View: 9992|Reply: 80
|
[Tempatan]
Hannah Yeoh serang 'pelampau agama' selepas tular pengakuannya sebagai 'duta Tuhan'
[Copy link]
|
|
Hannah Yeoh serang 'pelampau agama' selepas tular pengakuannya sebagai 'duta Tuhan'
https://www.malaysianow.com/my/n ... -sebagai-duta-tuhan
MalaysiaNow
Disember 27, 2024
Menteri belia dan sukan itu mempertahankan dirinya di sebalik gesaan meletak jawatan Kabinet.
Hannah Yeoh mendakwa dirinya menjadi sasaran 'pelampau agama'.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mempertahankan dirinya selepas petikan daripada buku karangannya, di mana beliau mengaku memainkan peranan sebagai "duta Tuhan", tersebar luar susulan keputusan kes fitnah terhadap bekas ketua polis Musa Hassan.
Yeoh, yang terlibat dalam kontroversi melibatkan urusan perniagaan suaminya dengan kerajaan Selangor, baru-baru ini gagal dalam saman fitnah terhadap Musa berhubung kenyataan di sebuah forum empat tahun lalu yang mendakwa di mana pemimpin DAP itu dikatakan mempunyai kaitan dengan golongan evangelis yang boleh menggugat Islam di Malaysia.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata akan membuat laporan polis berhubung "mesej-mesej dan video-video Whatsapp yang bersebaran di luar sana yang telah mempolitikkan keputusan ini", sambil menambah ia merupakan kerja "pelampau agama".
"Sepertimana yang telah berlaku berkali-kali dalam kerjaya politik saya, kepercayaan saya sekali lagi dijadikan senjata politik oleh pelampau-pelampau agama di luar sana," tambahnya.
Yeoh berkata beliau menghormati status Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Terdapat sekatan undang-undang yang jelas terhadap penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam di Malaysia. Saya telah mengangkat Sumpah Jawatan saya serta bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah Sumpah yang saya ambil dengan serius dan akan saya patuhi pada setiap masa," katanya.
Sementara itu, pelbagai pihak menggesa Yeoh dilucutkan daripada Kabinet.
Antaranya kumpulan Gerakan Pembela Ummah yang menggesa beliau meletak jawatan.
"Pihak terbabit juga perlu bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang diambil terutama ketika melibatkan isu-isu yang boleh merosakkan reputasi dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin kerajaan," kata kumpulan itu.
Ketua Wanita Bersatu Mas Ermieyati Samsudin pula menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil tindakan tegas terhadap Yeoh, sambil menambah pemimpin DAP itu telah melanggar undang-undang menghalang pengembangan agama bukan Islam di kalangan umat Islam.
"Sehubungan itu, Bersatu ingin menyembah perkara ini kepada pengetahuan dan perhatian Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu," katanya.
Pada Isnin, peguam Musa dalam mengalu-alukan keputusan mahkamah berkata Yeoh sendiri telah mengaku dalam bukunya "Becoming Hannah" bahawa beliau "mengajar agama Kristian secara halus" di Malaysia sekembalinya dari pengajian di luar negara, di samping mengaku memainkan peranannya sebagai "duta Tuhan" dalam menyebarkan ajaran Tuhannya melalui jawatan politik".
Beberapa petikan penulisan Yeoh yang menjadi sebahagian daripada hujah pembelaan kemudian tersebar luas di media sosial dan mencetuskan perdebatan mengenai kesesuaiannya untuk kekal dalam Kabinet.
"Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang.
"Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini.
"Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya," menurut terjemahan beberapa petikan buku Yeoh.
Yeoh turut menulis dalam bukunya mengenai keahliannya dalam sebuah kumpulan Kristian ketika menuntut di Australia, Felo Kristian Seberang Laut (OFC) yang melatih ahlinya untuk mendekati orang ramai selepas kembali ke negara asal mereka.
"Aspirasi OFC ... yang dikendalikan dan dipimpin oleh pelajar adalah 'Mendekati, Melatih dan Menghantar Pulang'.
"Ia ditekankan dengan sangat jelas kepada semula ahli OFC Australia bahawa selepas menyelesaikan pengajian kami, kami harus kembali semula ke negara asal sebagai 'duta Tuhan' dan menjadi pengikut kepada yang lain," tulis Yeoh dalam bukunya seperti mana dipetik peguam Musa.
Yeoh tidak asing dengan kontroversi melibatkan dakwaan cuba menyebarkan dakyah Kristian.
Hanya empat bulan selepas pelantikannya sebagai menteri, beliau dikecam kumpulan Islam apabila mempertahankan program melawat gereja yang dianjurkan sebuah agensi yang dikaitkan dengan kementeriannya.
Program anjuran Impact Malaysia di bawah Projek Artikel 11 itu turut diserang Pemuda Umno dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), sementara PAS bersetuju dengan program seumpama itu dengan syarat ia melibatkan pakar Islam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau muslim dikata pelampau agama, dia duta Tuhan siapa pula yang lantik? Mother Mary ker? |
|
|
|
|
|
|
|
celaka spt ni yang semberono mengada2 dan cuba melihat sejauh mana tolerate yang umat Islam di Malaysia ada. sesuatu tindakan lebih tegas dan keras diperlukan bagi mengekang celaka spt betina ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin karena terlalu lama berinteraksi dan bergaul dengan bangsa melayu... akhirnya Hannah Yeo ikut dan terpengaruhpula dengan "nalar pikir dan perilaku" majority bangsa melayu yang menderita WAHAM ... Jika kecenderungan seperti ini terus berlanjut maka mungkin 10 tahun lyang akan datang kita X bisa "membedakan" rakyat malaydesh yang berbangsa melayu dan cina ..
|
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 30-12-2024 03:14 PM
Kalau muslim dikata pelampau agama, dia duta Tuhan siapa pula yang lantik? Mother Mary ker?
