CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89735|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lari selamat kipas angin, beg pakaian dulu

[Copy link]
Post time 24-12-2024 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Lari selamat kipas angin, beg pakaian dulu

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang ketika operasi menyelamatkan mangsa kebakaran bangunan dalam pembinaan di Jalan Md Taib, Jelutong di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Georgetown: Seramai 13 pekerja berdepan detik cemas apabila terperangkap selepas tingkat dua bangunan sedang disiapkan terbakar di sebuah tapak pembinaan di Jelutong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan dan berjaya diselamatkan anggota bomba sebaik tiba di lokasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak A'azelan Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat jam 8.01 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi dengan bantuan BBP Lebuh Pantai, BBP Paya Terubong dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

"Sebaik tiba, didapati asap tebal menyelubungi sebahagian bangunan setinggi 29 tingkat itu.

"Aras yang terjejas dengan asap tebal adalah di tingkat dua, empat dan enam bangunan berkenaan," katanya.

Menurutnya, asap tebal juga menyukarkan operasi bagi mengesan kedudukan semua mangsa.

"Difahamkan kebakaran berlaku di tingkat dua iaitu kawasan parkir bertingkat yang dijadikan rumah kongsi.

"Kita terima maklumat dipercayai terdapat 20 mangsa terperangkap dan naik ke tingkat atas bagi menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun, pasukan penyelamat hanya menemui 13 mangsa terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita di tingkat enam manakala selebihnya berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Katanya, setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, warga Bangladesh yang enggan dikenali berkata, dia sempat menyelamatkan kipas angin dan beg pakaian berisi dokumen pengenalan diri.

"Saya fikir bangunan akan runtuh jika terbakar lebih teruk, jadi saya bawa beg bersama kerana di dalamnya ada dokumen penting," katanya.

Sementara itu, operator kren menara, Mohamad Marzuki, 34, berkata ketika kejadian dia sedang mengawal kren yang ditempatkan di bumbung tingkat 29 dan diberitahu berlaku kebakaran di tingkat dua.

"Memang agak cemas kerana saya berada di tingkat paling atas dan lihat ke bawah ada jentera bomba.

"Saya panik sebelum bergegas lari menuruni tangga dari tingkat atas dan beberapa kali mengalami sesak nafas, namun bersyukur kerana semuanya selamat," katanya.



Disiarkan pada: Disember 24, 2024 @ 11:59am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1169362/lari-selamat-kipas-angin-beg-pakaian-dulu




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.567460 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list