CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14708|Reply: 8

[Dunia] Malaysia, 8 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Januari 2025

[Copy link]
Post time 24-12-2024 08:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 24-12-2024 01:34 PM

MOSCOW: Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025, kata pembantu Kremlin, Yury Ushakov pada Isnin.

Katanya, yang dipetik Sputnik/RIA Novosti, menjelang sidang kemuncak di Kazan, Russia menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.

"Tidak dinafikan, satu daripada keputusan terpenting sidang kemuncak itu ialah penubuhan kategori negara rakan kongsi BRICS dan persetujuan mengenai senarai 13 negara. Cadangan telah dihantar ke negara-negara ini.

"Sehingga kini, Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Cuba, Malaysia, Thailand, Uganda dan Uzbekistan telah mengesahkan kesediaan mereka untuk menjadi negara rakan kongsi BRICS," kata Ushakov pada taklimat.

Tambahnya, negara berkenaan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.

"Kami menjangkakan akan menerima maklum balas dalam masa terdekat daripada empat negara lain yang jemputan juga telah dihantar," kata pembantu itu.

Lebih daripada 20 negara menunjukkan minat terhadap usaha BRICS dan pintu persatuan itu tetap terbuka untuk kemasukan individu yang berfikiran sama, tambah Ushakov. - BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2024 10:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:46 AM | Show all posts
Negara rakan kongsi ni bukan negara anggota BRICS kan?
Mungkin tak dapat full benefit macan negara anggota la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa benefits join BRICS ni..tqvm in advance ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Singkapork tak berminat eh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 03:28 PM | Show all posts
nw111 replied at 24-12-2024 02:31 PM
Singkapork tak berminat eh?

sekutu US mungkin kena ikut telunjuk US la kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2024 04:16 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 24-12-2024 03:28 PM
sekutu US mungkin kena ikut telunjuk US la kot

A'ah betul
Since salah satu anggota BRICS ialah China, musuh US


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 04:41 PM | Show all posts
Tengok sample duit BRICS ritu, adoi....low class betul rupa dia....harap duit betul nanti biarlah cantik dan berkualiti. Anyway....utk mengganti USD sebagai matawang dunia mcm agak mustahil, apapun GUDLUCK BRICS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello Abam Putin n Abang Xi. Sila ambil warganegara korang yang overstay kat Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.038031 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list