Dia kan kristian, dah tentu lah dia rujuk kitab dia Bible... Dah dorg beriman dgn Bible, biarlah.... Dlm Bible kata penganut kristian tu ambassador of god, itu kepercayaan dorg.... Xkan kita nk kacau ajaran dorg....
Muslim pun bkn semua yg dikata pelampau, ada ciri2 dia.... Haiyaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Sheol memang devout Kristian yach. Kalau ko faham ayat2 orang gereja ni cemana, ko tak hairan dengan penggunaan frasa duta Tuhan @ God's ambassador tu. |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 30-12-2024 07:14 AM
Kalau muslim dikata pelampau agama, dia duta Tuhan siapa pula yang lantik? Mother Mary ker?
Muslim pun boleh jadik duta Tuhan.
You are the light of the worldddddddd |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 30-12-2024 05:01 PM
Muslim pun boleh jadik duta Tuhan.
You are the light of the worldddddddd
Mmg ada kan ayat ambassador of god ni kan dlm Bible.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 30-12-2024 09:15 AM
axl_bach replied at 30-12-2024 09:06 AM
Mmg ada kan ayat ambassador of god ni kan dlm Bible....
Aku pun tak ingat.
Tapi pengertian ambassador of God tu - kau kalau dah jadik pengikut Kristus, jadi la contoh yang baik kat dunia supaya dunia memuliakan Tuhan yang kau sembah bila melihat akhlak baik kau sebagai pengikut Kristus. Ni kalau nak tepek ayat2 pasal ni banyak ni.
Sebab tu aku kata, Muslim pun boleh jadik ambassador of God.
Your action, your deeds - represent your religion (unfortunately, people WILL judge). Be the light that shines bright in the darkness ah gitu aku kuarkan ayat2 gereja.
Of course la cakap senang, nak buat susah kemain. Har. |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 30-12-2024 04:05 PM
Mungkin karena terlalu lama berinteraksi dan bergaul dengan bangsa melayu... akhirnya Hannah Yeo i ...
Happy new year nusajaya. |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 30-12-2024 04:34 PM
Dia kan kristian, dah tentu lah dia rujuk kitab dia Bible... Dah dorg beriman dgn Bible, biarlah.. ...
So? Kalau macam tu biar la muslim nak beriman ikut cara Al Quran juga nak pertahankan agama Islam dalam Malaysia ni.
Biarlah muslim nak cakap apa including me also.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 30-12-2024 05:01 PM
Muslim pun boleh jadik duta Tuhan.
You are the light of the worldddddddd
Tak ler. Let me correct you.
Christian claim they are : Ambassador of God.
Joos claim they are : The chosen one. People of the light. God chosen people.
Manakala.....muslim hanya claim mereka : hamba tuhan, servant of God. Itu jer.
Mana yang claim terlebih tu dah astray, lead another people astray dah tersesat. |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 30-12-2024 10:24 AM
Tak ler. Let me correct you.
Christian claim they are : Ambassador of God.
Post meols #9.
|
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 30-12-2024 06:20 PM
So? Kalau macam tu biar la muslim nak beriman ikut cara Al Quran juga nak pertahankan agama Islam ...
Boleh jer, mmg lakum deenukum waliya deen pegangan kita sbg muslim....
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 30-12-2024 07:00 PM
Boleh jer, mmg lakum deenukum waliya deen pegangan kita sbg muslim....
Yea betul. Tapi nyonya ni dah tercakap pula dia gunakan political mileage dia untuk sebarkan agama dia. Dia tulis buku tu sebelum jadi menteri , sekarang dah jadi menteri. Pestu buat program jom ziarah gereja. So what say you? Ini ker pengundi PH voted for? |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 30-12-2024 07:12 PM
Yea betul. Tapi nyonya ni dah tercakap pula dia gunakan political mileage dia untuk sebarkan agama ...
Dia sebarkan agama dia kpd siapa??.... Jika kpd non muslim yg lain, x jadi masalah....
Jika ada bukti dia sebarkan kpd muslim, then kita boleh ambil tindakan sbb dh menyalahi undang2.... Tp ada bukti ke???
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 30-12-2024 08:53 PM
Dia sebarkan agama dia kpd siapa??.... Jika kpd non muslim yg lain, x jadi masalah....
Jika ada b ...
What you were saying is not the point now, point yang sebenar dia nak guna politics position dia untuk sebarkan agama dia. Buat program jom ziarah gereja! Guna Bahasa Melayu pulak tu. Can't you really see?
|
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 30-12-2024 09:17 PM
What you were saying is not the point now, point yang sebenar dia nak guna politics position dia u ...
So still ada ke program tu?..... Kalau masih ada then adalah asas....
Kita x tau dia mmg berniat atau ignorant, tp asalkan dpt kekang, dan x diulang oklah...
Sesiapa pum yg devotee akan guna jawatan utk agama masing2, as long as x ada bukti dia sebarkan kpd muslim, x ada alasan utk kita ambil tindakan, tp mesti sentjasa waspada.... |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 30-12-2024 09:43 PM
So still ada ke program tu?..... Kalau masih ada then adalah asas....
Kita x tau dia mmg berniat ...
I salute with your bersangka baik. Husnudzon..... |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 30-12-2024 09:49 PM
I salute with your bersangka baik. Husnudzon.....
Aku x bersangka baik, tp aku faham kekangan Perlembagaan.... For now nk x nk neraca kita adalah Perlembagaan.... so as long as all parties play by the rule of Constitution, nothing much could be done |
|
|
|
|
|
|
| |
|