CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63718|Reply: 0

[Perlis] Raja Muda Perlis saran pelabur manfaat potensi besar Chuping Agro Valley

[Copy link]
Post time 28-12-2024 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Raja Muda Perlis saran pelabur manfaat potensi besar Chuping Agro Valley


Oleh Wartawan BH - Disember 28, 2024 @ 5:18pm [email protected]






Raja Muda Perlis (empat dari kiri) dan Raja Puan Muda Perlis (kiri sekali) ketika berkenan melancarkan Promosi Masakan Perlis di Melur By Pak Awie Restaurant di Edgware Rd, di London. - Foto ihsan YTSP Perlis





LONDON: Golongan pelabur diundang menjadikan Perlis sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan baharu untuk memperluaskan lagi pengeluaran dan pemasaran produk masing-masing.

Pelawaan itu dititahkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan melancarkan Promosi Masakan Perlis di Melur By Pak Awie Restaurant di Edgware Rd, di sini.

Titah baginda, pembangunan Chuping Agro Valley di Chuping dengan keluasan 4,499 hektar dalam tempoh masa lima tahun wajar dimanfaatkan pelabur.

Tambah baginda, Chuping Agro Valley akan menyaksikan majoriti pembangunan fizikal dalam tempoh dua tahun pertama.

"Projek Chuping Agro Valley ini akan berfokuskan sebagai hab pertanian mampan di samping meningkatkan taraf hidup komuniti setempat serta memastikan keterjaminan makanan.

"Chuping Agro Valley ini terbahagi kepada dua zon iaitu zon pertama, Ternakan Lembu Tenusu Bersepadu yang melibatkan ladang jagung hijau untuk makanan ternakan, kandang lembu tenusu dan rumah perah susu lembu, kilang penghasilan susu segar dan ladang kepala sawit dengan keluasan 3,258 hektar.

"Bagi zon kedua pula merangkumi Tanaman Bernilai Tinggi Bersepadu seluas 1,240 hektar yang membabitkan kebun benih jagung, ladang nanas MD2, ladang mangga harumanis, Pusat pengumpulan, pemerosesan dan pembungkusan, ladang kelapa sawit dan kawasan perigi tiub," titah baginda.

Baginda bertitah demikian melalui kenyataan dikongsi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis susulan program anjuran bersama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan usahawan Datuk Salahudin Yaakob.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puteri-puteri dan putera baginda berdua disambut pengusaha restoran berkenaan, Ahmad Sabry Kamaruddin @ Pak Awie.

Beliau yang berusia 69 tahun memaklumkan Kurma Daging Perlis akan disajikan dalam menu khas restoran yang sudah beliau usahakan sejak sembilan tahun lalu sehingga Februari 2025 sebagai salah satu usaha membantu mempromosikan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342110/raja-muda-perlis-saran-pelabur-manfaat-potensi-besar-chuping-agro





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.727007 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list