View: 37947|Reply: 81
|
[Tempatan]
Diserang strok, tertekan, tak keluar rumah sejak lif rosak 16 hari lalu
[Copy link]
|
|
Diserang strok, tertekan, tak keluar rumah sejak lif rosak 16 hari lalu
Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Disember 29, 2024 @ 12:45pm
[email protected]
Warga emas terpaksa mengguna tangga susulan kerosakan lif di Blok D PPR Desa Rejang sejak 16 hari lalu. - Foto NSTP/Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang meluahkan rasa kecewa berikutan kerosakan lif berlarutan sejak 16 hari lalu tanpa tindakan sewajarnya daripada pihak pengurusan.
Masalah berkenaan menjejaskan kehidupan harian penduduk terutama warga emas, individu kurang upaya (OKU) serta mereka yang mempunyai anak kecil.
Seorang penduduk, Rohaya Ali, 63, mendakwa dia mengalami strok akibat penat dan tertekan apabila mengalami kerosakan serentak ketiga-tiga lif yang ditempatkan di Blok D berkenaan.
"Saya tinggal di tingkat tujuh dan terpaksa turun lebih awal iaitu jam 3 pagi untuk menyiapkan barang berniaga. Saya terpaksa turun dan naik berulang kali untuk membawa barang.
"Pada hari kedua lif ini rosak, kaki saya rasa sangat sakit dan meminta rakan untuk mengurut. Tapi masih tidak lega dan jadi semakin lemah serta beberapa anggota badan sukar untuk digerakkan.
"Jadi saya kuatkan diri pergi ke hospital untuk mengetahui puncanya dan rupanya saya mengalami strok sebelah badan," katanya kepada pemberita, hari ini.
Rohaya berkata disebabkan kerosakan lif itu, perniagaannya turut terjejas kerana terpaksa mengurangkan barang jualan kerana tidak lagi cergas seperti sedia kala.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohamad Dasuki Zulkiflee, 36, memaklumkan dia menghuni di tingkat paling atas di blok berkenaan serta isterinya pula mengalami asma kronik.
"Anak saya tiga orang, hari-hari saya turun daripada tingkat 18 dengan mengendong bayi, bawa beg serta dua anak lagi untuk dihantar ke sekolah.
"Saya pulang dah lewat kira-kira jam 11 malam, tapi anak-anak yang pulang bersama isteri terpaksa tunggu sehingga saya pulang kerana isteri tidak mampu membawa mereka naik ke rumah kerana mempunyai penyakit asma yang sangat teruk.
"Jadi saya minta jasa baik pihak berkaitan, bantu kami baiki kerosakan lif, ia menjejaskan kehidupan seharian kami " katanya.
Seorang lagi penduduk, Muhd Khairudin Jako, 60, berkata beliau terpaksa mengambil masa kira-kira empat jam untuk turun kerana rumahnya berada di tingkat 14.
"Saya ada banyak penyakit kronik seperti jantung, paru-paru berair dan batu karang. Jadi disebabkan itu saya mengambil masa yang sangat lama untuk turun atau naik kerana berhenti di satu-satu tingkat antara 30 hingga 45 minit untuk berehat.
"Sejak lif ini rosak, saya tidak pernah keluar rumah. Baru hari ini saya turun untuk memberikan sokongan kepada penduduk Blok D," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesian,mmg la kesian.. tapi xde pilihan lain kah bagi penduduk2 ni utk cari penempatan yg lebih sesuai dgn taraf kesihatan..?
maintenance fee xmampu nak tanggung kos repair ke sampai 3-3 sekaligus rosak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya semoga dipermudahkan Dan cepat selesai urusan penduduk sini. Tkleh bayang terpaksa turun naik berejam. Kita yg sihat pun tak mampu nak naik turun tinggi mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanye kalo dorg ada pilihan lain, dalame dorg chow dari ctu
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengurusan nk bayar pakai air liur ke, sewa xbayar, apatah maintenance fee |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh sekolahkan mereka betapa pentingnya membayar sewa, service charge, maintenance fee, sinking fund? Buat kelas sebulan sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Sewa & duit maintenance byr x? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hyie at 29-12-2024 10:00 PM
tadi iols tertengok sorotan kat Buletin Utama, ada sorang makcik tu dah tua dok nangis2 merayu PM tolong settlekan, siap ada wakil rakyat ke adun entah lah. Walhal iols syak penduduk kat situ ramai yang tak bayar maintenance fee. Biasanya kalau yuran selenggara ni diorang bayar, pihak management mudah nak kekalkan fasiliti sedia ada. |
|
|
|
|
|
|
|
delsmomm replied at 29-12-2024 02:41 PM
kesian,mmg la kesian.. tapi xde pilihan lain kah bagi penduduk2 ni utk cari penempatan yg lebih sesu ...
Nak duduk mana?....rumah teres?...sewa rm1.5k above.....dpt duduk rumah ppr tu dah bersyukur sgt....ni kat setapak ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
masa dpt/beli ppr tu semua ni jenis tak amik tau ke wajib bayar maintenance. rasanya yg merentan2 suruh repair lift tu pun tak bayar. ingat lif tu kalau rosak gomen akan arahkan suruh repair kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh ramai tknak bayar maintenance fee dkt JMB pastu
kalau rosak, JMB nak cekau duit mana pula nak repair?
Jenis tk bertanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
|
tk rsa pasal maintenance fee
atau x byr sewa
klu tk, dorg tkkn komplen kt majlis
pakat ramai2 beli je mesin ni
rm1k
|
|
|
|
|
|
|
|
Desa Laknat. Padat macam kandang babi |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 29-12-2024 11:42 PM
tk rsa pasal maintenance fee
atau x byr sewa
klu tk, dorg tkkn komplen kt majlis
Kalau jmb xbuat kerja memang penduduk bleh report kt tribunal..ni majlis pon buat xtau, mesti le sbb maintenance fee.mahal tu nk repair lift |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-12-2024 07:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-12-2024 07:35 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Duit maintenance sangat murah. Tak mampu nak cover kos maintenance. Bayangkan itu apabila semua orang bayar. Boleh fikir sendiri la realitinya berapa ramai yang bayar. Begitulah masalah rumah PPR. |
|
|
|
|
|
|
|
rugi org yg bayar maintenat fee,lif tetap xleh dibaiki sbb tinggal dgn org yg majoriti liat bayar,
sebenarnya dari kondo mewah sampai ke ppr mmg wujud golongan yg liat bayar,
rumah kondo leh sekat akses utk palang paking dan lif,kalau rumah ppr cmne pengurusan nak paksa penghuni bayar,
|
|
|
|
|
|
|
|
standet rumah strata mmg mcm tu,yg duk kondo pun perangai cmtu jgk bang,bezanya tahap paksaan je,
rumah ppr xde paksaan utk bayar maintenant sape je yg nk bayar
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok pada cara pengurusan cmne diorg paksa penduduk utk membayar, |
|
|
|
|
|
|
| |
|