CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5811|Reply: 5

[Tempatan] PU Azman dipenjara lagi enam tahun, satu sebatan

[Copy link]
Post time 30-12-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
sinarharian.com.my
NOOR AZLIDA ALIMINNOOR AZLIDA ALIMIN
30 Disember 2024 02:39pm



SHAH ALAM - Pendakwah selebriti, PU Azman dihukum penjara enam tahun dan satu sebatan, selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tujuh tahun lalu.

Ini kali keempat dia dijatuhi hukuman penjara selepas Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan, Mahkamah Sesyen Klang (24 tahun penjara dan dua sebatan) manakala Mahkamah Majistret Klang (penjara 14 bulan).


Hakim, Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman, 43, atau nama sebenar Azman Syah Alias menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula Isnin.

Tertuduh juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.


Bagaimanapun, mahkamah memutuskan pertuduhan kedua yang dihadapi pelakon drama ‘7 hari mencintai musim ketiga’ itu sebagai ‘Take Into Consideration’ (TIC) mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Ia selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi yang dikemukakan pasukan pembelaan pada Oktober lalu.

Pada 22 Disember 2022, tertuduh yang lebih dikenali sebagai Cik Man mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di bilik sebuah rumah inap desa, di Jalan Kebun di sini, antara jam 12 tengah malam dan 5.30 pagi, September 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta kes, semasa kejadian, tertuduh mengajak mangsa dan rakan-rakannya melepak di sebuah rumah inap desa.

Pada jam 12 tengah malam, tertuduh mempelawa mangsa tidur di lokasi kejadian manakala rakan lain pulang ke rumah masing-masing.

Tertuduh kemudiannya masuk ke bilik mangsa dan melakukan kesalahan berkenaan.

Semasa rayuan untuk mengurangkan hukuman, peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili PU Azman, memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana anak guamnya telah insaf dan kesal atas perbuatan yang dilakukan.

“Dia yang juga seorang duda, sedang menjalani hukuman penjara di Kajang sejak 27 September lalu atas kes seksual lain, namun sebelum ditahan, dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan lampau.

“Di penjara itu, dia terlibat dengan program keagamaan yang memberikan manfaat kepada banduan lain dan kakitangan penjara,” katanya yang turut ditemani peguam, Fahmi Adilah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam, melebihi keperluan peribadi tertuduh.

“Walau apa juga mitigasi yang dikemukakan, kesalahan seksual terhadap kanak-kanak tidak sewajarnya berlaku, terutama tertuduh merupakan seorang pendakwah selebriti,” katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, S Ruthra Raj.

Pada 27 September lalu, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhi Azman hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, pada 2022 lalu.

Hakim, Noridah Adam memerintahkan pendakwah selebriti itu menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta, selepas menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

Pada 6 Disember, Mahkamah Majistret Klang pula menjatuhi tertuduh hukuman penjara 14 bulan selepas Azman mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, pada 10 Jun 2022.

Sementara di Mahkamah Sesyen Seremban pada 17 Disember, dia dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, pada tahun sama.

Sementara di Mahkamah Sesyen Ampang, satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dihadapi Azman, telah ditarik balik.

Sementara itu, Mohamad Zahid berkata, semua hukuman yang dihadapi anak guam, berjalan serentak bermula tarikh jatuh hukum.

“Dia menghadapi 12 pertuduhan, namun dua kes telah diberi perintah TIC dan semua hukuman berjalan serentak, tiada pertambahan bagi hukuman penjara,” katanya ketika di luar mahkamah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
“Di penjara itu, dia terlibat dengan program keagamaan yang memberikan manfaat kepada banduan lain dan kakitangan penjara,” katanya yang turut ditemani peguam, Fahmi Adilah.

Baca tu.




Nanti korang buat jahat ke apa, masuk penjara, buat2 insof buat2 alim je, mesti boleh guna untuk kurangkan hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 30-12-2024 05:49 PM

Semoga bila beliau keluar, insaf. Tapi lepas keluar ni memang kene jauhkan dia daripada circle y ada kanak2 lelaki la. Tolong ya GOV, cakna sikit! Jangan jadi caprut.

Tadi pagi dengar kat IKIM pasal isu2 pedo ni.. jenayah porno melibatkan mangsa kanak2 sekarang semakin berleluasa. Parents tolong alert dengan gadget dan circle masing2.

Jenayah melibatkan kanak2 memang boleh berlaku di mana2, jangan mudah percaya kat siapa2 waima kat ahli keluarga / kaum kerabat terdekat.

Orang luar lagi la. Dia cikgu ke dia ustaz ke, pegawai dawai ke, dia tetap manusia. Kes2 macam ni dah banyak. Harapkan pegar, pegar makan padi.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang lah dia tak de kes sebelum ditangkap, pasal lum terbongkar  peguambela pun gunalah hujan2 yg lebih logik

Duk dalam jadi pendakwah, mangsa & famili trauma seumur hidup  

Kes dewasayu masih lum selesai, senyap takde bunyi
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya kerana sebatang ciknek.
Dekat jail nnti macam2 saiz dan warna ada. Tunggu pilih je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 09:47 PM | Show all posts
so kiranya dia akan dipenjarakan 24 tahun x 2/3
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.815335 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list