View: 29691|Reply: 3
|
Nak masuk 2025, kes cerai Farid-Diana belum selesai
[Copy link]
|
|
Berbaki seminggu sahaja lagi sebelum menjengah tahun 2025. Namun, drama rumah tangga pasangan pelakon sensasi, Farid Kamil, 43, dan Diana Danielle, 33, masih belum berakhir.
Awal minggu ini mereka kembali ke mahkamah bagi mencari jalan penyelesaian kes penceraian yang belum bertemu titik noktah.
Jika selebriti lain boleh menarik nafas lega kerana sudah bebas kemelut perkahwinan yang mencengkam jiwa tetapi tidak bagi Diana yang masih dibelenggu permasalahan rumah tangga tidak berkesudahan.
Diana ingin bebas diulit derita, Farid pula masih mahu mepertahankan mahligai yang retak menanti belah. Persoalannya sampai bila?
Menurut Diana, peluang kedua yang diberikan kepada Farid dengan harapan mahligai yang dibina sejak 2012 itu kembali menemui sinar bahagia akhirnya dipersia-siakan sehingga dia kembali terkapai-kapai dalam kegelapan.
“Bila kami kembali rujuk selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk kami berdamai dan memperbaiki keadaan, tetapi dia (Farid) gagal untuk berbuat demikian.
“Tindakan dia melambat-lambatkan proses perceraian sangat memualkan. Dia tidak berpijak di bumi nyata. Perkahwinan ini sudah tidak boleh diselamatkan.
“Saya telah bulat hati untuk teruskan perceraian ini tidak kisah berapa lama masa yang diambil,” katanya.
Penulis pasti, bukan sahaja Diana berasa mual, ramai pengikutnya turut berasakan perkara serupa terhadap kisah kisah rumah tangga pasangan itu yang menjadi ‘hidangan’ sejak 2023.
Bagaimanapun, perkara itu mungkin tidak dirasai Farid kerana dia percaya bahawa Diana masih menyayanginya.
“Perkahwinan kami dirahmati. Saya akan teruskan perkahwinan ini walau apa sahaja dugaan yang melanda.
“Perasaan sayang dan kasih Diana terhadap saya, orang lain tak boleh rasa. Hanya saya yang rasa. Kasih sayang itu masih kuat dan masih berlangsung,” katanya yang nekad tidak melepaskan Diana.
Melihat dua pendirian berbeza pasangan itu, pelbagai andaian boleh ditebak netizen.
Ada yang beranggapan Farid seakan berhalusinasi dan bermimpi di siang hari sedangkan Diana sudah tidak sudi lagi untuk hidup bersama.
Itu apa kata netizen. Hakikatnya orang luar tidak punya hak untuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain. Namun, apabila perceraian melibatkan golongan selebriti, sudah tentu banyak mata yang memandang dan lidah berkata-kata.
Pergelutan mencari masa hadapan dan kehidupan baharu ini pasti akan bertemu pengakhirannya juga. Cuma waktunya entah bila akan tiba.
Bak kata Diana, proses yang berlarutan ini hanya akan membuang masa dan tenaga semua pihak terlibat. Paling terkesan pastinya anak-anak yang kian membesar.
Hakikatnya apa yang sedang dilalui Diana dan Farid ibarat Deja Vu kerana mereka pernah lalui proses yang sama pada tahun lalu. Justeru, kenapa tidak jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran bagi memudahkan proses mencari jalan penyelesaian?
Semoga tirai 2025 yang bakal menjelang tidak lama lagi dapat dibuka dengan lembaran baharu yang lebih damai dan bahagia buat Diana, Farid dan kita semua.
Sumber – KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
DD is Ina Naim versi putih sikit je. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
2 komen jer....mana achik keladi yg puji2 sangat si FK ni...effort tu effort.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|