Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi maut, 33 cedera
Oleh KOSMO!
24 Disember 2024, 2:02 am
MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengesahkan tujuh individu termasuk seorang bayi perempuan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa lain yang maut adalah empat penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, manakala dua lagi adalah pemandu serta penumpang sebuah bas persiaran.
Pengarah JBPM Melaka, Mohd. Pisar Aziz berkata, jumlah keseluruhan mangsa terlibat adalah seramai 40 orang dengan tujuh daripadanya telah disahkan meninggal dunia.
“Seramai 33 orang yang lain telah dihantar ke Hospital Melaka dan Alor Gajah serta sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan dalam kemalangan ini.
“Jadi setakat ini kita mengambil masa lebih kurang dalam empat jam dan operasi ini semua sudah terkawal dan proses mengalihkan bas, treler, MPV serta muatan pakaian terpakai yang tercampak daripada treler itu sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Tambahnya, semua mangsa yang maut telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan setakat ini pihaknya percaya tiada kenderaan lain terlibat dalam nahas berkenaan.
Kemalangan tersebut menyebabkan trafik sesak sejauh 10 kilometer dari kedua-dua arah dengan laluan dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menghala ke utara ditutup sepenuhnya serta dilencongkan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat penuh berkaitan nahas tersebut termasuk identiti kesemua mangsa yang terlibat. KOSMO! ONLINE
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
takziah kepada mereka sekeluarga. Semoga Roh-Roh mereka ditempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman.
SPRM kena check sikit PUSPAKOM, memang ada banyak amalan rasuah kat sana kot. Makin banyak lori-lori yang tercabut tayar, pakai tayar celup dan lain-lain yang boleh mengakibatkan bahaya kepada orang ramai.
lori yg jadi punca tu elok je kt tepi highway.. yg tak bersalah jd mangsa sbb sikap sambil lewa & cuai syrkt lori tu.. aku baca komen bdn driver bas putus..
Post time 24-12-2024 10:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Innalillahiwainnailahirojiun. Siapa yg perlu didakwa bila berlaku mcm ni? Yg penyebab tu kalau terselamat mesti rasa lega nyawa masih panjang boleh pulang kepangkuan keluarga. Mggu depan boleh cari rezeki mcm biasa.
Harap jpj buat la setiap pintu masuk highway check dulu conditions kenderaan and pemandu. Kalau tak ok jgn bagi masuk jalan.
Post time 24-12-2024 10:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Innalillahi wainna ilahirojiun. Takziah kepada semua mangsa. Bukan nak cakap apa la, lately kat area rumah i byk jumpa lori yg bukan main laju, keluar simpang pun main keluar even masa tu kat main road tgh bz. Mentang² dia besar. Langsung tak peduli kenderaan lain
tempat tu dahla gelap bas tu xperasan tayar tu kan, bwk plak laju terus terbabas erm moga kes melibatkan lori yg bersalah ni diambil serius dan dakwa syarikat tu skali.
Post time 24-12-2024 11:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Innalillahiwainnalilahirojiun.
Undang2 ada tapi penguatkuasaan malaysia ni lemah sangat. Tayar cabut, tayar celup, tayar botak, warga asing pun ada bawak lori. Di kawasan quarry pun siap ada tonto aman2 ikut jpj nak warning lori2 setan ni. Semoga syarikat lori yang ni kena saman sampai tinggal spender.