari ini.

Berhubungmimpi penemuan anaknya di sebuah pulau sebelum ini, Hanita menganggapnya mainan tidur kerana terlalu banyak berfikir.

Katanya, dia juga enggan memikirkan secara lanjut sama ada mimpi itu kebetulan atau petunjuk tetapi percaya kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Susulan kejadian itu, Hanita memberitahu mungkin tidak akan lagi membenarkan anaknya ke laut dan mahu dia terus berkhidmat sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Kehilangannya bukan sahaja merisaukan kami tetapi seluruh Pulau Pinang berusaha mencarinya, jadi kami tidak mahu ia berlaku lagi. Selain ini kami cadang buat kenduri kesyukuran," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menguruskan pengambilan kedua-dua mangsa di sempadan perairan dan dijangka tiba di Batu Maung, di sini, awal pagi esok.



Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 4:56pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1168899/tidak-sabar-bertemu-ajiboy-mahu-pastikan-ini-bukan-mimpi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 1.111350 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list